BALA/BEBAN

232 4 2
                                    

MENJEMPUT BEBAN

Kenapa digelar Beban? Kerana ianya berat dan menyusahkan perjalanan hidup. Beban yang berat akan melibatkan pelbagai rentetan hal hal yang tidak munasabah dalam diri secara emosi dan fizikal. Jatuh sakit, tidak selesa, malu akibat perihal maruah dan lain lain lagi.

Ramai manusia dalam keadaan sedar atau tidak dianggap sebagai menjemput beban hadir dalam hidup mereka. Mampu atau tidak mampu, boleh kita bahagikan dalam dua bahagian. Kemampuan fizikal (usia, kesihatan dan kewarasan) dan kewangan untuk menampung beban.

Antara contoh contoh beban yang kita jemput:

1. Bersetuju pada hal hal luar kemampuan, kenduri kendara yang besar secara kredit, membeli pekara pekara material di luar kemampuan.

2. Terburu buru membuat keputusan dalam apa apa saja hal. Termasuk hal hal yang melibatkan kewangan dan kemampuan tubuh badan.

3. Menjamu nafsu manusia yang sememangnya tidak terbatas. Berkahwin lebih, bersaing demi maruah, memberi janji janji luar dari ruang mampu.

4. Memburu trend supaya tidak ketinggalan dan pelbagailah sifat sifat yang berlandaskan mahu segagan atau bersaing dengan masyarakat yang sedia ada.

Tidaklah ia akan menjadi beban sekiranya kita berada dalam lingkungan mampu. Sekiranya mampu kita wajib membenarkan diri menikmatinya. Jangan sampai 'Kufur Nikmat' sewaktu hidup.

Akibat sifat yang suka menjemput beban, kita akan secara tidak langsung membebankan orang orang disekeliling kita. Manusia yang secara semulajadi penuh rungutan akan mula mempertikaikan sifat kita ini, malah ia akan membuahkan satu permasalahan baru.

Sebagai manusia yang sedar, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menilai kembali erti hidup, hala tuju dan hal hal asas tentang pengurusan hidup. Terlalu banyak beban yang tidak sepenting mana sudah kita galas? Bagaimana mengelak beban tambahan? Adakah kita bersifat adil pada diri sendiri?

Apalah erti hidup manusia tanpa beban, hidup ini juga kalau dilihat secara teliti adalah satu proses penyelesaikan masalah. Ada kenikmatan apabila manusia mampu menyelesaikan masalah. Namun beban yang bukan prioriti itu harus kita elakkan sama sekali.

Ada sesetengah orang melihat perbuatan Menjemput Beban itu sebagai langkah berani untuk mencabar diri sewaktu hidup. Namun pandangan tentang hidup tetap kekal subjektif. Penilaiannya tetap jatuh pada diri sendiri, lainlah kalau ianya juga melibatkan kesukaran pada orang sekeliling.

Bergerak sekadar mampu dan tidak menyusahkan diri, pesanan yang harus kita sematkan dalam diri. Ada beban yang hadir secara semulajadi, namun ianya tidaklah seberat beban yang kita jemput.

.

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now