8 BULAN PENJARA DAN DENDA $2000 sudah dijatuhi pada si pelaku.
Pelaku yang penulis kenal dalam hidup. Naik turun mahkamah selama 8 bulan, gangguan pada keluarga secara tidak langsung dan melibatkan juga hal hal kewangan juga jadual pekerjaan. Kejadian yang menjadi viral itu sudah tentu mendapat reaksi yang pelbagai dari masyarakat Malaysia yang sebenarnya tidak tahu menahu kisah sebenarnya.
Sebagai artist holistik, penulis melihat fenomena ini sebagai penamat pada kisah kasih sayang yang sangat menyedihkan.
Bercinta sejak di zaman persekolahan penuh memori manis lantas diuruskan perkahwinan supaya meriah sambutannya. Setelah itu mereka saling mencari kehidupan. Suami yang dihantar bekerja jauh di Pahang, isteri yang juga bekerja tidak mahu ikut serta atas alasan alasan peribadi.
Bertahun, ulang alik demi cinta sehingga ada perubahan hati antara mereka.
Hanya mereka sahaja yang tahu kisah sebenar di sebalik kejadian pukul dalam lif. Si pelaku mungkin sudah sampai tahap tamat kesabaran, si isteri mungkin tidak larat lagi menanggung derita apabila di madukan (atas alasan yang munasabah atau tidak wallahualam).
Ketika bermula kejadian sudah tentu akan ada pelbagai reaksi dan luahan rasa dari masyarakat. Bagaimana polis tidak mahu mengambil sebarang lapuran kerana itu masalah domestik. Sehinggalah ianya diviralkan dalam internet oleh abang pihak si perempuan. Maka berulang naik turunlah mereka di Mahkamah Bukit Mertajam.
Penulis tidak mahu beranalisa tentang siapa benar siapa salah. Penulis hanya melihat ini semua dari sudut NAFSU manusia yang sudah pun menamatkan peranannya sebagai PENIPU/TRICK/ULAH hidup. Memang benar penamat hubungan itu tidak pernah terjangkau oleh sesiapa saja yang merancang. Segala ini sudah disusun oleh ILLAHI yang MAHA BERKUASA.
1. ke mana hilang rasa maaf manusia?
2. kenapa harus marah marah secara terlalu hingga berkesumat?
3. kenapa jadi terlupa pada segala pengorbanan kecil atau besar sewaktu berkasih sayang?
4. kenapa jadi sukar untuk melepaskan? Sudah tahu kisah tidak akan lancar masih mahu lagi?
5. tidakkah kita tahu ada manusia yang diciptakan bukan untuk kita?
6. mana hilangnya timbang rasa seperti yang diagungkan sewaktu asyik masyuk bercinta?
Penal code 323 tidak akan beralah, kerana ia akan mejadi panduan yang tidak baik pada suami yang hilang pertimbangan sewaktu marah.
Hal hal domestik sepatutnya diselesaikan sama seperti hal manusiawi yang lain. Berbincang, meja bulat dan muzakarah.
Manusia terlupa...bahawa PEMILIKKAN SESAMA MANUSIA itu adalah hal yang tidak mungkin dan seharusnya tahu beralah itu bukan bermaksud KALAH.Jelasnya apabila hidup adalah PERTANDINGAN walaupun dalam hal hal domestik sekalipun ianya tidak menguntungkan sesiapa.
Sudahlah kisah dijadikan rujukan perundangan di masa akan datang, dijadikan pula teladan yang buruk pada mereka yang masih hidup. Alangkah sedihnya bukan?
Memudahkan jiwa kerana kenal dengan ke dua dua mereka, kita hanya melihat ini sebagai kisah kisah tidak jadi, malah tamat dengan hal yang sangat menyayat hati.
Kejadian ini adalah pengajaran sebenarnya, drama realiti ini tidak berlaku secara saja saja. Pasti ada hal hal yang mahu si ESA ajarkan pada kita semua.
TERLAJAK PERAHU BISA DIUNDUR, TERLAJAK LAKU BURUK PADAHNYA.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...