Bagus juga zaman medsos, kita melihat teman teman lama. Ada yang dikenali sejak kecil, zaman persekolahan dan zaman remaja. Perkembangan dan Pertumbuhan manusia adalah hal yang sangat biasa/normal. Kita tentunya berubah menjadi yang TERBAIK untuk diri pastinya.
Ukuran ukuran piawai diikuti sebaik mungkin. Ukuran siapalah agaknya?
Sifat mahu menjual nilai nilai baru baik dari sega agama dan sosial kehidupan boleh dilihat jelas diluahkan lewat muatnaik mereka. Ada yang sangat ghairah seolah olah merasa takut orang lain tidak menuruti landasan mereka. Jadi muat naik mereka jadi tidak realistik kerana...
1. Hanyalah muatnaik salin lekat dari para alim ulama yang mereka taksub
2. Syurga neraka yang mereka risaukan itu aturan siapa?
3. Ketakutan mereka pada hal hal akhirat kalau boleh kamu harus ikut sama
4. Bila mood mereka bertukar, muatnaik jadi lain... ada unsur unsur gatal dan ghairah
5. Menerakakan orang lain tanpa sedar dengan kenyataan pilihan.
6. Muatnaik pendapat dan perspektif seolah olah dunia ini hanya ada bangsa mereka
7. Mempromosikan barangan dan nilai hidup yang sedang mereka turuti. (tentu saja lebih baik dari cara orang lain)
8. Terlupa pada kegiatan JALANG mereka yang kita ingati
Inilah bahayanya apabila talipon pintar ada ditangan, getar hati membawa ke jari, jari mengetik aksara aksara yang ada sambil cuba menjadi ketua MORAL. Kalau belum sedar baik sedarlah sekarang, kerana ada orang perhati atau orang hanya lihat sepintas lalu. Muatnaik yang tidak difikir membuatkan teman teman lama terfikir sebenarnya. Selalunya akan dilapik dengan kata kata bahawa itu sewaktu zaman JAHIL... apa sekarang kamu sudah waras tawadduk?
Cuba memasuki arena boikot memboikot hal hal Yahudi, ikut orang. Esok lusa ada pula muatnaik makan makanan di franchais milik Yahudi dan barangan mewah/separa mewah/barang biasa hasil usaha para Yahudi. Apa tu?
Menghina pemimpin negara yang entah betul atau tidak. Tidak kenal mana satu berita dari cybertrooper A dan B. Yang penting apa yang dikongsi itu menaikkan nilai moral peribadi diri. Itu kenalan kenalan lama yang suatu ketika dahulu kongkek sana kongkek sini... tiba tiba menjadi ustazah.
Yang mental jangan dikiralah... ada sahaja perubahan baru mereka bila resah. Maki hamun, rasis sehingga jadi tular. Mungkin itu satu kenikmatan bagi dirinya. Status dinding medsos pula terbuka (publik) dia fikir publik itu hanya ada orang orang seperti dirinya? Kita belum berbicara bagaimana para gay muslimah lagi ni.... atau maknyah yang hampir hampir insof. Kalau diperhatikan itu adalah hal yang harus mereka kongsikan dengan kaunselor mereka bukan untuk tatapan ramai di medsos. Kenapa?
Kerana ia akan memberi kekeliruan pada ummah. Orang akan jadi terfikir dan mula menyama ratakan orang orang yang lain. Sungguh dominan sekali kalau ditegur... memudahkan diri kita anggap medsos ini adalah tempat meluahkan perasaan. Ataran titik awal kemaafan. Tetapi asyik juga melihat perbalahan tentang agama, politik dan nilai hidup di situ, cuma kasihan kenapa ianya harus beada di situ secara terbuka.
Ubat ubatan berbentuk penipuan agama juga banyak, diwar warkan tanpa ada rasa malu. Ada waktunya kasar sekali bahasa sewaktu menangani bakal pelanggan yang bertanya. Kismis ajaib? Kurma suci? Air mineral berjampi?
Sebagai orang yang waras ada waktunya kita padam sahaja mereka dari senarai teman teman di medsos. Namun yang hadir di home feed tidak dapat dielakkan. Bersifat positif kita anggaplah itu juga adalah pembelajaran untuk kita juga. Memang manusia itu hadir dari pelbagai peringkat. Langkah mudah adalah untuk tidak ada sebarang asosiasi bersama mereka. Kita juga ada ego yang harus kita pertahankan bukan?
Bermoral atau tidak, atas kita untuk mengawalnya. Manalah tahu tanpa sedar kita juga tersenarai dalam kelompok yang sama. Manusia suka memberi pendapat, ada semacam kenikmatan apabila mampu menyuarakannya. Kita maafkan awal awal supaya hati menjadi mudah dan lega.
NILAI NILAI DAN PERATURAN SIAPA?
Kita juga tanpa sedar ada memberi nilai nilai pada manusia. Kita ukur dan kita bandingkan dengan 'pembentukan sosial terbiasa' kita yang berasal dari moral yang kita anuti tanpa sedar.
1. Bercakap/menulis harus begini begitu
2. Perempuan tidak boleh berhibur di tempat awam
3. Pakaian harus ada kayu ukur tertentu
4. Gerak badan mesti mengikut piawaian kita
5. Isi isi pendapat orang kita sanggahJadi semua ini harus kita nilaikan semula dari waktu ke waktu. Kita bidas ikan ikan bilis yang khilaf, yang boleh kita telan hidup hidup. Ada waktunya kita bijak juga melapis lapis kata agar orang lain rasa bersalah. Cuba kita nilaikan semula sempit atau tidak perspektif kita.
Demi apa? Demi hidup yang sangat subjektif ini supaya kita tidak ikut serta membabi buta.
Tidak kiralah keresahan peribadi, takut pada suasana negara atau hal hal setempat, setiap satu harus kita lihat dalam dalam. Hati hati juga dengan luahan tidak menentu di medsos. Ramai yang ditemui diluar tidak sama sebenarnya dengan apa yang dipaparkan di dinding peribadi mereka. Seperti yang dikatakan sebelum ini medsos mungkin hanyalah sejenis alter ego masing masing.
Kembali pada hal hal menjual moral sedangkan dulu hidup JALANG, kurang kurangkanlah sedikit. Ingatkan diri bahawa dunia ini luas. Lain orang lain budayanya. Kepercayaan kita berbeza, tidak kiralah kalau kamu anggap ianya karut atau tidak masuk akal. Kamu boleh terus kekal dengan pegangan kamu, setelah utuh tidaklah perlu kamu mendosakan semua orang yang tidak mahu ikut serta. Bukan apa, jadi tidak aman nanti hidup kamu.
Apa apa sekalipun, ianya bermula dari diri... (janganlah hairan pasal apa orang lain nampak bahagia, seronok. Kerana dia tahu dia berniat elok pada hidup, hatinya tenang kerana tidak buruk sangka, gerak gerinya cergas atas kemahuan peribadinya).
Kamu? Kamu ternanti nanti ketua, pembimbing atau idola. Kalau ketemu yang betul Alhamdulillah.
Kenapa harus tunggu orang lain tiba untuk bermain muzik? Kamu boleh sahaja bermain muzik sendiri sambil sambil menikmatinya.
Raikan kehidupan, raikan perbezaan.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...