BUKANLAH KEJADIAN BAHARU, SEDIHNYA.
Kejadian pada awal pagi 14/09/2017 di lantai dua Darul Quran Ittifaqiyah yang dikenali sebagai sekolah anak anak tahfiz sangatlah meruntun hati. Anak anak lelaki yang belajar menghafaz surah al Quran. Kematian dilapurkan seramai 21 orang pelajar dan 2 yang mungkin warden/penjaga.
Menurut pengetua En Zahid Mahmood sekolah tersebut sudah beroperasi selama 15 tahun dan didaftarkan dengan majlis agama Islam negeri. Sekolah tersebut menempatkan 42 murid, 6 guru dan 2 warden. Beliau juga menyatakan bahawa itu adalah penempatan sementara kerana kerja kerja renovasi sedang dijalankan di sekolah utama. Mereka akan dipindahkan pada hujung bulan September 2017.
Pihak majlis agama negeri pula menafikan bahawa adanya sebarang rekod sekolah tersebut.
Akhbar Star pula melapurkan bahawa terdapa 519 sekolah tahfiz berdaftar seluruh negara hingga bulan April, banyak lagi sekolah sekolah yang tidak didaftarkan. Jadi mereka terlepas dari penilaian dari siasatan pihak keselamatan negeri.
Sejak tahun 2015 pihak Bomba telah merekodkan 211 kebakaran di pusat pengajian swasta Islam. Bulan August 16hb Kejadiah kebakaran di sekolah Tahfiz di Kedah. Satu lagi kebakaran yang memusnahkan sekolah tahfiz pada bulan May, tidak ada nyawa yang hilang.
Kejadian di mana 27 pelajar perempuan terbakar mati pada tahun 1989 sekolah agama persendirian di Kedah, nampaknya tidak memberikan kita sebarang iktibar langsung. Kebakaran tahun tersebut melibatkan sekolah dan lapan asrama kayu.
Sifat kita sama sahaja. Namun kali ini dibantu oleh Medsos untuk meluahkan perasaan. Bermula dari perkongsian yang dirakam dari telefon bimbit. Kedengaran suara anak anak menjerit mohon pertolongan sehinggalah ke sifat tunding menunding jari mencari salah. Kita semua beremosi, meskipun yang terkorban bukanlah anak anak kita. Seluruh negara diselubungi rasa sedih dan marah sekaligus.
Menteri Pembangunan Kesejahtaraan dan perumahan En Noh Omar berkata pelan asli sekolah tersebut tidak diikuti sepenuhnya sehingga hanya terdapat satu laluan keluar sahaja dari dorm asrama. "Pemisah yang mereka bina itu tidak sepatutnya ada di situ" katanya. Beliau juga menambah bahawa permohonan untuk permit keselamatan api tidak pernah diluluskan.
Bagi mereka yang lahir pada tahun 90an konsep sekolah agama, tahfiz dan pondok mungkin sesuatu yang baharu dan pelik. Tidak lebih tidak kurang dengan bertujuan untuk memperkukuhkan pemahaman dan melahirkan pelajar pelajar yang mendalami agama Islam. Bagi penulis sekolah apa apapun asalkan baik dan bermanafaat apa salahnya? Sama seperti sekolah asrama lain, ianya adalah pusat ilmu, menjana pengetahuan dan menjadikan para pelajar bersifat mandiri.
Dalam menangani emosi masing masing, kita mencari siapa salah. Menunding jari dengan kata kata tajam dan sacarstic. Marah pada menteri, marah pada ibubapa, marah pada struktur asrama dan ada yang mula menyebut hal hal saman menyaman. Dua hari yang lepas benar benar meruntun emosi. Video video perkongsian yang diminta secara baik untuk diturunkan kerana ianya terlalu meruntun hati. Sifat sifat tidak sensitif para penggunan sesawang internet yang mungkin fetish terhadap mayat, musibah dan kematian.
