ANAK YANG TIDAK BERMOTIVASI

22 1 0
                                    


Dunia ini tidak berhutang kita satu sen pun!

Ingin aku katakan pada anak saudara yang wajahnya sugul. Tidak mahu meneruskan pelajarannya di Politeknik yang sudah dia lalui beberapa bulan. Dia katanya mahu bekerja. Why not?

Ibunya pula mahu menyusun pertukaran kursus dan pertukaran kolej. Mungkin dia lupa, harapan ibubapa itu ada waktunya tidak selari dengan kemampuan mental anak anak. Teringat kisah ibubapa yang memaksa anak anak agar dapat mereka capai impian mereka yang tertinggal dahulu. 

Hari itu aku bersyarah panjang pada si anak saudara. 

"Duduk, kamu kelihatan stress/tertekan".

Apa yang kamu mahu dalam hidup sebenarnya? Dia diam

kita mahu bangun pagi gembira, melangkah menjalani hidup gembira, bahagia bersama teman teman dan melakukan kegiatan riadah dan hobi dengan penuh kenikmatan sementara masih hidup. Kerja apapun tidak apa.

Dia diam lagi

Apa bakat yang kamu ada? Apa kemampuan kamu? Kalau kamu ingin berhenti belajar.

Dia kekal diam.

Kursus yang kamu ikuti ini kamu minat?

Dia menggelengkan kepala.

Dia masih diam. Nyata budak ini hilang...hilang dalam hidupnya sebagai anak muda. 

Aku bayangkan bagaimana dia berekspressi dalam hidup. Seraya aku melihat anak anak bangsa yang kebanyakkannya bersifat begini. Mungkin sesama kawan kawan mereka lebih terbuka.

Aku tanya lagi...kenapa kamu mahu bekerja?

Dia meberikan alasan alasan biasa...kerja apa pun tidak apa asal lepas makan minum. Wah! begitu mudah sekali fikiran dia...tapi ada benarnya. Apa salah menjadi self sufficient? Bagus, dia mahu bekerja. 

"why not, kerja kedai mamak pun boleh, lepas duit makan di situ," aku menambah.

"okay kalau itu kemahuan kamu, lupakan saranan ibu kamu, esok sediakan diri pergi cari kerja, di pekan Bukit Mertajam dan Bandar Perda banyak kerja kosong, kerja elok elok penuh disiplin dan daki tangga pangkat kalau kerja kilang sekalipun"

Adikku yang berada di dalam keluar, dia mendengar semua syarahan aku tadi...secepat kilat anak saudara aku beredar....adikku tertawa.

"Kenapa dia pergi?" Aku bertanya

Dia mula menceritakan kisah sebenar tentang anak saudara aku yang satu itu, menurut adikku si X sudah tiga kali bekerja. Semua tidak kekal. Dengan econ save dia dibuang kerja kerana ditangkap basah beromen dalam store. Kerja 7 eleven, tidak kekal. Kerja pembantu kedai jual kuey tiau goreng pun dibuang selepas 4 hari. Ibunya mahu dia terus belajar menurut adikku. Ibunya lupa bahawa minat anaknya sudah tidak ada di mana mana kolej. Banyak wang sudah dihabiskan.

Aku merasa tidak sedap melihat anak remaja yang hilang dan kosong seperti dia. Aku jatuh kasihan dan meluat sekaligus. Kerana sewaktu usia aku sebegitu aku sudah mula bekerja dan mencari wang untuk menyambung pendidikan. Aku tahu bagaimana mahu berseronok sewaktu mendapatkan ilmu.

Anak saudara aku si X itu pantang melihat gadis jelita. (owh penyakit hormon testerone rupanya).

Dia gemar merayau malam. Suka berpeleseran dengan kawan kawan.

Merayau rayau dengan teman teman hingga dinihari adalah kegemaran tiga orang anak saudara lelaki aku. (secara berasingan). Motor, kawan kawan adalah dunia mereka yang sudah lebih dari usia 18 tahun. Anehnya aku fikir. Mungkin aku tidak faham, apa hala tuju mereka.

