MENERIMA ATAU MENOLAK?

19 0 0
                                    


Dua duanya dikhabarkan oleh otak kita menusup ke hati mebawa ke perbuatan dan kata kata. Proses biasa yang jarang kita fikirkan. Kalau fikirpun mungkin apabila berlaku penolakan terhadap diri kita secara terang terangan.

Memahami proses ini adalah PENTING untuk manusia sejagat. Demi sejahtera tidak berlebih atau berkurangan.

Kenapa kita menolak? Kerana ia bertentangan dengan konsep yang kita percaya secara holistik.

Kenapa kita menerima? kerana ia membahagiakan, mungkin ada keuntungan di situ atau tidak memudaratkan diri sebagai manusia.

Budak kecil pun tahu konsep tersebut bukan? Namun bagi yang sudah dewasa, ada hal hal yang harus kita teliti dan kaji apabila otak kita memproses hal hal terima dan tolak. Boleh dikatakan setiap harilah ianya berlaku. Termasuk dalam hal hal remeh dalam menjalani kehidupan harian kita... malah jadi lebih kronik lagi apabila kita dewasa.

Sepanjang ini kamu sudah dicerahkan tentang hal hal PENJUALAN NILAI, PEMBENTUKAN BUDAYA HIDUP dan TOLERANSI pada kehidupan sambil sambil menjalankannya. Ianya adalah proses yang berterusan sehingga kita tua. Ada sahaja akal kita berdolak dalik, tidak pula disarankan kita menerima semuanya.

PENERIMAAN ADALAH HAL YANG PERIBADI. (Banyak kau punya cantik semua hal harus diterima oleh orang).

TOLERANSI pulak adalah jalan tengah yang paling selamat untuk manusia yang mempunyai akal bahawa manusia adalah sepesimen yang berlapis lapis.

Orang orang yang tidak matang akan selalu merungut bahawa mereka tidak diterima/not accepted. Kerap saya temui manusia sebegini apabila menjalani kerja kerja advokasi LGBT. Kasihan melihat wajah duka mereka kerana tidak diterima oleh keluarga, tempat kerja dan orangramai. Untuk memudahkan suasana selalu saya katakan: Penerimaan adalah hal peribadi, hak orang, cukuplah sekadar kamu memohon TOLERANSI. Tidak pasti samada mereka faham atau tidak akan hal ini. 

Rencana ini mahu melihat proses terima tolak dalam kadar yang umum. Kita semua ada detikan rasa sedemikian. Saya sendiri yang dianggap terbuka/open/sporting ada mengalami perasaan tersebut. Namun setelah bertahun mengawalnya dengan baik, saya tampil relak relak sahaja. Sebenarnya hal tersebut masih lagi bersarang dalam badan otak. hati dan minda. Cuma ianya tidak disuarakan secara terbuka lancang. Saya juga harus mengawal bukan? Kawal demi keselamatan diri dan proses menjimatkan tenaga...

Sematkan di dalam hati bahawa Pencipta itu MAHA berkuasa. Tidak semua kita dilahirkan bernafsu yang sama. Nafsu adalah penggerak manusia. Dari nafsu kita mula melihat usaha, gerak, kelakuan, kata kata dan pernjuangan manusia. Ada yang membuatkan kita rasa jengkel, marah, tenang, seronok, menerima dan menolak... ianya adalah lumrah sebenarnya. Tindak balas kita pula akan mempamirkan diri kita yang sebenarnya. Kata orang orang bijak, "i don;t care i tell the truth".  Truth/kebenaran yang bagaimana? Menemplak dan menghina orang? Mengutuk dan terus menekan orang? Hanya kerana nafsu beliau tidak sama dengan kita?

Dari hari ke hari tanpa sedar kita sebenarnya letakkan YES atau NO untuk apa sahaja yang kita lihat. Ada juga yang kita diam kerana sudah MALAS untuk memberi reaksi. Semakin jauh kita pergi akan ada sahaja pertikaian kita di landasan manusiawi.

1. mempertikaikan seksualiti manusia

2. agama dan pegangan orang lain tidak betul, yang benar hanyalah kita

3. perli perli pada tindak tanduk orang lain yang tidak selagu dengan kita

4. memaksa orang lain ikut serta kerana kuasa vetp kita yang sedia ada

5. menetapkan pahala dan dosa, syurga neraka pada sesuatu kejadiaan (sedangkan diri?)