Fikiran kita jadi tidak tenteram. Dapat dilihat rasa peduli dan kasih sayang kita di Malaysia tanpa mengira apa anutan begitu intim sekali. Portal portal internet juga ikut sibuk melapurkan musibah. Tidak kurang juga masing masing manusia yang beropini marah marah. Marah pada Pengetua yang mengatakan anak anak tersebut perginya sebagai Syahid. Analisa analisa peribadi mula muncul di sesawang internet, memberikan gambaran marah terhadap pemilik sekolah, kekayaan yang dimiliki, sinis terhadap hal hal kecil manusiawi seperti surat tulisan tangan anak yang pergi, tangisan ibu bapa yang kecewa... segala ini membuatkan hati jadi tidak senang dan bercampur baur. Kita semua menangis sebenarnya dalam hati kecil.
Sekolah agama dalam bentuk daif seolah olah sudah menjadi tradisi. Kamu belum melihat pondok pondok kecil untuk bersuluk, sekolah sekolah dan kediaman mereka yang sangat tradisi (kita tidak mahu menghakim di sini, mereka punya punya sebab sebab tersendiri tentang kehidupan yang dimahukan dari pelajar pelajar). dapur memasak, ubat nyamuk, heater air, kelambu, tilam tilam dan susunan katil dan kemahuan kemahuan manusiawi yang lain. Serba salah sekiranya kita yang tidak ada ikatan rapat berbicara tentang susuan hidup yang moden dan lengkap, nanti lain jadinya. Siapalah pula kita mahu mempertikaikan kedaifan tersebut?
Pihak Bomba dan Polis forensik sudah menjalani siasatan mereka. Spekulasi spekulasi terus muncul dengan dapatan terbaharu mengenai CCTV, tong gas dan paparan yang boleh membantu siasatan. 23 mereka sudahpun dikembumikan dengan selamat. SEMOGA TIDAK ADA SEBARANG ULANGAN LAGI pada hal hal sebegini, ianya terlalu pilu untuk ditanggung meskipun itu bukan anak anak kita.
Al fatihah Inalillahiwainahirojiun.
BERIKUT ADALAH KRONOLOJI SIASATAN DIPEROLEH PADA 16/09/2017
KRONOLOGI KES KEBAKARAN DI PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH DATO KERAMAT, KL
NO REPOT: JTR RPT: 6629/17
TARIKH: 14/09/17 MASA: 0652 HRS
SEK 435 KK & SEK 302 KK
IO: ASP MOHD FAUZI BIN MOHD SHARIFF
MANGSA:
23 KEMATIAN (21 PELAJAR DAN 2 WARDEN)
07 CEDERA (PELAJAR)
TANGKAPAN
1) NAMA: MUHAMMAD ADLI SHAH BIN MOHD YUSRY (ADLI)
NO.KPT:017071-14-0031
UMUR : 16 TAHUN
2) NAMA: MUHAMMAD ARIF FIRDAUS BIN JURAINI (JUPEM)
NO.KPT :001012-14-1471
UMUR : 16 TAHUN
3) NAMA: MOHAMAD SHAH RULNIZAM IKMAL BIN SHAFI-IN (SHAHRUL)
NO.KPT :990717-03-5047
UMUR : 18 TAHUN
4) NAMA: AEMAN DANEAL BIN ABU BAKAR (AIMAN)
NO.KPT :001012-14-1471
UMUR : 17 TAHUN
5) NAMA: EMRAN FAZLEY BIN ABU BAKAR (DEBAB)
NO.KPT :011122-14-1033
UMUR : 16 TAHUN
6) NAMA: MUHAMMAD SHAHRIZAL BIN ABDUL RAHIM (IJAL)
NO.KPT : 020422-14-0037
UMUR : 15 TAHUN
7) NAMA: MOHD FARHAN BIN ZUBIR (ADIK)
NO.KPT : TIADA
UMUR : 12 TAHUN
PUNCA KEJADIAN: SELISIH FAHAM ANTARA PELAJAR SEKOLAH TAHFIZ DENGAN SEKUMPUL (5) LELAKI MELAYU (OKT)
FAKTA KEJADIAN
BEBERAPA HARI SEBELUM KEJADIAN BERLAKU PERSELISIHAN ANTARA PELAJAR SEKOLAH TAHFIZ DENGAN ADLI, JUPEM, SHARUL , AIMAN, DAN DEBAB. OKT-OKT MEMAKLUMKAN MEREKA TELAH DIEJEK DAN TIDAK BERPUAS HATI DAN INGIN MEMBALAS DENDAM. SHAHRUL DAN JUPEM BERPAKAT UNTUK MEMASUKI PUSAT TAHFIZ BERKENAAN UNTUK MENCURI HANDPHONE DIDALAM ASRAMA PUSAT TAHFIZ ITU.
