MENIKAH

309 13 2
                                    

MACAMANA HANGPA NAK MENIKAH?

Membaca statistik kadar penceraian di Malaysia sebanyak 47,700 kes sehingga 2012 membuatkan kita rasa ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin tidak pada mereka yang sedang asyik masyuk terbuai irama cinta.

Siang terkenang malam terbayang. Al maklumlah dua insan bercinta. Sebagai orang tua yang mengenali bentuk kehidupan, kita pula yang naik cuak bila dua insan tersebut mahu mengambil keputusan untuk menikah. Pelbagai kata penyedap dari mereka akan muncul.

Ulat dalam batu pun boleh hidup

Rezeki itu di tangan Tuhan. Perkahwinan itu dituntut agama

Mampu itu bukanlah hanya wang ringgit

Layarilah bahtera rumahtangga dengan bahagia

Rugi kalau tidak kawin, hilang nikmat dunia

dan macam macam lagilah kata kata yang boleh meredakan segala kesulitan yang bakal dialami. Yang solo pula sering diasak oleh mereka sudah melayari rumahtangga supaya cepat cepat naik ke jinjang pelaminan.

Jejaka mula melampirkan syarat syarat pilihan hati buat dirinya, si dara pula apatah lagi, mereka juga mempunyai impian rumahtangga pastinya. Hal hal biasa seperti nasihat dari yang berpengalaman

1. Menerima diri masing masing seadanya.

2. Berusaha untuk berubah demi rumahtangga

3. Mulakan hidup baru tanpa ada rasa penting diri lagi

Ada yang bijak, awal awal lagi sudah bersedia dari segi kewangan. Kerana dia tahu semua ini melibatkan wang. Ada yang menanti wang hantaran dari si lelaki, atau si lelaki secara diam diam menanti si dara yang kemaruk untuk menaja semua secara beberapa persen atau mungkin 100%.

Dengan situasi ekonomi sedia ada, persediaan perkahwinan, pelamin, kenduri, makan pakai itu dan ini belum tentu 15,000 mencukupi. Kamu tidak mahu menanggung hutang selepas majlis bukan? Ada yang mengatakan tiada pilihan, bergolok bergadai, begitulah kita berkorban demi nafsu. Kemahuan yang bukan bukan, supaya tidak dipandang lekeh, menjaga maruah keluarga, takut ditertawakan orang. Lain kalau kita bintang besar ternama...cuma bawa badan sahaja. Sayangnya kita orang biasa biasa sahaja.

Memasuki gerbang rumahtangga pasangan mula gelabah. Gelabah yang mereka sudah sedia maklum tetapi pura pura lupa sebelum melangsungkan perkahwinan. Jangan lupa untuk....

1. Menyelidik latar belakang pasangan sebaik mungkin

2. Mengenali hati budi sebenar orang yang bakal kamu kahwini

3. Menilai keserasian pasangan (seksual, hobi, sifat dan lain lain lagi)

4. Berbincang tentang majlis dan rancangan masa depan

5. Belajar untuk berterus terang di peringkat awal

6. Menanam tekad untuk saling menjaga kebajikan masing masing.

7. Tidak kisah untuk melepaskan hobi hobi orang bujang...merokok, minum minuman keras, berjudi dan lain lain lagi.

Atau kamu jenis yang tidak kisah? Jenis yang sama sama mahu beradventure...terbuka pada apa saja kemungkinan? Memang ada orang yang tidak kisah padahal sebegini, terutamanya yang berkahwinan melalui urusan orang tengan (keluarga, kenalan, agensi jodoh).

Pasangan yang kedua duanya bekerja juga sebenarnya terpaksa duduk dan berbincang pada paten hidup baru yang akan mereka sama sama lalui. Ada banyak hal hal yang harus kamu korbankan selepas perkahwinan. Rancangan ekonomi rumahtangga itu harus ditangani bersama, suka atau tidak.

Di mana mahu tinggal? Apakah masih mahu bersama mertua? Apa mahu menyewa rumah? Atau memulakan pembelian secara sewa beli rumah sendiri? Membuat pinjaman bank dan lain lain lagi. Hal hal ini tidak perlu fikir sekiranya kita ini anak menteri atau anak ahli perniagaan yang kaya raya...rumah sudah tersedia sebagai hadiah perkahwinan. Masalahnya kita anak orang orang biasa sahaja, jadi usaha itu harus lebih sedikit.

Kedua duanya kalau tidak kuat pasti akan menghadapi tahap stress yang berat. Adakalanya hanya kerana hal hal remeh..suami yang masih suka dengan kegiatan/hobi sewaktu bujang, si isteri yang terpaksa berkorban keseronokan berbelanja, tuduh menuduh kedekut berkira dari segi kewangan, campur tangan mertua atau mungkin juga hal hal seksual. Ini antara hal hal yang harus kamu fikirkan sebelum dan setelah menaiki jinjang pelamin. Suka pada yang dominan? Suka pada yang docile?

Jadi anak anak orang biasa semua, adakah kamu bersedia? Kamu mahu berdikari? Mahu menyusahkan ibubapa dalam hal nikah kawin? Apakah kamu okay dengan hal hal yang sederhana saja? Adakah kamu jenis yang berpenyakit takut apa orang kata? Adakah kamu yakin kamu mampu untuk menghadapi hari hari depan berumah tangga tanpa menanti keajaiban sahaja? Yang perempuan pula apakah kamu sanggup untuk bersusah payah menggalas tugas surirumah tangga? Menjadi penyeralas ekonomi? Menggurangkan nafsu duniawi kamu yang membuak buak sebelum ini sewaktu solo?

Ingat, ini merupakan satu penyatuan suci yang bukan main main. Ia melibatkan kesediaan, kesetiaan dan keadilan. Perkahwinan itu bukan sesuatu yang boleh kamu gelar Trial and Error. Kamu juga boleh memilih untuk kawin koboi di selatan Thailand.

*artikel mudah selepas berbual bual ringkas dengan anak anak menakan lelaki yang entah bagaimana terkeluar topic tentang Pernikahan dan mencari jodoh!


CONVERSATIONWhere stories live. Discover now