Dalam penentuan TERIMA TOLAK kita ada waktunya digoda/hasut oleh rasa ghairah dan keyakinan yang semacam sebenarnya. Pernahkah kita terfikir akan hal hal ini? Hal keyakinan kita yang berlebih atau letak duduk kita yang selamat. Kita ada waktunya sangat JAHAT dalam menggunakan kuasa yang kita ada. Kita katakan pula...dengan nada sini TAKE IT OR LEAVE IT!

Hal serba salah ini sebenarnya harus diperbetulkan. Melihat terlalu ramai orang di sekeliling membuat penghakiman sebenarnya agak menakutkan. Entah entah mereka benci pada kita dan tingkah kita dalam diam? (tidak disuarakan kerana takut atau kerana mereka sudah lama menggenali kita? atau takut kita memberontak dan hilang istimewa mereka yang sudah ada?)

Saya sendiri masih dalam proses membetulkan hal terima tolak ini. Ada waktunya terkhilaf bicara dalam memberi pendapat, orang diam bukan kerana mereka bersetuju dengan saya, mungkin mereka mengambil waktu untuk berfikir atau membuat perkiraan. Saya takut sebenarnya pada hal hal sebegini. 

Memasuki dunia MEDSOS... lagilah rancak kita melontarkan pandangan. Ada ketikanya pandangan yang tidak diminta atau pandangan yang terlalu berani. Kamu perhatikan sendiri bagaimana lancangnya orang orang kita membuat perhitungan dengan hanya mengetik telefon pintar dan memilih kata kata untuk dihamburkan... mudah sekali. Hilang segala pertimbangan yang ada... tanpa membayangkan itu hanyalah sekujur manusia fana, apa kata kalau itu ayah, ibu, adik atau abang kita? Sadis bukan? Ringan ringan kita terlupa segalanya...

Ini belum lagi memasuki arena debat Politik sedia ada... kita kasar, kita tidak peka, kita ikut hati hanya kerana dirian politik kita berbeza. Kita tuduh itu dan ini, kita rangka fitnah fitnah (atau membantu sebaran fitnah) hanya kerana kita menurut hati.

Si bijak pandai akhirnya mengatakan: Ahhh! itukan hal yang biasa. Ini hanya media medsos... ada yang lebih teruk dari ini. Nampak? alasan untuk meloloskan diri kita dari rasa bersalah kerana menjadi manusia yang tidak beretika. 

Pelbagai contoh sudah diberi. Terima Tolak dan bagaimana kita menanganinya?

1. jangan diukur nafsu orang dan nafsu kita

2. akui bahawa manusia itu tetap pelbagai

3. suasana yang tidak menjentik kehidupan kita kita elak sebaiknya

4. maki hamun kata kata kasar tidak seharusnya masuk dan jadi tata bahasa harian kita

5. sematkan rasa hormat pada perbezaan

6. berkata hanya pada hal hal sahih sahaja (tidak menjual nilai secara terlalu)

7. kalau perlu sekalipun gunakan saluran yang betul sah dan diperakui.

8. kekal bersifat gentleman. Hormati lingkungan manusia lain.

9. cuba untuk menerapkan rasa empati dan pemahaman dalam suasana tertentu

10. selalu percaya bahawa selagi kita bernama manusia, selagi itulah kita akan khilaf dan sudi memaafkan suasana.

Terima tolak masih bergolak dalam hidup kita. Kita manusia yang membuat pilihan. Disuarakan dengan cara yang terpuji dan ditolak dengan gerak laku yang terhormat. Mana mungkin kita menjadi manusia sempurna, tetapi usaha usaha ke arahnya sudah cukup untuk membuatkan dunia ini jadi SEJAHTERA.

*Harus ingat meskipun terima tolak adalah hal peribadi, objek manusia lain ada perasaan mereka. Teguran kamu seharusnya ikhlas dan berperi manusiawi. Terima tolak di bahagian mereka juga adalah hak mereka bukan? Some people will go extra miles just to be against certain issues, as if their circle were tainted!

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now