Banyak jalan pelbagai jalan. Jalan banyak tidak ke mana
Antara jalan mencari jalan.... Pilihlah jalan yang ada JIWA.Kata kata klise...sering didengari, "kalau itu jalan hidup yang engkau pilih, pergilah"
Kita semua sedang hidup. Hidup pula kita tahu hanya sekali. Tutup mata tamatlah semuanya. Sepanjang hidup deria NAFSU membelai diri, sambil membantu kita untuk memilih jalan hidup masing masing. Kita bayangkan macam macam.
Ada yang tertipu sepanjang jalan sehingga mati.
Ada yang kerap menukar arah hidup dan tidak pernah ketemu apa yang dihajati.
Ada yang merungut sepanjan menjalani kehidup. Mengeluh sepanjang perjalanan yang dirasakan tidak sampai sampai, tiada penghujung.
Mana ada destinasi yang tamat?
Perjalanan dan Penantian manusia itulah yang membentuk hidup!
Lebih baik memilih jalan yang ada JIWA. Sepanjang usaha berjalan ada saja pertemuan dengan hal hal duniawi, manusia lain yang memilih jalan yang sama, pemandangan yang menarik, duri duri hidup yang bakal menjadikan kamu peka.
Mana ada jalan yang lancar seperti syurga? Cantik ya cantik, tidaklah pula boleh kita gambarkan ia seperti syurga.
Masing masing memilih JALAN HIDUP. Ada ketika kita akan berhimpun dan membandingkan diri secara sedar atau tidak. Menelan airliur terhadap jalanan orang lain, kesal pada pilihan jalan sendiri. Memang begitu ada nafsu manusia, entah entah jalan orang itu penuh duri dan serigala garang. Entah entah dia tidak bahagia dan sentiasa haus sepanjang jalan. Kita ini nampak yang di luar luar sahaja. Entah entah dia pakar cerita...menggarap semua elemen elemen impian manusia sepanjang berkisah.
Hari ini aku mahukan kamu merenung jalan sendiri. Tukang cerita, hakim, watak utama semua adalah kamu...
Ceritakan dengan telus akan laluan pilihan kamu itu...tanpa sebarang rasa ralat.
Selama ini kita asyik mendengar laluan orang sahaja. Dibayangi rasa rasa hebat jalanan mereka. Dia bayangkan, kamu juga bayangkan, entah entah tidak seperti yang kamu gambarkan, pulang ke titik mula perjalanan harian, kamu jadi ragu ragu...mahu terus atau tidak? Mahu ikut serta jalanan orang? Menukar haluan?
Atas dasar itu, sering dikatakan JALAN ADA BANYAK JALAN, TIDAK SATU PUN MEMBAWA KAMU KE MANA MANA....kalau perlu memilih, pilihlah jalan yang ada JIWA.
Jalan yang ada JIWA itu akan membantu kamu menikmati kehidupan. Pahit Manis Masin Masam Berduri itulah yang akan menjadikan kamu MANUSIA. Manusia yang kenal akan kehidupan sebenarnya.
Tidak ada orang lain yang boleh menentukan PERJALANAN kamu...mendengar kata kata orang? atau mahu mendengar kata hati? Sambil sambil berdoa agar tidak ada hal hal yang buruk sepanjang perjalanan yang dipilih.
Ada waktu kaki akan tertusuk duri. Melangkah anak sungai. Memetik buah di pohon kerana lapar. Meninggalkan anak burung kecil yang terjatuh dari pokok. Mencari kasut yang sesuai. Kita akan terus berjalan dan terus berjalan lagi...
Sewaktu berkumpul, biarlah mereka pejalan yang kurang matang itu memuji muja gunung ganang yang telah mereka lalui...besar gunung yang mereka gambarkan itu mungkin tidak sehebat bukit hijau yang telah kamu lalui. Penting sangatkah untuk kamu berhujah tentang kehebatan perjalanan masing masing?
Kamu boleh memilih untuk tersenyum sahaja, mendengar kisah kisah pejalan pejalan yang ada.
Tukar haluan jalan? Apa salahnya...pilihan terbentang di hadapan kamu. Kamu sudah tidak lemah lagi, kamu sudah menetapkan jalanan kamu. Tidak ada pengaruh pengaruh lain lagi, lagi pula yang menanggung itu adalah diri kamu sendiri bukan?
YOU ARE READING
CONVERSATION
AléatoireConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...