DEACTIVATED!???

20 2 0
                                    


BILA MEDSOS (fb,IG,tweet) HARUS DIABAIKAN?


1. Apabila fikiran bercelaru, tidak tenang, kecewa marah

2. Apabila kita sudah mula merubah pola hidup secara drastik

3. Tidak ada kemampuan membezakan sinis jenaka

4. Apabila semua muatnaik seolah berbicara nakal/jahat/sindiran pada kita

5. Kesedaran produktiviti jadi perlahan (kerja rumah, tugasan, hal hal sosial manual), medsos sebenarnya memakan/menelan masa.

Tidak dapat dielakkan penggunaan Medsos di zaman semasa. Makcik jual sayur pun ada facebook jangan main main. Bukan sekali, bukan dua kali, kita sudah melihat kejadian kejadian curhat yang berbentuk negatif. Bergaduh, tuduh menuduh seolah olah ada sahaja orang yang dengki pada kita. Manusia apabila marah, sifat mereka agak WOW....

Akibat merasa selesa, bahagia dan seronok kita terlupa bahawa ramai yang berada dalam senarai kita kesihatan mental mereka tidak sesetabil yang kita harapkan. Manusia sudah dikatakan berlapis lapis sikapnya bukan? Jadi segala muatnaik kamu akhirnya digunakan sebagai senjata untuk menghentam kamu pula di hujung cerita.

Fikirkan hal hal dsylexia, bipolar, stress dan hal hal jiwa yang lain. Kita harus mengerti kerana mereka juga ada dalam senarai teman teman medsos kamu.

Apabila tulisan tulisan pendek MOTIVASI MANUSIA kamu anggap sebagai celaan pada kedudukan kamu sedia ada. Ini adalah petanda pentanda awal bahawa kamu tidak ada keseimbangan di medsos.

Penulis sudah melalui hal ini berkali kali. Muatnaik random disangkakan sebagai perlian pada mereka, sedangkan mereka kurang faham atau mungkin tidak tahu bahawa penulis suka menulis rencana rencana pendek tentang situasi negara secara sinis. Ada waktunya kerana berfikir orang lain tahap SENSE OF HUMORnya tinggi kita memberi komentar di dinding orang secara berjenaka. Silap besar... kita merasa selesa, memikirkan kita kenal pemilik dinding.

Hal penguasaan BAHASA juga harus diambil kira. Ini penting untuk menggelakkan kekeliruan.

Hubungan medsos yang bermula dengan kekaguman dan pujian kerana sering memuatnaik artikel yang tajam dan jenaka sinis besar kemungkinan akan memakan diri sendiri. Penulis sudah menjadi sangat hati hati dan tahu memanafaatkan butang butang kendalian di medsos. Jangan lupa sejak tahun 2008 penulis sudah tahu bagaimana mengawal rasa teruja di medsos. Kawalan sangat penting. Berpesan pada diri.

Ada followers yang ketagih pada tulisan tulisan sensasi kita, kita pula jadi ghairah mahu bersensasi tentunya. Ini adalah ketagihan dua belah pihak.

Pengguna medsos seperti yang kamu sedia maklum adalah pelbagai, dari surirumah, maknyah, jantan gatal, pakar scam, peniaga, gayboy membawa ke pelajar sehingga para professional. Masing masing melepaskan lelah mereka di ruang medsos pilihan. Mood mereka ketika melayarinya juga tidak sama antara satu sama lain. Maka jadilah pertembungan pendapat, nilai dan kemahuan apabila membaca postingan. 

Setakat ini sudah dilihat dua tiga yang bermental tidak stabil. Ya mereka ada... kita akan jadi seolah olah pemotong stim apabila berkomentar di dinding mereka, maka terjadilah sesi perli perli, camdek ala ala orang desa...itu kita anggap biasa selagi nama kita tidak disebut. Apakah mental tidak stabil? Mereka yang bipolar, OCD dan tertekan jiwa.

Silap kamulah... kenapa guna facebook bila sedang melara. Bila melara hal hal postingan orang menjadi racun pada kamu. Penulis sudah melihat dan melalui sendiri bagaimana sakitnya teman teman sendiri bila membincangkan hal agama, seksualiti dan politik. Ya, mereka ada dan tentu sekali nilai nilai yang mereka percaya tidak sama antara satu sama lain. Apa peranan kita? Kita elakkan dan kalau terlalu kronik kita abaikan sahaja. Abai bagaimana? Jangan bersifat seolah olah kamu tidak ada pilihan. Hadang, Halimunan atau pura pura tidak nampak.