Lantas aku merumuskan itu penyakit biasa anak anak melayu yang layu. Pemalas dan tidak berinspirasi. Aku tidak kisah kalau anak anak tidak bagus pencapaian akademik.  Memasuki ruang BALOQ LIAT dan KREATIVITI aku tidak boleh terima. Aku percaya semua manusia diberikan bakat yang boleh menjana wang (jual burger, melukis, mengangkat tong gas) juga aku anggap sebagai bakat manusia, asalkan dia mahu berusaha.

Anak anak muda kalau masuk hal bergaya, bukan main lagi. Dimanjakan oleh ibubapa seenaknya dan aku lihat tadi dengan rambut botak tepi, kuku ibu jari yang panjang dan cara pakaiannya sangat wow...sebagai anak muda. Kalau bercinta dengan anak gadis mahu bagi makan apa?

Menurut adik aku lagi, inilah hasilnya anak anak yang tidak mempunyai komunikasi dengan ibubapa secara telus. Mereka jarang duduk makan bersama, jarang mahu bertukar khabar.  X adalah anak kepada adik aku yang satu lagi. Dalam hati aku bersyukur kerana tidak beranak. Aku yang garang ini tidak akan mampu menanggung manusia jenis jenis ini. TIDAK BERMOTIVASI dalam hidup. 

Anak orang lain membaca, berkawan, bermain muzik dan bersukan. Mereka ini hanya mahu menggoyang telur sahaja. Entah apa yang bersarang di kepala mereka. Mereka gagal mahu berseronok dalam situasi yang menguntungkan: e.g: bersukan dengan teman teman sekolej, menikmati kerja kursus secara berkumpulan dan mungkin berhujung minggu dengan teman teman dari serata negeri dengan aktiviti aktiviti sihat. What a waste of life!!!

Bagi anak anak muda yang membaca tulisan ini, aku memohon maaf. Aku tidak suka pada mana mana manusia yang PEMALAS dan tidak tahu potensi diri. Kamu boleh GAGAL aku tidak kisah, tapi semangat kamu untuk hidup dan usaha kamu secara merendah diri itu akan aku TABIK HORMAT. Pencapaian? Kejayaan? kamu sahaja yang boleh menikmatinya.

Di saat saat begini aku akan menjadi sedikit kejam...kata kata akan aku hamburkan. 

"kamu itu sudahlah anak orang susah, anak orang biasa biasa, tapi kamu mahu hidup seperti anak anak menteri, patutlah tuhan tidak jadikan kamu anak anak orang senang, kalau senang mungkin lebih teruk sifat kamu"

"Kamu fikir apa? dunia ini ada hutang dengan kamu? Kamu fikir apa?"

Anak anak semua, pilihlah jalan hidup yang baik baik dan tidak menyusahkan ibubapa. Cari jalan juga walau bagaimana sekali pun. Mahu pakai motorsikal? usaha...kerja...jimat...rendah diri....ini duit minyak pun tak mampu mahu pakai motor? 

Jangan sekali kali menuduh ibubapa tidak menyokong. Dia sudah sokong kamu lebih dari cukup. Siang malam resah dengan cara hidup kamu.

Cubalah cari potensi diri, berfikiran waras, kenali lebih dan kurang diri, bergerak dari situ...pasti akan ada ahli keluarga yang akan menyokong. Ingat, berserderhanalah dalam hidup. Gaya dan lagak itu biarlah selaras dengan apa yang kita mampu.

BALOQ LIAT, TUNGGU TAWARAN ORANG, MARAH MARAH PADA DUNIA itu semua tidak akan menghasilkan apa apa. USAHA, PIKAT MAJIKAN, JADI ASSET PADA TEMPAT KERJA, BERSIFAT MANIS PADA DUNIA...PERCAYA PADA TUHAN...kamu pasti akan mencapai kejayaan.




CONVERSATIONWhere stories live. Discover now