Biasalah gerak manusia. Evolusi masa dan tingkah mereka agak mengejutkan. Masuk pula zaman yang bergantung pada hal hal medsos. Saya sendiri sudah jarang melihat TV atau membaca berita. Semuanya ada di hujung jari, dari Politik hinggalah ke hal hal sosial.
Sehingga pagi 18/August/2017
1. Busana Perkahwinan Puteri kerabat Johor mendapat perhatian. Dipuji ramai kerana sederhana dan berbudaya. Tidak mencuba berat seperti dekad terakhir ini di mana para pengantin perempuan berhias bagaikan drag queen lagaknya. Juru solek Kak Sai menata wajah si Puteri dengan sederhana sekali atas permintaan Puteri Aminah sendiri yang memiliki citarasa bagus. Netizen mula memberi alasan itu dan ini... ada yang melihat dengan mata yang tajam, ada yang tidak faham apa yang dibicangkan (kita berbicara tentang busana buah nangka atau princess princess murahan yang selala ini ditata, siap dengan kanta lekap hijau/biru untuk si pengantin Melayu). Baju kurung johor yang cantik dan simple itu sangat menawan.
2. Tidaklah sesimple mana majlis perkahwinan tersebut. Nicole Sherzinger vokalis asal Pussycat Doll membuat persembahan di resepsi. Netizen ada yang bersinis sinisan pada yang mengatakan majlis tersebut sederhana. Selebihnya terus berkongsi video Nicole yang berbakat diiringi kereta polis singgah ke KFC di Johor. Yang memang taksub pada artis juga berkongsi kongsi... lucu sekali orang kita. Terlupa bahawasanya kehidupan di Istana tidak sama dengan kehidupan harian mereka.
3. Situs lapar LIKE dan Transman yang mengakui dirinya tetap wanita dan bukan Transgender menjadi viral. Cisgender yang bodoh mula melemparkan pelbagai komentar. Lucu lucu bodoh boleh dibaca. Kisah sebenar sudah diperolehi, mengatakan kenyataan transman yang mengguruskan sebuah gim di Ipoh itu sudah dimanipulasikan oleh pemilik situs lapar LIKE. Kita jadi terfikir fikir masih adakah editor pojok atau akhbar yang tamat hanya di darjah enam kerana tidak tahu pengertian Gender Identiti dan Sexual Orientation.
4. Perompak perempuan mencuri di Kubang Menerung Tasik Gelugor Seberang Prai juga sudah menjadi viral. Dilempang dan dibogelkan oleh penduduk desa. Warganegara harus tahu bahawa kita ada Polis dan Mahkamah untuk menggendalikan segala hal hal ini. Wanita tidak kira apa status jenayah mereka tidak patut diperlakuan sedemikian. Amarah dan emosi kita diduga lagi...
5. Di Tweeter pula heboh mengatakan ada seorang penerbit buku yang tidak membaya royalti pada para penulis. Melayari komentar komentar di situ, membuatkan kita tahu siapa penerbit tersebut. Orangnya dikatakan alim, pakar motivasi dan pernah menerbitkan buku buku Rohani yang hits...aneh ya, buku Rohani juga dikendalikan sebegini. Ramai penulis dibawah naugan terbitan tersebut mengambil bahagian dalam berkomentar.
6. Selainnya hanyalah kisah kisah Politik dari Cyber Troopperz dari dua pihak untuk menggugat emosi para warga internet. Itu dan ini tentang perhimpunan baling kasut, politikus yang dulunya rakus sama naik dan macam macam lagi. Memilik teman teman yang ramai di medsos sudah tentu aspirasi mereka berbeda... masing masing bagaikan PA pada ahli politik mempertahankan Politikus pilihan mereka, terlupa seketika bahawa sifat rakus mereka itu tidak kira apa parti sama sahaja.
7. Salim penyanyi yang pernah terlibat dengan dadah suatu ketika dahulu dan baru keluar dari Hospital konon kononnya berang kerana anaknya menggunakan namanya untuk promosi. Isterinya diviralkan di medsos... netizen mula mempertikaikan hal tidak masuk akal ini. Mereka lupa bahawa ini adalah teknik untuk memperkenalkan bintang baru tersebut... kenapa mengapa? bukankah dia anak kamu? Lucu sekali... memikirkan ikatan orang kita dan artis.
8. Dunia internet masih bergolak mengikut rentak masing masing. Portal portak KRT (kisah rumah tangga) yang mencengkap hati wanita, Transgender (selalunya M to F) yang ghairah mempamerkan nafsu mereka. Kisah kisah kemalangan tanpa citarasa masih mahu mempamirkan mayat terbelah dua, kisah kisah tuntut hutang yang peribadi, luahan luahan rasa pada kekecewaan mereka, perasaan merajuk pada dunia juga ada di sana. Menarik sekali bukan? Begitulah dunia medsos setakat ini... masing masing mahukan diberi perhatian. Biasalah deria manusia apa lagi yang mahu dikatakan.
9. Menyedihkan kehangatan berita ditutup dengan pedofilia yang merupakan Ustaz berusia 58 tahun. Bagaimana dia ditangkap? semua itu adalah kuasa Tuhan.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...