Sebarang hal yang sukar, rumit, haru dan menganggu untuk dikawal harus DILEPASKAN.
Mudah untuk mereka yang kuat dan sedar untuk mengatakannya. Kita sudah berbicara tentang bagaimana PELIKnya manusia apa masuk ke daerah PEMILIKAN sesama mereka secara emosi dan hati. Kita juga sudah panjang lebar berkisah tentang kenapa NAFSU MANUSIA yang mengakibatkan kesukaran untuk MELEPASKAN.
Kita hanya manusia. Tertakluk pada tindakbalas pada kejadian dan misteri hidup.
Nah... di sini sahaja kita sudah melihat bagaimana manusia sifatnya berlapis lapis, pelik dan tidak begitu indah untuk diperkatakan. Memang benar, untuk berbicara secara terus terang pada manusia tentang sifatnya adalah sukar, walaupun secara peribadi. Ada kekangan Maruah, Ego, Penting Diri dan Sahsiah diri di situ. Kalau silap berbicara boleh jadi pergaduhan sesama pula. Kawan boleh dianggap sebagai lawan nanti... ianya harus ditangani dengan baik.
Asas Sifat Manusia (yang terbentuk semulajadi dan boleh diubah)
1. Si kuat hati yang redha secara terbuka pada ketentuanNYA
2. Sang pencinta yang setia, kerana dia nikmat bahagia hidup begitu
3. Sang Penggoda yang tamak, sedar atau tidak dia penting diri memenuhi nafsu
4. Kebergantungan secara sedar atau tidak sesama mereka, itu satu nikmat
5. Si lemah yang hilang punca kerana gagal melihat kekuatan dan potensi diri.
5 asas yang di atas tidak ada yang BENAR atau SALAH. Sifat sifat di atas hadir akibat pembentukan manusia (human construct) yang dirasakan sebagai semulajadi. Ianya boleh dilatih dari waktu ke waktu bergantung pada lemah atau kuatnya hati. Ya, ada manusia merasa gelisah seumur hidup kerana gagal untuk melepaskan. Selalunya melibatkan hubungan dengan hati dan perasaan sesama manusia yang lain, diringkaskan sebagai CINTA KASIH. Namun ia sebenarnya melibatkan juga hubungan hubungan hidup yang lain, tidak semestinya hal hal cinta dan hubungan seksual sahaja. Boleh jadi tentang pekerjaan, peluang, teman teman, perjanjian dan lain lain lagi.
Asyik masyuk dan nafsu merupakan dua unit yang gagal difahami oleh ramai manusia. Bahagia apabila semuanya terbalas dan tepat syarat. Marah, Kecewa, Merana sekiranya tidak mampu dikawal dengan baik, ditolak, disanggah atau ditinggalkan. Apabila marah manusia menjadi tidak siuman, sambil sambil mula menganalisa apa yang tidak kena? apa yang tidak berkualiti pada diri sehingga ditinggalkan? Maki hamun apabila tidak bertemu jawapan dengan bahasa bahasa kesat atau terus menerus camdek, perli, berkias sehingga dia mendapat kepuasan, ada yang tidak puas sehingga ke liang lahat kerana tidak mampu MELEPASKAN.
Ramai yang mengatakan kaum wanita agak sukar mahu melupakan sebarang kejadian kejadian tidak adil yang berlaku dalam hidup mereka. Mereka lebih vokal apabila bercerita tentang hal hal tidak adil yang sudah ditempuhi. Namun begitu jangan lupa, perasaan manusia sama sahaja, ramai juga kaum lelaki yang tidak dapat bergerak kerana dibelenggu oleh ketidakadilan dalam kehidupan.
Adil di sini merujuk pada Kemahuan, Nafsu dan Cita cita dalam hidup yang bebalas mengikut kemahuan peribadi.
MELEPASKAN ITU JADI SUKAR.
1. Apabila kita tidak menghargai diri dan kurang faham inti pati kehidupan sebenar
2. Tidak mahu mengerti bahawa RENCANA TUHAN itu adalah yang terbaik
3. Ketakutan pada kehilangan hal hal yang sedap, bahagia, nikmat dan milikan penuh. NAFSU
4. Takut mahu bersendirian. Takut mahu memulakan semula. Tidak percaya diri. Hilang jati diri.
5. Tahap kemaafan sebagai mangsa tidak hadir dalam diri kerana ada hadangan. Yakni tidak Redha pada aturcara kehidupan. Dia menggelarkannya sebagai BALAS DENDAM.
