LATIHAN KASIH PADA DIRI 2
Merendah Diri itu adalah baik dan mulia, TETAPI sekiranya dilakukan secara terlalu akan membawa ke implikasi peribadi yang tidak begitu molek. Di sinilah hadirnya kuat lemah manusia.
1. Membandingkan diri dengan kemampuan orang lain, sehingga merasakan diri lemah dan tidak ada apa apa. Ditokok tambah dengan kata kata jengkel dan hina pada diri.
2. Rasa gemuruh yang keterlaluan, tidak dapat dikawal sehingga kita tampil pelik dan tidak keruan. Cari jalan untuk mengatasi masalah ini, setiap masalah itu ada penyelesaiannya.3. Merasa terkawal, apabila perbuatan menjelek jelekkan diri itu dianggap sebagai set induksi yang berkesan. (kerana tiada sesiapa yang menegur sifat ini). Harus ingat, kata kata kamu akan memberi kesan pada orang yang kamu berurusan.
4. Selalu mengaku pada kelemahan kelamahan tanpa mahu berusaha merobah dan paling menyedihkan berurusan tanpa mengetahui hujung pangkal sesuatu subjek.
5. Terlupa bahawa kamu berhadapan dengan manusia juga, bukan malaikat, nabi atau ahli sihir. Cuma dia memiliki aura dominan kerana posisi, pangkat, fizikal hebat atau lain lain kriteria lagi. Tentunya ada cara untuk menghadapi suasana apa sekalipun di dunia ini.
Kelemahan kelemahan di atas sekiranya tidak ditangani dengan baik, akan memburukkan lagi suasana diri. Kamu masih lagi boleh bersopan dan merendah diri, tapi bukan dengan cara yang dikatakan MENGHINA DIRI.
1. Aku tidak cantik seperti kamu semua, aku gemok.
2. Aku sekolah tidak tinggi, apalah yang aku tahukan?
3. Tidak apalah, aku sedar diri aku yang kekurangan ini. Diungkapkan dengan aura yang sangat negatif.
4. Siapalah aku? Dibandingkan dengan mereka yang kelas kelas. Tengok penampilan aku pun orang akan ketawa.
5. Aku miskin, mereka kaya, takpalah tidak sesuai agaknya. Aku haprak saja, tiada tempat.
6. Tak payahlah aku bersuara, nanti ditertawakan saja.
7. Aku memang tidak boleh diharap, kalau mahu lingkup serahkan projek itu pada aku.
Kesemua yang di atas harus dibaiki untuk kamu bangun menjadi manusia yang baru yang bersifat positif. Memang ada hal hal yang nyata tentang kekurangan kita, tetapi kalau kita bersedia dan berani, satu langkah ke hadapan akan menjadi milik mutlak. Mempertahankan diri itu adalah dituntut, dengan cara yang dihormati pastinya. Mana ada manusia yang sempurna lengkap seratus peratus?Ada caranya untuk merendah diri dengan bijak dan berkesan. Ianya tidak berbunyi terlalu MENGHINA DIRI.
1. Tunggulah aku kurus nanti, aku masuk ratu okay?
2. Saya kurang arif bab ini, cuba terangkan dengan jelas.
3. Saya memang kenal kemampuan saya, yang ini saya rasa tidak boleh langsung, maaf ya
4. Hebatnya kamu semua, saya harus belajar dari kamu
5. Tahap kewangan saya tidak mengizinkan, tapi saya boleh cuba, ada sebarang bantuankah?
6. Ini pendapat saya, maaf kalau tidak selari dengan perbincangan kita.Kesemuanya dilakukan dengan penuh yakin dan beralaskan "sentuhan jenaka" 'sense of humor'. Kesimpulannya jangan terlalu menghina diri hanya kerana kita kecewa, merasa tidak setara, terpinggir dan dianggap halimunan. Kemahuan untuk bergerak ke hadapan itu perlu ada dalam diri, itu kita gelarkan sebagai SEMANGAT. Jangan pula berharap pada semangat dari orang lain, kalau ada ianya adalah bonus.
Sama juga perihalnya anak anak muda yang gagal dalam bercinta, proses menghina diri akan menjadi lebih cepat dan pantas, hanya kerana rasa kecewa bila cinta/kemahuan/nafsu tidak berbalas. Padahal kita sedia maklum bahawa dunia ini luas, peluang akan sentiasa ada, selagi kita mahu berusaha.
Berusaha bagaimana? Memperbaiki diri, mendalami ilmu ilmu hidup, terbuka menerima sebarang kemungkinan, mengenali sifat manusia dan memberi tumpuan pada subjek (matlamat) dengan cara yang lebih berkesan. Membiarkan diri sakit, merana, kecewa pada hal hal remeh juga adalah HINA DIRI yang tidak sepatutnya berlaku pada mana mana manusia.
Bersifat LUCAH dan MENENTANG "rebel" keterlaluan juga adalah antara yang termasuk dalam hal aktiviti HINA DIRI. Kita gagal membaca tahap moral dan kemahuan setempat, kita meletakkan sadaran pada kemodenan, arus waktu, hak peribadi atau secara mudah mengatakan itu adalah "disorder". Fikirkan sendiri.
Satu pesanan, HINA DIRI jangan sampai menjadi tabiat, ia akan memudaratkan langkah dan nasib hidup seterusnya. Jangan sampai menjadi HALIMUNAN apabila berada dalam kelompok.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...