CINTA KONON...

62 2 0
                                    

HUBUNGAN/RELATIONSHIP (tidak kira siapa atau jantina)

dalam banyak sesi kaunseling, saya mengesan kecewa manusia akibat mahu perubahan pada gf/bf/kekasih/suami/isteri. Pokoknya pasangan yang dicintai itu gagal memenuhi kehendak semasa mereka. Manusia sering lupa, menangani nafsu adalah hal yang kronik sekiranya mereka kurang arif tentang nafsu (diterjemah sebagai kemahuan manusia yang berlapis lapis). Resah gelisah ini selalunya diakibatkan oleh...

1. Hati pasangan yang berubah
2. Muncul orang ketiga
3. Dadah atau ketagihan pada 'substance' lain
4. Campur tangan keluarga
5, Kewangan (tuntutan hidup, hutang, gagal budget dll)

Masalah dan gelisah hidup ujud akibat diri sendiri yang berhempas pulas mahu membantu/memulih/merubah/mencipta hala tuju yang lebih bemakna. Harus kamu ingat, kerja kerja usahasama ini TIDAK AKAN BERJAYA kalau tuan punya badan tidak mampu, tidak mahu, tidak memberi kerjasama, atau dia sekadar main main saja.
Langkah terbaik adalah behenti main DRAMA dan bergerak pantas sendirian tanpa sebarang rasa TAMAK.

*after all only you are the one who thinks that you are with good intentions.

Payah kalau kita sudah mencipta kebergantungan pada manusia yang lain. Disemat pula ego kita yang tinggi, terbeli pada kata kata klise..ingin bersama sampai bila bila, akan menerima kamu seadanya, rasa senang dan damai tiapkali bersama dia....padahal banyak lagi hal hal realistik yang harus kita telan.

Cinta itu seharusnya menjadi semakin berinspirasi dari waktu ke waktu. Membantu peningkatan diri tidak kira secara lahir atau zahir. 

Kalau dipaksa paksa ke dua duanya akan menjerumus diri ke arah yang tidak menentu...jangan tidak tahu ia melibatkan kesihatan, keterampilan dan kesejahteraan. Tidak kira apa cara kamu sekalipun sebaiknya CINTA menjana pada hal yang baik baik sahaja.


CONVERSATIONWhere stories live. Discover now