Takut saya mahu menulis tentang hal yang satu ini.
Sipi sipi sudah saya sentuh dalam penulisan awal tentang mental illness. Ianya wujud, sukar ditebak dan kita yang bertuah membacanya secara berbeza. Ada waktunya kita kejam, kejam kerana tidak mahu memahami, menjenakakan situasi dan gagal bersifat positif mengerti.
Memanglah geram, kerana kita berasumsi bahawa semua orang adalah sama. Harus begini dan begitu mengikut acuan kita. Kita mula menyerang dengan rangka kata kata dan hujah hujah panas kita terhadap sesuatu isu yang ada.
Ingat ramai di medsos hanyalah beralter ego.
Apa agaknya tanda tandanya?
1. postingan yang kerap bercerita tentang hidup yang kosong tidak bermakna
2. kerap mengugut mahu bunuh diri di medsos
3. emosi marah marah pada kejadian dunia seolah olah ada keterlibatan dekat dirinya
4. gemar memuatnaik kisah kisah pelik dan hal hal marah pada Tuhan, negara dan Institusi agama.
5. kerap merungut pada ketidakadilan jantina dengan cara yang kasar
(ini tidaklah termasuk mereka yang agak fetish tentang kanak kanak bogel, gambar mayat, pembunuhan, kepala putus, gambar gambar kotor termasuk seks atau tahi) Mereka ini kalau tidak keberatan baik kamu block sahaja.
Selalunya reaksi pengidap bi polar, dyslexia aktif, OCD, ADD atau tekanan tekanan lain mempunyai paten yang hampir sama. Mereka akan lebih emosional. Jadi saranan terbaik pada kamu yang normal sihat, tengok, baca dan kalau tidak mampu mengamankan situasi baiklah diam sahaja. Pengidap selalunya mahukan suara hati mereka didengari, disokong dan dimengerti. Itu sahaja.
Tidak guna kamu berdebat panjang dengan mereka, hanya untuk menjadi tatapan penonton medsos yang lain. Tidak pulang modal dalam erti kata sebenar. Janganlah suka suka kita menyerang atau menyelar. Fikirkan sahaja bahawa itu adalah dinding medsos beliau, dia berhak untuk meletakkan apa sahaja. Kamu juga ada pilihan terhadap dia bukan?
Luahan hati orang yang kononnya normal juga ada ketikanya lebih gila dari pengidap mental illnes. Bila marah kita selalunya berada di bawah paras sedar. Esok kita minta maaf? tak gitu? Fikirkan sahaja bahawa itu ruang untuk dia membuat luahan, sama seperti kamu, cuma luahan kamu itu terkawal.
Medsos sama sahaja dengan kehidupan di luar. Manusia sifat asasnya memohon sokongan, persetujuan, pengesahan dalam apa sahaja yang dilakukan. Jika kita tidak sokong atau tidak bersetuju tidaklah perlu kita menghabiskan waktu berbahas. Kalau jawapan kamu adalah kerana geram dan demi kepuasan diri, itu adalah sangat TIDAK ADIL.
Private Message sekiranya kamu benar benar memerlukan penerangan sebenar. Ada sejenis sakit manusia untuk pembuktian yang harus kita hindari di sini. Takut kalau dibiarkan lama lama ia menjadi sejenis ketagihan. Apatah lagi kalau disokong oleh batu batu api di sekeliling yang sedia ada.
Paparan video video mental sebenarnya banyak di medsos, mereka mahu perhatian kamu. Tambah pilu sekirangnya mereka itu adalah kenalan atau saudara mara kamu. Kamu harus ingat situs situs yang gemar mengambil peluang akan selalu ada, mereka akan jadi tukang CUIT CUIT emosi kamu. Lihat bagaimana hebohnya kisah artis rampas suami orang, press conference mereka dan sifat kita terhadap berita berita tersebut. Membaca komentar komentar lepas geram itu sebenarnya ada kisah kisah terselit sebenarnya.
Video video tangisan yang diakhiri dengan teknik menjual barang. Setelah tahu, orang orang yang normal waras akan berlalu pergi begitu sahaja. Tidaklah pula mereka teringin untuk berkongsi di dinding mereka. Ingat manusia yang ada di medsos itu pelbagai. Kepelbagaian itulah yang membuatkan kita semua jadi ghairah dan ketagih pada muatnaik saban hari, kita ternanti nanti bukan? Apa agaknya yang akan terjadi hari ini.
Kembali pada pengidap OCD, Bi polar dan Dyslexia tahap kronik, mereka bukanlah orang orang bodoh. Mereka sama seperti kamu menggunakan medsos sebagai ruang luahan. Setelah kenal, kita tahu langkah kita. Jadi bagi yang solo dan mencari jodoh/kenalan/teman di medsos kamu haru lebih hati hati.
1. Takut kalau dipermainkan oleh si pengidap
2. dipergunakan oleh si pengidap sebagai lapangan untuk dia melepas geram (komentar di wall kamu juga boleh digunakan sebagai tempat melepas geram)
3. takut kamu dihantui rasa bersalah kerana si pengidap mengambil langkah bunuh diri.
4. Tidak perlulah kamu ucapkan kata kata marah seperti 'selamat meninggal' atau 'gi mampus' untuk muatnaik yang berbentuk peribadi yang tidak kamu suka. Kamu boleh perlahan lahan mengambil tindakan bukan?
5. Bertegang urat dalam hal hal agama yang menghabiskan tenaga dan air liur. Ini juga antara laluan mental yang tidak stabil sebenarnya.
Merka akan kekal ada. Mereka itu siapa? (si pegindap dan si normal yang tidak mengerti suasana).
Berpuluh kali kita berbicara tentang timbang rasa, neutral, waras ketika melayari medsos. Sematkan rasa mahu berhati hati selalu apabila melayari medsos. Berbudi pekerti tinggi, elak cepat cepat kalau terlalu emosi, tidak perlu memuat naik balasan maki makian, baca sahaja tanpa komentar dan macam macam lagi agar kita lebih berhemah.
Pengidap sebenar sangat sensitif. Kisah dalam drama TV pun mereka boleh emosi, apatah lagi apabila ada kes kes rogol, kes penderaan fizikal, anak anak yang terkena deraan seksual.
JADILAH MANUSIA YANG MAHU MENILAI DAN MENGERTI. Lepaslah geram di tempat lain ya...bukan di dinding pemilik akaun yang saban hari penuh dengan kisah kisah tidak adil terhadap dirinya. Kasihan, dia hanya mahu mencurah rasa ya...
*saya tidaklah mahu menyentuh hal hal seksualiti kerana bila masuk bab ini, hampir semua cisgender tampil seperti orang gila.
YOU ARE READING
CONVERSATION
DiversosConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...