Secara psikoloji kamu akan melihat getaran sifat manusia, dari waktu ke waktu menggugut untuk membersihkan dindingnya, makin hamun dengan kata kata kesat, salin lekat perbualan bersama orang yang dibenci. Medan mencari perhatian juga tidak disedari oleh pengguna medsos. Pelan pelan mereka terbawa ke arah tersebut. Marah marah dan perli kenapa muatnaik mereka tidak diLIKE atau kenapa komentar mereka tidak dibalas. Kamu pasti sudah melihat semua ini bukan?

Medsos sebagai wadah untuk mengaibkan orang? Penulis juga sewaktu awal awal dahulu pernah memasuki daerah ini, lama lama jadi terfikir bahawa itu kejadian/kesah orang. Lainlah kalau orang tersebut adalah PUBLIK FIGURE jadi dia layak untuk diperkatakan, itupun kalau boleh kita elakkan. Bayangkan kalau kisah aib kita diwar warkan secara begitu? lari tidak pijak tanah agaknya. Itulah keseronokkan menjadi pengguna medsos, ada sahaja berita keji orang yang kita nikmati.

Ini belum lagi kisah kisah maknyah dan paparan mereka yang ada waktunya berbunyi kasar dan tidak berakal. Mungkin juga akibat tertekan. Begitu juga dengan luahan para cisgender apabila marah, capai sahaja telefon pintar dan luahkan sahaja. Ahhh!!! Bagaimana ya? Curahan hati jejaka gay yang sepi? owh macam macam patutlah kita jadi ketagih pada ini semua. Lama lama kalau kita bosan, janganlah kita kutuk rapat pula, belajarlah pula seni BUAT TIDAK TAHU atau scroll down pura pura tidak nampak. Ya, ini juga adalah kemahiran bukan?

1. salin lekat haruslah kamu tahu apa sebabnya. Pastikan kalau ditanya kamu tahu isi penuh

2. bukan semua muatnaik di medsos itu adalah kutukan buat kamu.

3. Menjual nilai jangan sekali kalau kita sudah mula mempelajari agama atau polisi polisi baru

4. bayangkan gambar aib kita...jadi tunggu dulu kalau mahu mengaibkan sesiapa

5. kisah kisah keluarga yang dipaparkan di medsos. Apa tujuan kita?

Ada orang lama lama bersahabat dengan medsos, akan tercipta satu kedekatan dan kebergantungan. Ada orang melampiaskan kemarahan, ada orang berduka lara merintih, ada orang yang pendiam jadi terbuka dan ada orang yang hanya mahu membaca kisah orang lewat medsos. Jadi tanpa sebarang penilaian, kita tahu ini adalah ruang sosial yang agak pelik dan aneh ada waktunya tidak terduga.

Apa kata tukarkan ianya menjadi ruang untuk kita berkongsi informasi? menikmati lawak jenaka paparan teman teman? Berniaga juga tidak salah bukan? Berkongsi hal hal manusiawi yang tidak bersifat mendesak, memaksa, agree to disagree? Pokonya imbang imbangkan diri supaya diri kita tidak dibaca sebagai manusia yang KEHARUAN, MENTAL, MERAPU atau GILA.

Begitulah seadanya hubungan dengan medsos yang menjadi semakin serius dan ada waktunya mencengkam pengguna, walaupun didasari oleh niat awal mahu bersosial secara baik. Medsos tetap tertakluk pada kita dan kematangan. Boleh juga kalau kamu menjadi pemerhati sahaja kalau mampu. Ruang yang semakin nakal ini juga boleh dijadikan medan untuk memalukan dan dimalukan. Berhenti sebentar sekiranya perlu, tidaklah ada kerugian apa apa.

Kenapa penulis masih ada di MEDSOS?

Kerana penulis awal awal lagi sudah menetapkan bahawa medsos akan digunakan sebaik mungkin untuk bersosial, berkongsi informasi, melawak jenaka, tutup bila ada kerja lain dan berhubung dengan teman lama dan baru secara sihat. Penulis juga sudah mempunyai keupayaan untuk pura pura tidak nampak pada postingan yang negatif dan sudah bersedia untuk menggunakan butang butang yang direka oleh sesawang internet bila perlu... TANPA MERASA BERSALAH. Penulis tidak percaya pada aktiviti MENCARI POPULARITI di medsos.

UNFOLLOW, HIDE, DELETE ATAU BLOCK. Sekiranya perlu. Deactivate sekiranya kamu dapati ianya tidak membawa sebarang kebaikan. Tidak ada penilaian di sini.

NOTA: hal ini ditulis setelah penulis melalui sendiri hubungan sosial yang menjadi hambar, bukan sekali dua banyak kali, setelah ada teman teman yang terguris hati, merajuk, salah faham dan tiba tiba jadi sensitif. Sehingga kini penulis tetap berpesan hal yang sama. Selalu penulis berpesan: Elakkan medsos kalau kita sedang marah atau sedang kecewa melara. Ada sebabnya....

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now