Kerana kerap menulis tentang seksualiti dan bercerita tentang SOGIE (Sexual orientation Gender Identiti and Expression) sekali sekala saya akan dihujani dengan soalan Lesbian dan tomboy ni macam mana? Kenapa mereka tidak ke depan?
Serba salah sebenarnya untuk bercakap bagi pihak orang lain.
Tidak elok berkisah tentang nafsu dan kemahuan orang kerana ianya mungkin tidak tepat, lagi pula orientasi seksual orang bukanlah tugas kita untuk dikatakan SALAH atau BENAR. Siapa kita untuk menentukan mahunya orang? Ya, saya mengenali mereka, pernah berbicara dan berhubung dengan mereka. Namun kalau sekalipun 10 yang sudah saya temui, mereka mungkin tidak dapat mewakili gender yang kamu tanyakan itu kerana mereka sama seperti kamu, berbeza dalam beberapa segi.
Perbincangan ini haruslah merujuk carta SOGIE semula dengan hati yang terbuka untuk menggelakan penghakiman seperti mana kamu menghina kejadian Mak Nyah atau Transwoman serta kekeliruan membezakan mereka dengan Shemale, Drag Queen atau Gay Lembik. Bermula dari Identiti Gender sehinggalah Orientasi Seksual ikhlas setiap seorang.
Sesuatu yang tidak sama dengan kita tentulah menimbulkan tanda tanya, kerana selama ini kita dimomokkan rasa BENAR tentang kejadian kita (terutamanya wanita/lelaki cisgender).
"Ina sewaktu kecil dulu Tomboy sikit," kerap kita dengan ungkapan sebegini dari artis artis tempatan dan luar negeri setelah mereka berposing cantik untuk majalah. Jangan silap, tomboy yang mereka khabarkan itu tidak merujuk pada apa apa yang padu. Ianya mungkin gambaran bahawa mereka memakai seluar jeans, kemeja, aktif kasar, tidak bersolek mampan atau kasar dari tingkah laku.
Ada manusia yang melalui fasa mencuba dan transisi seksualiti. Ada yang fikir jantina ini boleh dicuba cuba. Penulis sudah melihat fenomena ini. Fenomena mencuba berat untuk diterima, diakui dan tiba tiba mereka hilang dan berkahwin dengan lelaki serta beranak pinak. Setelah melihat dua tiga kes ini, kita tidak mahu tolong berfikir untuk mereka lagi, anggap sahaja itu fasa kehidupan dan percubaan (trial and error) mereka.
LESBIAN - tidak merujuk pada fizikal manusia. Ianya hanyalah hubungan badaniah/seksual antara dua manusia yang berbiologi wanita. Harus ingat bukan semua lesbian itu bersifat, berfizikal seperti jantan. Ini tidak termasuk acara seks lesbian dalam filem filem porno yang palsu hanya kerana mereka bekerja dalam industri sebegitu. Lesbian act antara yang digemari oleh penonton lelaki yang fetish. Dua wanita yang feminin saling melakukan aksi seksual.
LIPSTIK LESBIAN adalah gelaran yang diberi pada wanita yang kelihatan feminin seperti wanita cisgender yang lain, dia tidak berminat untuk bersama lelaki, pasangan seks juga tidak kasar seperti jantan. Di zaman ini di Malaysia, ada pasangan seks lesbian yang kedua duanya bertudung (tentulah kamu tidak syak apa apa - bukan tugas mereka juga untuk bercerita pada kamu).
BUTCH - adalah perempuan yang geli pada penampilan seperti wanita cisgender lain. Sejak awal lagi sudah berpenampilan seperti lelaki, berbusana selelaki mungkin, menyorokkan bahagian payu dara dengan teknik teknik tertentu. Ada yang tidak berusaha untuk HRT (hormone replacement theraphy) dan ada yang berhempas pulas merubah penampilan untuk top sugery dan lain lain proses saintifik yang mampu membantu penampilan maskulin.
PENGKID PALSU? juga pernah ditemui. Sama seperti gay lembik, maknyah insaf ada yang terpaksa membeli nilai. Berkahwin dan menjalani hidup biasa. Ada yang sudah beranak pinak, memakai tudung dan tidak pula dapat dipastikan mereka bahagia atau tidak. Selalunya mereka jenis ini akan terus berdiam diri dan tidak suka bercerita tentang kisah lampau mereka. Jangan tidak tahu manusia ini pelbagai dan naluri mereka bukanlah untuk santapan semua.
Kenapa mereka tidak bersuara? Kerana kamu sendiri bersoal dalam diam dan malu untuk bertanya. Sama seperti Mak Nyah dan kaum LGBT lain, mereka dapat menghidu sifat kamu yang prejudis dan akan mula berkerut dahi bila diceritakan secara terus terang. Jadi kamu akan berterusan merangka jawapan sendiri sendiri yang entah salah atau betul. Manusia cisgender setelah diberi deria berfikir, terlupa bahawa setiap manusia ada takdir masing masing dan mula mempersoalkan kenapa acuan hidup mereka tidak sama. Itu antara kelemahan manusia cisgender.
YOU ARE READING
CONVERSATION
De TodoConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...