6. Sewaktu hubungan masih indah, dia sudah mengecilkan ruang dunia hidup dengan rela.
7. Rendah diri yang keterlaluan dan mata tidak terbuka akibat Zona Selamat dahulu.
Bertolak dari 7 yang di atas manusia yang merasakan diri mangsa mula mengungkit dan mencari cara untuk melepaskan rasa geram, marah dan kecewa dengan cara tersendiri. Ada yang tampil seperti orang gila apa berbicara tentang diri yang sudah dianiayai. Sekali dua mungkin kita akan faham, namun kalau berterusan dia akan hilang teman teman, dijauhi oleh ahli keluarga dan mungkin akan mati kesepian kerana orang lain sudah bosan atau sudah menghafal kronologi kejadian yang dilalui oleh beliau.
Bertuah sebenarnya kalau ada orang yang mahu mendengar dan mula mencadangkan unjuk cara. Namun BANTUAN SEBENAR adalah dari dalam diri manusia tersebut. Dia boleh mencuba pelbagai cara sebenarnya. Sesuatu yang mustahil sebenarnya kalau dengan bercerita kisah kecawa yang sama beratus kali, tanpa tuan punya badan menggambil tindakan. Mangsa selalunya akan bersifat seperti kanak kanak kehilangan cokelat kegemaran, dan terus berhiba mahukan cokelat yang sama, walaupun sudah ada pelbagai alternatif dalam hidup.
"Ahhh.... benda ni tak jadi pada kau, senanglah kau cakap... aku ni sakit tau...sakit hati aku!"
Secara manusiawi, mereka lupa mengkaji hal hal sifat manusia. Mereka terlupa bahawa manusia dan kisah hidup hanyalah jambatan untuk meneruskan perjalanan. Perjalanan yang indah ada yang terhenti separuh jalan kerana manusia/organisasi yang satu lagi penat, hilang minat, sakit, hilang tenaga atau harus mati.
Dalam mengakui bahawa dunia dan kehidupan adalah Takdir Tuhan, mereka jadi terlupa bila mamasuki ruang NAFSU YANG TIDAK BERBALAS. Kemarahan, kekecewaan, kegelisahan mereka dapat kita lihat dengan jelas. Seperti yang dikatakan awal awal tadi, mereka akan mencari jalan untuk memastikan ianya didengar secara berulang ulang biar beratus kali. Ada yang lebih teruk, menjadi narsis... setiap kejadian baik cerita orang, filem, lagu yang didengar akan dikaitkan dengan kekecewaan mereka dalam hubungan. INI TIDAK SIHAT.
Maka, sekali lagi sebagai Manusia Fana ingin penulis sarankan pada semua pembaca untuk sekali lagi menilai hal hal di bawah.
1. Ingatkan diri selalu bahawa kita Manusia Fana yang tertakluk pada Takdir Pencipta.
2. Belajar dan lihat kembali apa itu godaan NAFSU NAFSI. Cari maksud sebenar nafsu.
3. Terima hakikat bahawa orang lain ada citarasa. Citarasa yang berubah dan hak mereka untuk mencari sesuatu yang baru.
4. Kenapa KEMAAFAN menjadi sukar? Siapa kita? Beban yang digalas sekiranya tidak memaafkan.
5. Di mana kekuatan kamu untuk bersendirian? Kenapa takut? Di mana teman teman lain? Apakah kamu sudah mencipta kebergantungan selesa pada orang lain? dan orang lain itu sudah meninggalkan kamu?
6. Dalami erti REDHA dan berserah. Ianya memerlukan guru yang baik, cari dan jangan tertinggal pada hal yang satu ini.
KESIMPULAN: itulah hal sebenarnya manusia dan cara MELEPASKAN. Kita dibelenggu dengan pelbagai deria manusia fana. Kita tentunya marah, kecewa dan pilu pada kisah kisah tidak jadi. Itu hak kita untuk merasakannya. Namun begitu segala kejadian tidak enak itu tidak akan kita biarkan membelenggu diri terlalu lama sehingga hilang potensi menjadi manusia POSITIF dan kelihatan murung hanya kerana perilaku manusia fana yang lain... pandai pula kamu melegakan diri mengatakan life has to go on dari waktu ke waktu, tetapi merasa pedih dan sakit hati apabila kawan kawan atau ahli keluarga mengatakan MOVE ON pada kamu...
Sebagai manusia kita hanya menjalani hidup sahaja, terbaik mampu kita. Setiap dugaan dan hadangan itu kita hadapi sebaik mungkin. Kita BUKAN PEMENANG dalam setiap arena. Kalau memang kita raikan sebaik mungkin, kalau kalah kita kalah dengan cara yang berhemah.
Jadi teman teman yang GALAU belajarlah seni melepaskan, agar tiada dendam atau rungutan berpanjangan agar hidup jadi lebih LURUS, DAMAI, TENANG semoga situasi baru kamu itu akan menyerap segala aura hidup yang baik baik dan cemerlang....
YOU ARE READING
CONVERSATION
AcakConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...