Bagaimana kalau mereka tahu SRS aku sebanyak 15K ditaja penuh oleh seseorang?
Sebagai transwoman aku duduk di tepi melihat persoalan lapuk mereka dari tahun ke tahun. Heteroseksuallah katakan... Si teruna mahukan sang puteri, si puteri mahukan majlis perkahwinan ala ala artis. Parah otak anak anak kita zaman sekarang.
Kita malu untuk bersuara kerana kita sudah tua dan tiada paras rupa pula. Hahahhahaha tetapi ianya lucu sebenarnya bila anak mami memuat naik video dengan sifat yang jengkel merungut tentang sifat sifat lelaki (yang ada benarnya). Ada saranan saranan dia yang aku setuju kerana kamu sendiri faham bukan sifat lelaki alaf baru? Bukan semua, yang rajin bertungkus lumus juga ada.
Rentetan dari video tersebut dua tiga parodi sudah disiarkan lewat facebook dan tweeter. Lucu? Jengkel? entah apa tidak pula dapat dipastikan. Yang pasti pelakon di depan kamera sangatlah tidak menarik. Dengan dialek dialek mami mamu mereka... aku sendiri tidak pasti samada penonton penonton bangsa Johor atau orang di pantai timur akan faham dengan dialek pekat mereka itu.
Komentar dari para netizen pun bukan main lagi... selain dari mengambil kesempatan untuk mendapat LIKES atau apa kita kurang mengerti. Pelbagai jantinalah berkomentar termasuk para gayah, nonen dan cisgender... masing masing menggariskan keburukan anak muda sekarang terutamanya anak gadis yang tidak tahu goreng telur atau memasak nasi. Sampai begitu sekalikah situasi mereka? Budget budget kenduri dilampirkan... aku hanya ketawa kerana dari segala ini aku pasti teman teman transgender yang menjadi wedding planner akan mendapat laba tentunya.
Sebenarnya semua sudah ariflah apabila masuk hal hal berbelanja. Saja buat buat tidak faham untuk memanaskan lagi suasana.
Aku sudah menyentuh hal ini sejak lama pada anak anak sebenarnya. (cuba cari dalam artikel macam mana hangpa nak menikah?).
Orang kita memang sedang obses dengan majlis perkahwinan. Maklumlah asyik menonton drama petang petang, rancangan pelaminan di tv3 dan pernikahan para artis. Pung Pang Pung Pang dipuji orang selepas itu apa dia? Bukankah yang penting adalah SIJIL NIKAH supaya tidak ditangkap oleh JAIPP? JAIS? dan bandan badan yang kuat sekodeng?
Kenapa tidak difikirkan duit muka rumah teres untuk mengelakkan daripada wujudnya pergeseran dengan mak mertua atau ipar duai selepas menikah? Atau kenapa tidak merancang bulan madu ke lokasi yang menarik untuk kamu berdua selepas majlis rasmi bersijil dan makan makan sederhana untuk kaum keluarga dan jiran?
Dara dan teruna juga harus berfikiran waras apabila merancang perkahwinan. Jangan sampai jadi ungkitan nanti pada kegagalan berumah tangga. Kalau sudah cinta dan mahu mencari keredhaan ada sajalah caranya. Korbankanlah sedikit rasa malu takut dilihat lekeh, sakit apa orang kata dan rasa tidak glamer itu... esok esok kalau kaya raya buat majlis lagi bila sudah ada anak dan rezeki melimpah ruah. Apa salahnya bukan?
Mulut manusia tidak boleh ditutup. Buatlah majlis hebat bagaimana sekalipun.
Kita hadir dari latar belakang ekonomi yang berbeza. Ingat tu... kalau ayah kita kaya raya apa salahnya. Sponsor si jantan pun kita boleh. Berhentilah berharap wang hantaran akan menampung kenduri kendara. Kita buat mana yang mampu dan bersedia untuk memekakkan telinga pada kata kata kurang matang orang orang sekeliling. Asalkan halal dan cukup makan pada hari tersebut.
Si lelaki pun harus ingat. Wang tidak cukup mana mungkin ini semua akan berjalan lancar? Lainlah kalau kamu menikah dengan wanita yang sanggap dan sanggup menaja segala galanya. Pinjaman bank ada... apa mahu jadi bala tak tertanggung nanti? Kita pun buatlah ala kadar, berbincang dengan kekasih hati kita... takkan dia tidak boleh berlebih kurang kalau sudah cinta. Esok esok bergaduh habislah jadi ungkitan.
Hal nikah kahwin sebaiknya janganlah sampai menyusahkan diri sendiri, orang sekeliling juga saudara mara. Ringkas ringkas memadai. Selepas pulang dari majlis orang yang memuja muji itu tidak akan tahu kedudukan kewangan kamu. Kamu yang akan tanggung sendiri.
By the way... pernah dengar kes kes majlis hebat tetapi bayaran tidak dilunaskan? Oh! Dari Indonesia sampailah ke Malaysia, setiap tahun pasti akan ada rungutan rungutan dari wedding planner. Jangan main main, depa nen nen kreatif mulut bisa ya...Grandlah sangat... kita sapa untuk ditaja oleh syarikat syarikat besar? Kita takdak apa sayang oi... adik beradik takat mendoakan saja depa pun hidup hap hap nyawa ikan bila masuk bab duit ringgit.
Orang kita memang obses dengan hal ini semua, kalau tidak tidak terciptalah kata kata RAJA SEHARI. Masing masing memasang impian sakan.
Kalau kaya raya takpa... kita buat hebat hebat. Kita bagi mata orang yang mai semua terbeliak ya?
Nota: Teringat pula kisah perkahwinan tema bollywood hidung kembang dan perkahwinan taman impian adik adik.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...