Karma hadir tanpa menu, kamu dihidangkan apa yang sepatutnya.
Tidak perlu membalas dendam. Tenang dan tunggu, mereka yang menyakitimu akan dibalas kesakitan yang sama, kiranya beruntung kamu akan dibenarkan Tuhan untuk menyaksikannya.
Pelbagai kata kata tentang Karma dihamburkan apabila kita marah, kecewa atau dilukai. Kita tidak mampu untuk membalas segala kejahatan itu secara fizikal atas sebab sebab tertentu. Dalam Islam kita menyebut hal ini sebagai berharap pada KIFARAH (yakni pembalasan yang Maha Esa).
Karma dalam bahasa Pali disebut sebagai Kamma, ajaran dalam tata agama Hindu dan Buddha yang merujuk pada kumpulan/jumlah perilaku ketika atau sebelum kewujudan seseorang manusia (kelahiran semula) dilihat sebagai penentu nasib di kewujudan yang akan datang. Baik atau buruk nasib seseorang itu adalah akibat dari gerak laku masa lalu atau sekarang.
e.g: kamu sering sahaja bernasib baik kerana sewaktu zaman terdahulu kamu banyak berdana (dana - sedekah) atau bersifat molek. Kamu sering dinasihatkan supaya berpekerti mulia demi selesa untuk kewujudan di masa hadapan sebagai manusia.
Karma juga merujuk pada gerak, amalan atau pahala, yang juga merangkumi prinsip spiritual tentang sebab dan musabab di mana tujuan dan gerak laku individu yang mempengaruhi masa depan individu itu di masa akan datang (tidak kiralah sewaktu dia tua atau apabila dilahirkan semula). Yang jahat secara keterlaluan mungkin akan dilahirkan sebagai manusia yang sukar, miskin, lemah atau mungkin hanya sebagai binantang? Ini adalah kepercayaan Hindu dan Buddha.
Kita dalam pelbagai anutan tidak dapat lari dari memikirkan hal hal pembalasan, selagi kita percaya pada kuasa yang tertinggi yakni Tuhan. Konsep Karma memudahkan kita untuk terus menjalani kehidupan secara damai dan lancar. Namun ada ketikanya kita terlupa atau khilaf apabila masuk bab berhubungan sesama manusia. Manusia ada ketikanya boleh membuatkan kita terlopong mulut apabila dianiaya. Berilah apa alasan sekalipun, dalam perlumbaan hidup kita akan menyakitkan sesama. Penipuan, kecurangan, penganiayaan secara emosi atau fizikal atau hal hal yang diakibatkan oleh salah faham.
Diajar pula secara beragama untuk saling bermaafan. Meminta dan memberi maaf, bukan untuk suka suka, tetapi sebagai pelajaran agar lebih berwaspada di masa yang akan datang. Bertuahlah manusia manusia yang tahu nikmat kemaafan, tidak kiralah bagaimanapun caranya. Memohon maaf memerlukan tenaga merendahkan Ego, memberi maaf juga melibatkan ego manusia yang harus tahu bahawa mereka semua adalah fana. Bagaimana pula sifat kita pada hidupan lain di dunia ini selain dari manusia? Alam, flora dan fauna?
Hal hal begini ada ketikanya berbunyi lucu di telinga mereka yang moden dan praktikal (mungkin juga tidak matang). Tertawa apabila ada yang mengatakan sakit itu adalah penghapus dosa, sambil mengatakan hanya manusia lengai sahaja berserah pada karma dan kifarah. Jangan lupa pada kenyataan bahawa, "Tuhan sekarang membayar tunai/cash" setelah melihat kitaran hidup orang yang pernah melukakan hati kita.
Bersandarkan pada pemahaman tentang Karma dan Kifarah kita mula mengerti, ini adalah hal asas manusia demi mengawal pergerakan mereka apabila berurusan sesama manusia.
