KENAPA MENOLAK RASISME?

19 1 0
                                    


Rasisme adalah situasi di mana hal hal Prejudis, diskriminasi atau kejahatan yang ditujukan secara langsung pada seseorang atau kumpulan yang berBANGSA berlainan atas rasa percaya bahawa BANGSA aku lebih agung.

Ianya juga rasa percaya bahawa ahli setiap bangsa memiliki karekter atau keupayaan tertentu (yang jadi milik hakiki bangsa itu) bagi membezakannya sebagai LEKEH atau HEBAT berbanding bangsa tertentu atau bangsa bangsa yang lain.  

Kembali pada pembentukan manusia yang harus dilihat awal awal akibat desakan demographi, politik dan agama, kita masing masing tidak dapat lari dari membuat PERBANDINGAN. Bertolak dari sini, sekiranya tidak dilihat dengan mata hati yang tajam, kita akan menjalin sejenis rasa dalam diri bahawa kita lebih hebat, benar, betul dan murni berbanding bangsa bangsa lain bila perlu membuat perbandingan.

Sakit membandingkan kelebihan ras ini akan berlanjutan. Dihasut secara tidak sedar oleh pihak pihak tertentu. Jadi terbiasa bagaikan ada dalam darah dan daging kita sewaktu kita berhubung secara langsung atau tidak. Ianya akan jadi seolah olah NATURAL/asli dan kita mengiakannya juda secara tidak sedar. Bangsa aku lebih murni berbanding bangsa kamu... lalu kita secara YAKIN menyenaraikan segala kekurangan bangsa lain berbanding bangsa kita. 

Hal asas mudah ini terus menjadi kudis dalam hidup manusia. Si ibu/ayah tanpa sedar  melatih awal anak anak yang lama lama akan membentuk cara/tata hidup sebagai manusia RASIS. Nasihat dan kekangan awal yang merupakan nasihat nasihat kecil itu lama lama akan terlekat pada anak anak, dibawanya pula ke hadapan bila dewasa dan diperturunkan pula apa dia sendiri memegang tampuk sebagai KETUA (tidak kiralah ketua keluarga, pejabat, pengurusan dan lain lain).

Rasisme kalau dikaji dari sudut pandang akademik akan membuatkan kita keliru. Jargon yang diguna pakai ada waktunya tidak sampai pada kamu yang mencari maknanya. Jadi pecahan dalam artikel pendek ini akan dimudahkan dari sudut pandang yang ringkas.

1. Perakuan kita secara agama bahawa manusia itu hadir dari Adam/Hawa

2. Tidak ada bangsa selain dari bangsa MANUSIA. (no race but a human race)

3. Setiap bangsa ada budaya dan tatacara mereka yang dibawa dalam kehidupan seharian

4. Warna warni kehidupan demi perbedaan.

5. Sifat dan alasan ahli politik di peringkat daerah dan nasional, apabila memerlukan sokongan

6. Budaya Agama, bangsa dan amalan spiritual yang sudah tentu berbeza

7. Hal hal fizikal seperti warna kulit, bentuk tubuh, warna mata, bahasa dan macam macam itu adalah HAKIKI.

8. Menilai kembali kebencian yang diterapkan awal awal lagi oleh pemimpin untuk kaum majoriti

9. Memaafkan awal awal lagi kalau bangsa lain sanggup mengikut tata budaya kita

10. Peraturan negara yang tidak masuk akal: Masuk Melayu/Jadi Cina/ikut India demi kemudahan diri. Pelik sebenarnya.

Secara ikhlas kita sudah nampak ada hal hal yang tidak wajar di situ. Apabila berkahwin secara tertib muslim, berubah cara hidup di rumah dengan cara Melayu labelnya terus menjadi Melayu. Begitu juga sebaliknya. Jadi kalau kawin dengan bangsa Amerika dan tinggal di sana, apakah jati diri kamu akan berubah? Apakah ada ujud satu penerimaan baharu? Atau kamu sahaja yang merasakan diterima bulat bulat?

Sifat sifat nakal kita apabila berbicara tentang ras/bangsa dan etnik secara tempatan juga masih lagi harus diperbetulkan. Kita senang senang membatakkan orang, menjakunkan orang atau mengsenoikan orang sambil ketawa ketawa kerana ia adalah jenaka. Sila fikir tentang hal mudah ini.

Rasisme Dari Sudut Psikoloji.

1. JATI DIRI

Beberapa kajian telah menunjukan bahawa manusia memilih untuk bersifat prejudis dan berdiskriminasi sebagai langkat untuk meningkatkan jati diri. Apabila jati diri digugat, tindakan prejudis akan tampil sebagai langkah tingkah baik pulih jati diri. Ianya adalah amalan politik lama.

