PENULIS WANITA MALAYSIA

52 4 0
                                    

Baru baru ini ada anak anak yang mungkin tidak kenal latar belakang saya bertanya, kenapa mama tidak menulis tentang penulis wanita Malaysia? 

Itu hal yang berat, apalah yang mahu saya tulis?

Kalau mama menulis ianya tidak akan adil kerana mama bukan pembaca tegar. Mama juga bukan bekas pelajar sastera yang mudah untuk mengkagumi penulis itu dan ini. Mama mebaca naskah atas isi yang dihidangkan, itupun kalau menarik sahaja.

Bukan tidak ada karya penulis besar yang mama ketepikan, kerana bosan dan tertinggal zaman cara penceritaannya. Amalan sopan, kalau tidak menarik baik diam diam, sudah lama diamalkan. Bahaya, kerana mama juga menulis, takut jadi perbalahan Mak Limah dan Kak Lijah yang memalukan dunia yang kecil ini.

Pasca Merdeka, penulis wanita sama seperti penulis penulis lelaki lain harus bergerak memberi pencerahan jiwa dan semangat pada pembaca. Mereka merintih lara tentang kehidupan sebelum itu, merindui ibubapa, kematian, kemusnahan, kisah kisah sosial dan mengutuk tekanan tekanan kolonial. Diselitkan juga kisah cinta khayalan yang sama sahaja di serantau asia.

Penulis wanita tidak dapat lari dari peranan mereka sebagai ibu, kakak, adik dan manusia yang mahu ikut sama membangun sewaktu menulis. Saya secara peribadi melihat penulis penulis wanita awal agak kurang berani melepasi ruang wanita mereka di zaman itu. Membaca karya karya mereka di sekitar 80an sewaktu punya akses buku buku perpustakaan, mereka seolah olah tidak muncul dan tidak digemari oleh penerbit di zaman itu. Rumah Itu Duniaku, Antologi Kasih Entah Di Mana  dan penulis penulis Asia dalam bahasa Inggeris banyak bezanya. Selainnya hanyalah penulis penulis pojok di akhbar. Yang mungkin ada yang bersorok disebalik nama samaran (sungguh aneh fenomena ini).

Namun begitu komitmen para penulis wanita kita telah terbukti sejak dahulu lagi. Mereka tidak berhenti menyumbang dalam setiap bidang penulisan seperti puisi, cerpen, novel dan drama. Mereka yang hebat hebat mungkin hilang bersama adat perkahwinan, rumahtanggan dan tugasan tradisi menjadi ibu. Atau ditelan masa begitu sahaja kerana tidak kuat.

Nama-nama besar seperti Zurinah Hassan, Fatimah Busu, Zaharah Nawawi , Khadijah Hashim dan Prof. Siti Zainon Ismail adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia kesusasteraan negara. Kalau sekali pun tidak menggemari karya mereka, mereka ini ada, ujud dan pernah berjuang dalam bidang penulisan. 

Harus ingat, ada yang hanya menjadikan bidang penulisan ini sebagai langkah cari makan, menulis sebagai kerjaya sewaktu mengajar di kolej atau universiti atau memberi kursus kursus tata bahasa dan tata menulis untuk mereka yang minat menulis.

Kesemua persoalan ini muncul mungkin akibat adanya anugerah sasterawan negara itu dan ini, membuatkan khayalak jadi tercari caria siapa, di mana dan apakah produk mereka? Terlalu ramai dan terlalu rumit penilaiannya akan jadi. NASIB yang baik mungkin akan meletakkan penulis tersebut ke hadapan. 

Saya sering tertawa melihat badaya mahu ke depan ini. Bagi saya ianya lucu, tidak kira karya kamu berbentu akademik atau berbentuk fiksyen. Bagi saya sebagai penulis tugas kamu hanyalah berkongsi rasa, isi dan nilai nilai yang kamu mahu orang mengerti.  Jadi saya gawat bila ditanya siapalah penulis wanita alaf baru sedia ada yang kamu minati? siapa dia? kisah apa yang dia tulis? saya jadi tertanya tanya.

*Terfikir fikir siapakah penulis wanita sedia ada yang mampu menggalas tugas tugas seni penulisan? Perlukan mereka hadir dalam bentuk yang sama untuk berkisah tentang kemelut wanita, perjuangan petani? peperangan? kisah suami tidak adil? atau perlukah mereka mengupas hal hal baru dunia? rogol, pedophile, agamawan tidak adil, seksualiti anak anak? tahap moral yang berubah? wanita alaf baru dan pilihan? 

Melihat semua ini kita sendiri sudah sedia maklum, bentuk informasi dan penulisan sudah jauh berubah dan dengan sendirinya mahu menyertai zaman. 

Sebenarnya sebagai penulis Transwoman saya berdebar bila ada diwar warkan ada penulis wanita baru...saya akan jadi teruja..sifat saya sebagai pembaca masih sama, tiga muka surat masih gagal memikat saya akan tutup buku itu.

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now