WANITA DAN CINTA....
"You suka lelaki macamana Mira?"
"I suka yang simple, loving , fizikal biasa biasa saja takpa asalkan dia sayang I sampai hujung nyawa!"
"I pulak suka yang boleh membuatkan I ketawa, artistic sedikit...most of all sayang semua ahli keluarga I"Maka kita semua dewasa dan tercari cari siapa, di mana, bagaimana, kenapa, mengapa dan pelbagai persoalan lain dalam hidup ini. Semakin menginjak dewasa semakin kalut kita jadinya, kerana orang lain sudah berpasang pasangan, kenapa tidak kita? Tuhan adilkah begini?
Apabila berhimpun sesama gadis, itu saja topik utama yang kita bicarakan. Mengkagumi pemain bola kolej, terpikat pada ketampanan pensyarah baru dan mula memasang angan angan dalam hidup. Semuanya berkisar tentang lelaki sahaja...tentulah lelaki, kita bukan lesbian.
Kita mula mencari bahan bacaan remaja dan dewasa, bagaimana untuk menghargai cinta, pasangan, memikat dan pelbagai teknik cinta yang lain. Namun pasangan tetap yang serasi tidak kunjung tiba.
Kita terlupa ini semua adalah desakkan dari hormon dalam badan, perasaan dewasa dan lumrah hati nurani biasa manusia yang sihat. Inilah waktunya kita membuat andaian yang macam macam tentang hidup dan tentang cinta.
Kita heran, kenapa Rozi yang berwajah biasa biasa saja sudah ada kekasih yang mengusungnya ke sana sini? Kenapa tidak kita yang bijak dan berparas jelita? Cermin diri harus dilihat hari hari. Kenapa dia yang kita suka tidak memberi sebarang tindak balas? Jangan sampai jatuh dalam ruang rendah harga diri, rendah jati diri dan paling sedih menjadi rendah moral dalam mencari cinta.
Jangan risau, kamu tidak bersendirian dalam hal ini. Kekeliruan tentang hubungan cinta ini sebenarnya memerlukan kamu sendiri untuk membuat timbang duga. Tidak akan ada satu panduan yang tepat untuk kamu sebenarnya. Ia terpulang pada diri kita sendiri secara asasnya.
1. Adakah aku terlalu mengikut kata hati dan nafsu? Orang lain ada aku juga kena ada, aku bayangkan apa? Betulkah jatuh cinta itu perasaan yang indah? Manusia akan mati kalau tiada cinta?
2. Benarkah dia akan sanggup menyintai aku? Adakah tafsiran cinta bagi dirinya sama dengan apa yang aku gambarkan?
3. Sanggupkah aku menghadapi sifat peribadinya? Dalam jangka masa bercinta adakah dia menunjukkan sifat sifat yang baik sahaja?
4. Adakah usia aku ini sesuai untuk jatuh cinta dan menyintai manusia lain? Dari mana tenaga ini harus aku dapatkan?
5. Kenapa aku berhempas pulas mahu memenangi hati dia? Adakah dia sama seperti sifat aku dalam hal ini?
6. Dalam soal cinta ini, siapa yang akan membimbing siapa? Sama sama? Atau aku biarkan sahaja dia jadi pembimbing kerana dia lelaki? Bagaimana?7. Aku harus berterus terang dengan diri sendiri, siapa yang lebih banyak meletakkan usaha dalam hubungan, aku atau dia yang terhegeh hegeh? Berusaha tidak salah, tapi kalau aku sahaja bagaimana ya?
8. Dia romantik? Pengambil kesempatan dalam pelbagai hal? Atau aku yang terlalu impikan kisah kasih yang hampir sama dengan filem, drama atau buku cinta picisan yang sering aku baca? Bahaya, adakah aku mencipta suatu watak dalam hubungan ini?
9. Adakah dia mempunyai pilihan yang lain selain aku? Aku pilihan terbaik? Aku pilihan kedua? Atau aku jenis yang memaksa? Adakah aku selesa dalam apa saja keadaan apabila bersama dia?
10. Cinta tidak seharusnya menjadi BEBAN. Dia harus istimewa. Mendengar namanya saja hati menjadi berdebar, menyusun pertemuan saja hati sudah berbunga gembira, adakah dia memberi tekanan hidup yang betambah tambah pada aku yang masih muda belia ini? Cinta itu harus lancar, mudah dan mengembirakan, bukan penuh dengan drama drama yang memberatkan hidup.
Seperti yang dinyatakan, tiada panduan khusus dalam cinta, kamu sendiri seharusnya membekalkan diri dengan ilmu ilmu realiti hidup, boleh menelan setiap satu dengan aman dan tenteram
Manusia ada pilihan, mereka juga mahukan yang terbaik sama seperti kamu. Manusia boleh merobah akal dan nafsu mereka sekerat jalan. Mereka juga datang dengan pelbagai karenah dan sifat manusiawi mereka. Pemarah, cemburu, pengotor, pendiam, dominan, pasif, membosankan dan lain lain lagi. Pokoknya adalah kamu orangnya bagaimana? Ini belum lagi kita berbicara tentang rupa paras, bentuk fizikal dan juga status dalam masyarakat.
Cinta itu mudah dilafazkan, menjalaninya secara lojik dan membahagiakan adalah hal yang kita sering terlepas pandang.
Bagaimana boleh kita terlupa pula cinta pada Tuhan dan Agama? Hmmm....
YOU ARE READING
CONVERSATION
SonstigesConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...