PADA PAGI 14/09/2017 JAM LEBIH KURANG 02:30 HRS KESEMUA OKT TELAH BERKUMPUL DI KEDAI MINUM CEK MEK MOLEK BERSEBELAHAN PEJABAT PPIM DAN TELAH BERBINCANG UNTUK MEMBAKAR SEKOLAH TERSEBUT BAGI MEMBALAS DENDAM. SETELAH ITU SEMUA TELAH BEREDAR.
PADA 14/09/17 JAM LEBIH KURANG 04:00 HRS SHAHRUL BERSAMA ADLI PERGI MEMBELI MINYAK PETROL DI STESEN MINYAK PETRON DAMAI DAN MENGISI MINYAK PETROL DIDALAM SEBOTOL AIR MINERAL YANG BESAR.
PADA 14/09/17 JAM LEBIH KURANG 04:30 HRS TELAH BERKUMPUL KEMBALI DIPADANG BELAKANG PUSAT TAHFIZ TERSEBUT. IJAL DAN ADIK TELAH NAMPAK ADLI MEMEGANG SEBOTOL MINYAK PETROL DIPERCAYAI UNTUK MEMBAKAR PUSAT TAHFIZ TERSEBUT. ADIK TELAH MEMANJAT MEMASUKI PEJABAT PPIM KERANA MAHU TIDUR.
PADA 14/09/17 JAM LEBIH KURANG 04:40 HRS ADLI BERSAMA SHAHRUL DAN JUPEM TELAH MEMASUKI PUSAT TAHFIZ MELALUI PINTU BELAKANG UNTUK MEMBAKAR PUSAT TAHFIZ TERSEBUT MANAKALA AIMAN DAN DEBAB MENUNGGU DILUAR PAGAR SEBELAH BELAKANG PUSAT TAHFIZ. SELEPAS ITU, SHAHRUL DAN JUPEM MENDAPATI PINTU MASUK BILIK ASRAMA BERKUNCI DAN TIDAK DAPAT DIBUKA, LALU ADLI BERSAMA SHAHRUL DAN JUPEM KELUAR SEMULA DAN TELAH TURUN KE TINGKAT 1 DAN MENGAMBIL SEBUAH TILAM DAN MELETAKKAN KE PINTU MASUK ASRAMA DITINGKAT 2, SELEPAS ITU ADLI, SHAHRUL DAN JUPEM TELAH PERGI KE KIOSK BERSEBELAHAN PEJABAT PPIM DAN TELAH MEMECAH MASUK KIOSK BERKENAAN DAN MENCURI (2) TONG GAS BERWARNA MERAH DAN HIJAU LALU MEMBAWA TONG GAS BERKENAAN NAIK KE TINGKAT 3 PUSAT TAHFIZ DAN TELAH MELETAKKAN (1) TONG GAS SECARA BERDIRI DAN (1) TONG GAS SECARA BARING MENGHALA KE PINTU ASRAMA. SHAHRUL TELAH MENCUCUK DENGAN MENGUNAKKAN LIDI DI MUNCUNG KEPALA GAS SUAPAYA GAS KELUAR MENHALAKAN KEARAH PINTU DAN ADLI TELAH MENCURAHKAN MINYAK PETROL DIHADAPAN PINTU MASUK ASRAMA HINGGA KEBAWAH DAN TELAH MENYALAKAN API MENGGUNAKAN PEMETIK API SETERUSNYA ADLI, SHAHRUL DAN JUPEM MELARIKAN DIRI KELUAR DARI PUSAT TAHFIZ BERKENAAN.SELEPAS ITU, AIMAN DAN DEBAB JUGA TELAH MELARIKAN DIRI MENGGUNAKAN MOTOSIKAL JENIS YAMAHA LAGENDA WARNA KELABU, ADLI MENAIKI MOTOSIKAL SUZUKI RG SPORT SEORANG DIRI DAN SHAHRUL DAN JUPEM MENGUNAKAN MOTOSIKAL YAMAHA LAGENDA WARNA HTAM BIRU MENGHALA KERUMAH MASING-MASING.
SEKIAN UNTUK MAKLUMAN TUAN.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...