"Nasib baik nok zaman kita takda semua ni, kalau tak mampuih hang dengan aku terburai semua kisah kisah sensasi," ujar temanku yang satu.
Benar juga kalau difikirkan.
"kau dengan aku mungkin HATI KERING setelah melalui dan melihat semuanya, ini kali kita tengoklah dalam internet sifat adik adik...tetap...," aku membalas kembali.
Bertuah rasanya anak anak zaman ini, mempunyai satu lagi wadah moden tempat untuk mereka melepaskan perasaan. Dalam merasa bertuah ada juga hal hal bonggok para gayah, maknyah, shemale dan adik adik baru mahu mencari diri. Pengkid tidak masuk dalam senarai, mereka kekal hidup dalam diam dan penuh misteri (at least that is my perspective).
Inilah masanya adik adik berkisah tentang diri mereka dan kegiatan yang dilalui, sungguh lempuk sekali. (not in a bad way) Bagus buat para ibubapa dan cisgender untuk melihat bahawa ada lagi jantina lain sedang berhempas pulas untuk hidup. Para Maknyah toksah cakaplah....posting lain tapi tetap juga wajah model modelan mereka akan tampil.
Bergaya sekali mereka... Kren kata orang indo! Ada kelas....
Bagi adik adik yang waras, godaan media sosial hanya akan berlaku tidak sampai tiga bulan, apabila mereka sudah membaca dan melihat skenario sebenar, pelan pelan mereka akan tahu situasi sebenar. Apa ingat media sosial penuh pujian? Pujian palsu tetap akan ada selaras dengan sifat sifat Melayu kita. Bagai nak rak dipuji puji...dan mereka akan tetap mengutuk di belakang ya... ingat tu.
My wall my rights kata mereka....Yes sure honey, it's your right!
Ada juga yang buta perut mempamirkan kegiatan seksual mereka lewat media sosial. Maknyah dengan tetek selambak, selfie yang diambil dari bahagian atas, gayboy bercelana kecil dan adik adik lembik marah marah apabila cinta rindu mereka di tolak.. begitu pondan sekali sifat mereka apabila marah marah. Lucu pada awalnya, namun jadi jengkel apabila terlalu kerap.
Saya tidak mahu menjadi klise menasihati kamu. Untuk apa? Nanti akan dituduh tua dan sudah terlepas keretapi. Jadi segala hal yang aneh aneh bodoh itu terus saya nikmati sebagai hal hal hiburan santai. Ini belum masuk dubsmash yang kurang idea tapi TETAP mahu pakai perempuan... sungguh lucu. Cisgender tercunggap cunggap cuba memahami apa jenis kehidupan para LGBT tersebut. "Patutlah dijanjikan NERAKA buat mereka, aneh rupanya." Duhhhh!!!!!
Buat yang berusia 30an ke bawah, kita tetap akan memaafkan segala khilaf. Itukan waktu mereka mencari diri, kebetulan pulan media sosial ada. Jadi apa salahnya...gunakan sebaik mungkin. Terburailah kisah bagaimana lelaki menghantar mereka message message pelik dan berbaur seks (padahal paparan gambar selalu dengan tetek selambak terbaring di katil atau sofa atau bersama kucing). Inilah waktunya mereka menikmati the kardasian moment katanya....? tak gitu? lucukan?
Gayboy gayboy bermulut lancang aduh... kita rasa mahu ketawa selalu. Adik adik yang tejepit antara keluarga dan jiwa gayah...juga amat menyesakkan. Para perempuan yang terus menerus menggoda cik gayah sado tanpa tahu...(atau mungkin dalam penafian panjang?). Pondan insof dan gayah muslimah juga sama naik menggunakan media sosial. Masing masing bagaikan artis popular berentap mahu ke depan. Kita yang membaca tentulah harus menghargainya. Apa yang elok kita click LIKE... yang cheapo dan bonggok kita cepat cepat skrol ke bawah tentunya!
Ini belum masuk lagi gayboy SADO yang bottom...berabang abang dalam postingan dan kemudian merungut bila digoda oleh si lembut bottom. "bosan aahhh makayam, yang ada semua women, meluat i" rungut beliau. Para Beruang juga tidak mahu kalah... ada waktunya postingan mereka sangat menakutkan ya...apa itu beruang? Para gay yang berbadan besar dan berbulu yang didambakan oleh para peminat mereka...jangan tanya banyak, saya tidak arif tentang hal ini, tapi mereka ada di facebook. Mereka juga berhak mencari bahagia bukan?
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...