TAKE NOTE PLEASE...
1. Ask yourself what you really enjoy pursuing in life
2. Find ways, (putting some efforts and sacrifices)
3. Do not listen to negative people around you
4. Appreciate supports and helps given (even the smallest)
5. Avoid being bitter as much as you can
6. Balance your success (arrogance should not take place)
7. Share if you must, without hesitation.
8. Stop limiting your capability. Embrace failures as lessons.
9. Pat your back, forgive what needs to be forgiven
10. Repeat all of the above till the end of your life.Nasihat biasa biasa, bunyi macam orang kampunglah sikit. Mungkin akan membantu kamu yang membaca. Terlalu ramai daripada kita tercari cari, belajar tinggi, hidup dalam dunia yang moden yang penuh dengan infrastruktur hebat.
Kita dalam banyak waktu terlalu berfikir tentang orang. Jarang kita mahu melatih diri untuk jadi kuat dalam meneruskan destinasi mencari kebahagiaan peribadi.
1. Sebaik sahaja mencapai akil baligh tanyalah diri, apa yang akan membuatkan kamu bahagia? berkahwin? lulus peperiksaan? minat apa? realistik atau tidak impian diri?
2. mencari jalan untuk mencapai cita cita. Usaha usaha yang boleh, termasuk beberapa pengorbanan. Harus percaya tidak ada JALAN MUDAH dalam hidup. Ada sahaja tuntutan dan dugaan sebagai manusia. Rintangan sesama kita juga tidak akan pernah sama.
3. Untuk hal hal yang baik, akan selalu ada manusia yang memberi impak negatif untuk kamu. Mereka seolah olah sudah tersedia dalam dunia ini. Kamu harus menanganinya dengan baik. Jangan terkejut mereka adalah ahli keluarga sendiri, teman teman terdekat atau orang yang kamu sayangi. Ini semua adalah untuk mengukur kuat atau lemah semangat juang kamu.
4. Jangan lupa diri. Lupa diri adalah PENYAKIT biasa bagi orang orang yang tercapai cita citanya. Bercakap lepas, tona ungkapan jadi angkuh, gagal berterima kasih walaupun untuk hal hal bantuan dan dorongan terdahulu. Terima kasih itu harganya sangat murah, lakukan dengan hati yang ikhlas.
5. Gagal itu adalah biasa. Usaha lagi dan lagi kalau betul betul kuat, malah kali ini mungkin lebih menarik lagi. Jangan sekali kali bersifat PAHIT pada sekeliling, beranalisa keterlaluan kenapa GAGAL dan mencari sebab sebab atau orang orang untuk ditunding jarinya. Penuh kesumat dalam hidup. Badan manusia yang berkesumat akan menjadi berat secara literal.
6. Kejayaan itu diimbangkan. Rasa syukur pada susunan Pencipta. Siapalah kita tanpa restu illahi? Lainlah pada yang tidak beragama. Ramai manusia jadi angkuh tidak bertempat bila berjaya, mendonggak wajah, mengangkat bahu tinggi tinggi solah olah mereka hebat. Kalau ada frasa rendah diri pun disebut dengan maksud yang terselindung..."Ya saya bangga menjadi anak malaysia yang pertama...." Ya rabbi apa itu...semua??
7. Kedekut Ilmu jangan sekali kali. Niat mahu mempermudahkan hidup orang lain itu harus ada, apa salahnya berkongsi jaya? Tidak luak hal hal sementara ini. Lebih banyak kita kongsi, lebih banyak peluang akan terbuka secara meluas. Tidak kira ilmu, wang ringgit atau riang tenaga. "Eh! mana boleh saya dulu siapa pun tak tolong, mampuslah dorang..." JANGAN SEKALI KALI
8. Jangan berhenti menggunakan sagala kepakaran dan kemahuan kamu. Berjaya setakat itu sahaja? Malas mahu mencuba yang lain? Takut GAGAL? Jangan, selagi ada tenaga teruskan usaha untuk hal hal yang terbaik buat diri dan sekeliling. Gagal itu sebenarnya adalah TOK GURU kita yang terhebat!
9. jangan lupa pula untuk memuji diri. (bila bersendirianlah) janganlah puji diri depan orang ramai, tak elok. Puji kekuatan dan ketabahan kamu menempuhi semua rintangan. Maafkan segala khilaf diri dan khilaf orang sewaktu dalam perjalanan mencari kejayaan peribadi. Badan akan menjadi ringan dan emosi akan lebih lapang.
10. Ulangi kesemua di atas untuk sebarang projek projek baru atau destinasi destinasi lain, al maklumlah semua itu adalah hal hal DUNIAWI yang sementara sahaja...seronok bahagia gembira yang tidak lama...kerana tidak ada apa apa yang kekal...
* ALWAYS REMIND YOURSELVES THAT NOTHING IS PERMANENT
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...