2. Kendiri Positif

Manusia adalah makhluk sosial. Kita mahu jadi ahli kumpulan dan mahu melihat diri kita berada dalam kelompok hebat (self esteem), kita mahu kumpulan dilihat sebagai penting atau hebat. Sayangnya ada langkah langkah yang diambil dengan merendah rendahkan kelompok bangsa yang lain. Identiti indentiti yang melibatkan politik, sosial dan bangsa. Kita mahu mempromosikan kehebatan menjadi tersendiri (distinctive). Dan hal inilah yang akan menyumbang pada sifat sifat negatif terhadap manusia lain yang tergolong dalam bangsa yang lain.

3. Survival

Motif survival menurut bijak pandai adalah punca rasisme bergerak. Manusia berevolusi sebagai spesies dalam kumpulan dan kumpulan bertarung bagi mendapatkan sumber sumber yang semakin berkurangan.

Kita bertarung sebenarnya untuk sumber sumber seperti air, tanah, pelabuhan, minyak dan lain lain. Fikir dari sini. Sedangkan dunia adalah untuk dikongsi. Di sini ada ujud rekaan dari pihak yang berkuasa demi bangsanya. Otak kita berevulosi di situ sambil sambil membentuk sistem percaya bahawa bangsa lain adalah berbeza daripada bangsa kita yang hebat.

4. BERMAKNA

Kita dimotivasikan untuk menanggap hidup ini harus bermakna. Bagaimana bersifat rasis membantu? Mereka diarahkan melalui pelaburan sistem budaya percaya atau pandangan dunia bahawa mereka sedang menuruti deria perintah dan kepastian. Sayangnya sesetengah orang melabur pada pandangan dunia yang memperomosikan sifat rasis, percaya dan keagungan sesebuah bangsa. Pokoknya pencarian makna hidup itu dilakukan oleh setiap manusia, kalau tersilap haribulan kita akan jatuh dalam kelompok yang rasis. Kita akan terus mencari keselesaan makna hidup, ada waktunya dalam keterpaksaan menjadi rasis.

Sudah dikhabarkan bahawa sifat ini agak menggelirukan kalau dilihat dari sudut akademik. Pertemuan, perhubungan, gabungan lain lain bangsa mahu tidak mahu akan tetap terjadi. Kita itu bagaimana? Bagaimana kita mahu menaggap diri dan orang yang berlainan bangsa yang hadir dalam hidup kita?

1. tempat kerja dan urusan harian.  (perkeranian dan perdagangan).

2. percintaan lain bangsa (suka atau tidak akan melibatkan percanggahan kecil/besar)

3. anak anak gabungan dua bangsa (bijaksana penerangan ibubapa)

4. identiti yang di cari cari dan usaha mengukuhkannya, melibatkan taksub bangsa.

5. urusan urusan kehiduoan yang tidak dijangka.

Nah di sini kamu akan terfikir apa dia? Kenapa bicara perihal bangsa akan selalu wujud? Paling tidak bicara tentang suku suku bangsa. Kita berkelahi kerana sudah melekehkan bangsa lain.. Kita ketawa membuat jenaka kerana bangsa tersebut kulitnya hitam, ritual budayanya aneh, kepercayaan mereka menyimpang dan berdosa tidak direstui Tuhan kita tuduh. Hmmmm.....

Hal hal remeh temeh itu seharusnya kita lihat dengan hati yang terbuka. Terima atau tidak masih kekal atas diri kita. Tidak ada sesiapa memaksa kita untuk menerima atau mengikut mereka. Sifat sifat prejudis dan diskriminasi kita sendiri harus diubati dengan pendekatan yang melibatkan minda sihat, kasih sayang, toleransi, kajian mendalam dan tidak menghasut.

Kita mahu jadi warga dunia yang maju dan progresif. Bangsa tidak menentukan semua itu. Yang ada hanyalah KERJASAMA PADU sesama kita.

Bagi saya manusia rasis harus dielakkan sama sekali. Rasisme wujud di kalangan semua bangsa, mereka menjalankan jarum mereka samada sedar atau tidak dalam kenyataan dan perilaku mereka.

Bahasa Jiwa Bangsa - namun ianya tidak seharusnya di politikan sewanang wenangnya. Filem kita wajah kita - juga harus dilihat secara adik demograpinya. Bangsa apa ada disekeliling kamu? Setakat mana kamu menghormati dan tahu budaya mereka? Hubungan kamu dengan mereka bagaimana? Ada sebarang tekanan di situ? Kaji balik bagaimana kamu berurusan dengan mereka. Apakah mereka faham dan memerlukan sedikit penerangan semoga wujud toleransi di situ? Ahh.... rigid bukan? Siapa pula yang akan menggerakkan semua ini?

Mereka seringnya selesa berhimpun dengan orang orang yang sama aliran. Kita tidak mahu jatuh dalam kelompok tersebut. BAHAYA, TIDAK SIHAT dan SANGAT MEMAKAN TENAGA kita sebagai manusia.


CONVERSATIONWhere stories live. Discover now