KAU MILIKKU....

69 7 0
                                    


MILIKAN MANUSIA DAN MANUSIA. BOLEHKAH?

Maka berkumandanglah lagu mendayu dengan lirik "babe you are mine...and I am yours".

Didendangkan penuh syahdu untuk jamuan emosi yang kelam dan romantis. Kita yang mendengar jadi khusyuk, alangkah indah jika kita saling memiliki sesama? Kamu menjaga aku dan aku menjaga dirimu hingga hujung dunia, dan ada yang berani mati berJANNAH JANNAH di alaf baru ini. Sehingga terlupa diri apabila sedang diselubungi nafsu yang diterjemahkan sebagai rasa cinta dan kasih.

Rasa cinta, marah, rindu, sendu, cemburu, keliru semuanya bersatu jadi kekusutan apabila manusia mula menjalinkan hubungan intim secara perasaan manusiawi. Pernah terfikir kenapa semua itu ujud? Apakah kerana kita masing masing saling memiliki? Pernah membaca kes bunuh akibat cemburu? Akibat curang? Akibat diperdayakan?

"sampai hati...sanggup dia mencurangi saya dengan manusia lain yang tidak seberapa itu, apa kurangnya saya? Saya yang setia di sini?" maka kita mencari lagi lagu tema balada yang mendayu berkeluh kesah tentang cinta yang hancur dan milikkan yang hilang...

Ini semua adalah kerana kita secara lewa menyangka ikatan hati dan perasaan itu membuatkan kita memiliki dan dimiliki. Ikatan perkahwinan sekalipun tidak tersirat kata MILIK atau KEPUNYAAN, ianya hanya ikatan untuk menghalalkan hubungan dan kemesraan agar terus terjalin kalau dipupuk dan dibina indah.

"Saya hanya milik awak sorang sahaja," ujar heroin filem lama pada hero sesebuah filem. Hati kita yang menonton menjadi berbunga bunga.

Pemilikan ini adalah rekaan manusia semata mata, atas dasar dasar dominasi ruang ego dan keselesaan peribadi. Diringkaskan maksudnya, sifat nafsuTAMAK.

Bersandarkan sifat inilah ada manusia mengelak untuk berhubung kerana tidak mahu terikat dengan Pemilikan manusia dan manusia. Ianya sesuatu yang tidak masuk akal, kerana manusia itu hanyalah milik pencipta.

Jangan disalah ertikan isu pemilikan ini dengan hubungan suami isteri, anak ibubapa, majikan pekerja dan kontrak bertandatangan. Ianya hanyalah atas dasar kasih sayang, hormat menghormati dan menepati perjanjian sewaktu hidup.

Manusia sering keliru dengan isu pemilikan, memang ujud pemilikan tetapi ianya lebih kepada hal hal material sewaktu hidup. Rumah, kereta, tanah dan lain lain lagi tetapi bukan memiliki manusia lain, termasuk anak anak yang kita lahirkan.

Apabila kita tersilap menterjemah hubungan sebagai milikan, akan ujud satu situasi yang tidak selesa. Manusia secara azalinya mahukan kebebasan dalam hidup. Setiapkali kamu merasa ralat apabila kekasih pergi, ingat dia bukan milik kamu, apabila marah pada sifat kekasih curang, juga harus kita ingat akan perihal yang sama. Penuh jerih manusia beranalisa apabila hilang manusia yang lain dalam hidup, maka keluarlah sejarah kecurangan, perubahan cita rasa, sedih, sendu dan kisah kisah remeh temeh, harus ingat dan kembali pada hakikat tentang pemilikan manusia dan manusia.

Jadi kamu sudah jelas tentang pemilikan manusia dan manusia yang tidak ujud? Cuma direka kerana rasa tamak haloba, yang ada sebenarnya hanyalah toleransi, kasih sayang tanpa syarat, hormat menghormati dan redha pada kehidupan yang damai.

MANUSIA TIDAK BOLEH MEMILIKI MANUSIA YANG LAIN... itu hanyalah harapan dan nafsu tamak kamu (meskipun berniat suci mahu sama sama berkasih sayang). Ini adalah satu ruang rekaan kamu yang penuh dengan harapan dan memaksa dengan kasih sayang dan umpan umpan lain. Kamu akan sakit apabila harapan itu dimusnahkan di depan depan mata kamu. Jadi harus hati hati dan bersedia.

Bukankah kita sudah bercerita bagaimana berlapisnya sifat manusia?

Milikan hakiki itu hanyalah pada Sang Pencipta. Maka tangisan dan rintihan untuk kisah kisah tidak jadi dalam hubungan manusia dan manusia itu harus ditelan dengan penuh keinsafan, ada pekara lain yang lebih penting dalam hidup bukan?  


*Artikel ditulis setelah menyaksikan teman yang depressi setelah teman lelakinya yang dikutip tepi jalan sudah merangka untuk berkahwin dengan wanita lain. Dia jatuh sakit berkali kali dan sudah mengwar warkan DENDAM KESUMAT kerana apa? Kerana hilang milikkan.

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now