PEMERHATI FESYEN

37 4 6
                                    


Sebulan sudah berpuasa, kini tiba Hari Raya!

Tempoh sebulan itu juga kita menyaksikan gelodak nafsu manusia membuat persediaan, salah satunya melibatkan fesyen. Sosial media memudahkan pemerhatian tersebut. Fesyen antara nikmat kurniaan pada kita umat manusia, ianya dinikmati pastinya.

Manusia dan citarasa itu macam macam kata orang. Memang benar, bermulalah perang di media sosial yang akan ujud kembali selepas 11 bulan kita melupakannya. Kembali mewarnai dinding dinding media adalah fesyen tradisi yang diubah suai oleh para pereka yang bercita cita tinggi dan beralasan sendiri.

Penulis yang meminati fesyen juga tidak lepas dari menjadi pemerhati yang kepochi. Heran, apabila diri sendiri sudah lama beralih ke pakaian asas, penulis masih tertarik untuk melihat fenomena ini. Ini bukan hal yang baru...di kalangan orang orang macam kita.

Seminggu sebelum puasa, sudah diiklanlan baju baju melayu yang beraneka rekabentuk. Lucu melihat cara pemasaran dan kata balas balik pereka pereka yang marah bila baju mereka dikiritik. Hello sayang... kamu yang war warkan di media, jadi imbalannya akan terus begitu!

1. Jubah jubah pilihan dan parodi bagaimana jubah menyelit di celahan dubur...

2. Baju melayu celoreng celoreng dengan garisan geomatrik kelihatan buruk sekali

3. Kombinasi warna warna terang dan gah...ceria. (hijau kuning, merah biru)

4. Potongan duyung red carpet untuk wanita yang tidak pernah tamat.

5. Perincian made in china tiba tiba dipanggil dokoh (padahal ia hanya brooch besar gede)

6. baju melayu menjadi HIPSTER dengan potongan dikurus, ketat,luruskan.

7. pemilihan sampin yang tangkap muat sahaja. (tahun ini ramai memakai songket sulawesi murah)

8. Tudung juga tidak kalah pemasarannya....untuk memancing nafsu para wanita

9. Peplum untuk wanita muslimah? masuk akalkah?

10. Nama pun fesyen, ada yang marah marah bila dikritik teman teman. Puasa penat nafsu dicabar marahlah dia...

Tiba hari yang sebenar, penulis perhatikan ya benar sungguh meriah. Memang permaidani merah sungguh gaya mereka. Itu baru perayaan....macam macam ada.

Rumah rumah fesyen tempatan bijak memancing pelanggan. Mereka adalah peniaga yang waras. Mereka sendiri kebanyakannya memakai baju baju asas sahaja. Peminat peminat yang tidak putus putus memberi iklan percuma untuk rumah rumah fesyen ini. Eh! mestilah diwar warkan, abis beratus ringgit...kita muat naik di media sosial.

Semoga tahun ini sahaja, kita semakin belajar menghormati baju tradisi yang sudah beratus tahun wujud di tanahair. Innovatif itu kita tinggalkan pada Minggu Fesyen yang akan datang. Pelik kalau baju melayu lelaki menggunakan kain Lace. Pelik kalau bahagian bahagian tertentu diubah. Sudahlah baju baju melayu sekarang hilang kikik (teknik jahitan di bahagian ketiak dan ke bawah) ada juga baju baju RTW tanpa dart payu dara. Sungguh mudah kita melihat pakaian tradisi. Sedih tak?

Semoga kita belajar beralah pada nafsu yang membuak buak dalam berfesyen. Jangan tidak tahu, ada yang membeli dan menempah tapi tidak memakainya kerana merasa pelik untuk berada di khalayak. Bayangkan jejaka hetro biasa biasa memakai baju melayu pelbagai celoreng warna dengan sampin dan seluar hipster di Kuala Trengganu. Bagaimana? lainlah kalau dia punya karekter yang memikat atau berada di depan kamera tv secara live....

Eh! Kamu cakap banyak...raya hanya setahun sekali. Biarlah mereka berpesta..atau kamu memang jenis kampung yang tidak ada citarasa? Marah para tukang jahit lembut dalam media sosial. Marah juga bintang lembut pada mereka yang hanya memakai kurta, kemarahan yang kita faham, cuma dia terlupa sejarah dia dahulu yang FLAMBOYAN secara terlalu. Difikirkan kembali, baju melayu biasa biasa dipakai dengan kain pelikat baru pasti sudah menarik. Hari baik bulan baik, pakailah pakaian lengkap menarik dan baharu.

Para wanita lagilah leceh. Penulis masih tidak mengerti NAFSU FESYEN mereka dan tahap MUSLIMAH mereka... awal awal lagi mereka sudah merungut baju baju PROTOTYPE di gedung jualan tidak sama dengan baju yang mereka cuba. (badan cik ta macamana? badan kamu bagaimana?) maka benarlah peribahasa 'ukur baju di badan sendiri' tapi NAFSU menganggu! Jadi penulis tidak mahu menyentuh hal itu demi menggelakkan kontroversi. 

Maknyah pula adalah ratu Permaidani Merah, mereka jangan diambil kira kerana mereka adalah pasukan berani mati. Ada yang menarik, lucu dan kelihatan seperti badut. 'Kalau setakat simple simple baik tak payah drag!' merupakan motto mereka, ini juga bahagian yang sensitif, boleh berperang jadinya. (meletop... puji teman teman sealiran tidak pasti samada benar atau palsu).

Berbanding tahun lepas, rumah rumah fesyen semakin peka akan hal ini. Citarasa sederhana mereka sangat dihormati. Paling bercitarasa adalah rumah fesyen Rizalmen...yang kekal menggunakan batik Mega Mendung dan potongan lelaki yang sangat minimal tanpa ada perincian yang pelik pelik. Lelaki kalau terlalu berfesyen pastilah aneh jadinya. 

Pokoknya di sini, bersederhanalah dalam berpakaian. Ada pilihan untuk diri masing masing. Siapalah kita, kita hanya orang orang biasa sahaja yang mahu tampil menarik, kemas dan selesa.

Akhirnya mereka heran melihat ikon ikon fesyen yang kelihatan jelita dan tampan juga kemas tanpa perlu berfesyen bagai nak rak. Kurung polos dengan kain samarinda. Baju melayu biru bersongkok hitam kemas. Baju kedah dan kain batik basahan menarik dengan sandal mahal. 

Bukan semua citarasa manusia itu simple bila masuk bab fesyen, itu sangat penulis hormati. Bercakap tentang fesyen tidak akan habis sebenarnya, sama seperti hal lain 'a good sense of humor is needed'. Para pereka harus belajar bab ini. Kontroversi membantu perniagaan, tapi sampai bila? Lama lama ianya akan jadi bahan jenaka.

Fesyen akan kekal menjadi hal yang diperhatikan. Bukankah itu yang mereka mahu???




CONVERSATIONWhere stories live. Discover now