1. Kita mahu menjalani hidup yang lurus
2. Tidak mahu menindas orang lain hanya kerana sifat penting diri
3. Berlumba secara sihat dalam apa apa perlumbaan hidup
4. Menjauhi hal hal fitnah dan manipulasi hingga hidup orang lain jadi sukar
5. Menjaga keaiban orang orang di sekeliling kita
6. Berfikir tentang impak impak mendatang dengan tingkah kita dalam hidup
Karma dan kifarah meliputi hampir semua bidang hidup tanpa mengira apa ras, status, agama dan jenis apa seseorang manusia. Atas dasar itu adalah dipercayai bahawa manusia mana sekalipun hadir dengan sifat yang baik. Cabaran, dugaan, godaan dan nafsu yang tidak berbatasan yang dikumpul satu persatu menjadi darah daging mereka. Bertepek tepek sejak akil baligh sehingga tua dan akhirnya mula menjadikan hal hal jahat (dilihat sebagai polisi hidup) sebagai falsafah jika mahu membelah dunia. Hal hal mendalam dan halus ini harus dinilaikan semua oleh manusia tidak kira dengan apa cara sekalipun.
Tingkah, tindak balas kita pada segala kejadian di dunia ini sebenarnya jarang kita berikan perhatian. Kita bersifat mudah: AKU MAHU MENYELAMATKAN DIRIKU SENDIRI. Akhirnya kita menjadi sangat SELFISH padahal hidup sebenarnya adalah SELFLESS. (satu lagi segmen yang jarang dikuasai oleh ramai orang). Pemahaman kita tersekat akibat godaan duniawi dan perlumbaan dalam hidup. Kita jadi takut kalau orang melihat kita sebagai lemah dan lekeh, tanpa sedar kita mula beralasan bahawa kita sudah bersifat murni, sayangi diri sendiri dan menjaga keselamatan kita. Agak sukar bukan?
Mana mungkin manusia memberi arahan pada manusia lain yang sedang ghairah membentuk kehidupan. Merasakan diri betul dalam apa segi sekalipun jadi biasa. Kita juga kurang pengertian pada pati kehidupan sebenar. Aku mengatakan hidup aku benar, kau mengatakan hidup kau lebih tepat dan betul... jadi apakah jalan tengah yang harus kita ambil dalam meniti karma dan kifarah hidup? Apa betul saranan saranan agar kita pedulikan juga pada lingkungan dan manusia yang dekat dengan kita? Bagaimana kalau aku dikatakan lengai dan bodoh nanti? Siapa cepat dia dapat? Kita pijak apa yang patut untuk naik ke atas. Imbangan perasaan yang bagaimana diperlukan? Apa resepi dan fomular yang tepat?
Gerak hidup yang menepati Karma dan Kifarah jadi kabur. Intepretasi agamawan dan tukang motivasi perniagaan sudah tentu tidak sama. Apa langkah yang betul? Berdiam diri dan ditindas? Bergerak selepas orang? Memulakan agar diikuti sebagai ketua? Oh! Pening bukan? Langkah asas yang mudah mudah saya fikir adalah begini:
1. Sebarang langkah dimulakan dengan niat yang baik baik
2. Kemahuan berkongsi bahagia, panduan atau hal hal elok harus ada (tidak lokek)
3. Merasa bahawa kejadian kita ada fungsinya. Ringan tangan untuk membantu pada hal hal manusia.
4. Rasa takut pada pembalasan Tuhan harus ada. Penaniyaan pada manusia lain dihindari sebaik mungkin.
5. Ego diri yang terkawal dari waktu ke waktu. Berpesan pada diri agar jangan sampai riak
6. Sentiasa tahu kita hanyalah manusia fana. Manusia fana yang hanyalah secebis habuk yang berterbangan, diberi peluang untuk menikmati kehidupan.
Saya bukan pakar. Segala hal hal di atas hanyalah pandangan manusia mudah yang melihat kegiatan manusia dan dunia selama 50 tahun. Itu kita belum berbicara bagaimana kita manusia boleh berkuasa untuk memanipulasi, menguasai minda, bijak menipu, pandai beralasan apabila mahu merasakan BIJAK DAN BERKUASA.
Cubalah sebaik baiknya menjadi manusia yang berguna dan tidak menyesakkan nafas orang lain.
Maka benarlah kata orang orang selama ini KARMA IS A BITCH!
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...