PENDEKATAN PENDEKATAN APPROACH APPROACH
Tidak kira sebesar sekecil mana hal hal dalam hidup, apabila ianya melibatkan manusia lain, kita harus mempunyai pendekatan yang baik dan bersopan. Orang yang dikatakan adalah termasuk ahli keluarga, rakan sekerja, manusia baru dan sesiapa sahaja yang harus dihadapi dalam kehidupan.
Bahasa yang lancar, susunan dan tingkah yang sopan jelas itu dituntut. Setuju atau tidak adalah hal yang kedua, kerana pendekatan kita akan menggambarkan siapa diri kita dan apakah latar belakang kita sebagai manusia.
Semakin kita meningkat usia, sekiranya kita tidak penting diri (selfish) kita akan mula mengarahkan otak dan badan kita untuk bertingkah sambil meluahkan kata kata. Kalau kamu sering diketawakan atau dihina, pasti ada hal hal yang tidak kena dengan cara pendekatan kamu.
Pokoknya kita boleh memilih cara kita untuk pendekatan yang lebih baik, dipulihkan dari waktu ke waktu.
FIKIRKAN:
1. Apalah tuntutan sopan di kalangan masyarakat secara umum.
2. Bahasa apa yang kita fasih? Bahasa apa yang mereka faham?
3. Gerak badan bagaimana? Adakah berdiri formal, bersalaman, kasual bersahaja atau apa?
4. tuntutan budaya setempat. Hal hal halal haram, kata kata yang boleh memberi dwi makna atau apa apa sahaja yang tidak pernah piawai dengan pemahaman kita selama ini. Semua harus diambil kira
5. Kebolehan kita secara lalu cepat tangkas dan pantas membaca kumpulan sasaran. Namun dalam kondisi yang tetap sopan dan terang jelas.
Kita sering mendengar kejayaan individu dalam pendekatan untuk mendekati sesebuah kumpulan. Kerap di ceritakan sebagai pengalaman untuk membuktikan kejayaan mereka.
"melihat sekumpulan anak muda yang kelihatan seperti orang orang punk, aku pun ikut punk sekali... aku gayakan sebaik mungkin dan mereka nampaknya senang dan mula menerima dan mendengar apa yang ingin aku katakan...."
Merangka pendekatan itu memerlukan masa, pemahaman dan tidak boleh secara semberono. Demi keselamatan kamu boleh sebenarnya berpendekatan biasa biasa sahaja. Jelas, Sopan dan tidak canggung. Inshaallah kumpulan sasaran akan memahami motif kamu mendekati mereka.
1. ada orang mahu diterima dalam masa yang singkat
2. ada orang mahu dilihat sebagai berkuasa (autoratif) apabila mendekati
3. ada orang selesa dalam suasana yang kasual mudah
4. ada orang mungkin selesa dengan bahasa bahasa besar (jargon) dengan alasan tersendiri
5. ada orang tidak kisah, asal sahaja kumpulan itu mampu didekati
Diajar secara langsung atau tidak. Diserap dari waktu ke waktu biar selaras zaman dan budaya semasa. Subjektif sifatnya dan bertuahlah mereka yang mampu memiliki pendekatan yang bagus. You can... they can.. we can.
Kita ketawa melihat pendekatan mereka yang baru tamat kurus MOTIVASI dua hari bukan? Ya... canggung sekali, kerana dia masih belum menemui cara peribadi yagn sesuai
Medsos pula membenarkan pelbagai teknik teknik ini dilaksanakan. Jadi kamu temui istilah Bad Ad is Still An Advertisement. Masing masing bernasib peribadi. Ada yang dihujat keras dan ada yang laku keras. Hahahahah...
Siapalah pula kita untuk memberi saranan? Jadi saya percaya kita hanyalah penonton yang dipohon untuk jadi saksi. Selepas itu terpulang pula pada kita untuk bertindak, kerana dianggap sebagai klien sasaran. Yesssza.
Di akhir cerita, kita tahu ianya hanyalah satu proses pemahaman sesama manusia yang mempunyai tujuan. Ianya dilakukan dengan sifat yang tenang dan jelas supaya ada objektif obkjetif harapan kita tercapai.
Pendekatan pula haruslah terbaik dan sesuai. (supaya kamu tidak tertanya tanya kenapa mereka tidak faham? Kenapa mereka menolak? Kenapa mereka mentertawakan kamu?)
Ianya berkenaan setakat mana kita berusaha membaik pulih cara pendekatan kita.
YOU ARE READING
CONVERSATION
LosoweConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...