Dunia POP memang aneh kata orang. Itu kita akui, hari ini kamu di atas esok pula dilupakan begitu sahaja. Kamu berusia, beranak dan badan menggelebeh dimakan waktu dan kehidupan.
Di Asia sama sahaja di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand. Hiburan boleh diJUAL. Bagi orang orang sepi itu adalah makanan dan wadah emosi mereka. Paling tidak ada benda yang boleh dijadikan perbualan dan santapan.
Kita sensasikan dua tiga kisah, orang yang tidak pernah terlibat dunia hiburan sekalipun akan jadi ghairah mahu tahu. Rating bertambah. Kalau di Indonesia kita gelarkan itu sebagai SETTINGAN.
Rating datang dari mana? Penonton dan Pengiklan tentunya! Kebetulan di Malaysia kita sudah ada tukang iklan yang sama naik ghairahnya. Satu pembaharuan untuk kita...digambarkan dirinya yang kemaruk pada dunia kelip kelap dan ungkapan bahasa yang agak sesuatu.
Dunia konyol di televisyen sangat berkesan.
Peminat juga sama naik, bergaduh ramai di medsos, mungkin juga sewaktu sedang menjalani tugas harian. Si polan cantik, kesian si polan, si polan semakin cantik. Akhbar harian juga sudah tentu mahu mengambil bahagian. Hiburan rakyat lah katakan...
Ada yang sudah bertanya tanya siapa akan masuk vanza vanza tahun depan? Nah... ini persoalannya.
Bagi mereka para vokalis yang dilupakan, yang pernah ada album suatu ketika dahulu hits atau tidak, mahu kembali memperkenalkan diri inilah waktunya.
Nora dan Zur Eda sudah tersilap haribulan.
Mereka seolah olah tidak diingatkan bahawa mereka sudah berada dalam kelas mereka tersendiri.
Saya pasti Zur Eda mempunyai agen yang baik, dia hanya perlu tampil dengan album yang bermutu untuk terus diingati dan menjalin hubungan yang baik dengan pihak penyiaran sedia ada.
Nora yang merupakan vokalis terbaik negara, mempunyai suami yang hebat dalam bidang muzik. Dia boleh sahaja merakamkan lagu lagu hebat secara audiophile dan dipromosikan sebaik baiknya. Sayang sekali dia melibatkan diri dengan vanza vanza.
Konyol konyol boleh jual!
Juri juri diarahkan untuk lebih kontroversi, kasihan melihat Khaty Ibrahim terpaksa mengikut rentak, Ramli MS pula bagai dipaksa paksa ikut serta berlucu... Pengacara Nabil terpaksa memeriahkan suasana secara live...dikutuk keesokkannya...(dia cari makan beb! Dia tahu kedudukan dirinya).
Stesen lain juga tidak mahu kalah... Sedang berlangsung adalah rancangan realiti juga di tv pesaing. Produksi yang sangat lemah dan tidak berkualiti. Kita jadi malu mahu menontonnya.
Difikirkan kembali bagus juga, dalam suasana negara yang sebegini, kita berikan mereka HIBURAN...biar mereka bergembira, biar mereka berbicara tentang artis artis daripada berterusan bersoal tentang letak duduk negara secara politik. Tidak terasa rugi air liur dan tenaga berbicara tentang artis KLONE yang tidak ada apa apa X-factor untuk disumbangkan pada negara dan industri.
Terpalit pula nista bila ada artis veteran memberi komentar ikhlas tentang mereka. Marah peminat muda muda bukan main lagi sehingga terlupa melihat discography artis veteran tersebut. Mahu dikatakan peminat seni di negara kurang matang, kita merasa sangat segan dan malu.
Peminat yang sesak bosan di rumah perlukan hiburan. Kita sogok mereka dengan kisah sensasi. Apa jadi selepas itu belakang kira. Berminggu juga kita menyaksikan komentar separa masak di medsos dan akhbar. Kisah kisah aib tidak masuk akal yang dianggap oleh industri sebagai pemangkin kerjaya.
Lepas itu apa dia? Adakah dia akan melahirkan album hebat? Adakah dia akan mengadakan konsert 1 jam tanpa henti? (sedangkan satu lagu sudah semput).
Terselit juga unsur unsur nafsu dari para peminat yang ghairah melihat artis lama yang masih seksi katanya... abang pilih yang mana? Perawan atau janda? Ghairah adik adik pada Zarul Umbrella...yang masih tampan aduh...lucu sekali!
Tahun depan apa kata kita senaraikan Siti Liza? Ziana Zin? Liza Hanim? Sheila Majid... Nora masuk lagi? Zur Eda cuba pula... Ella atau ajak sahaja Zalifah Ibrahim? Sahara Yaacob? Dan Fatimah Razak?
Selepas menang apa dia? Alah kau ni serius sangatlah! Inikan hanya hiburan... hiburan kosong you! Aduh!
Begitu enteng sekali kita menghormati para vokalis di Malaysia.
YOU ARE READING
CONVERSATION
De TodoConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...