SETTINGAN

11 0 0
                                    


Apabila tahu saya menulis tentang dunia artis dalam sambungan buku Delima2 teman teman menjadi teruja. Artis yang saya tulis itu bukanlah artisan yang betul (fiskyen) juga tidak betul dari segi pengertiannya. Artis Malaysia apalah sangat kalau bila ditanya tentang tugas dan kerjaya, tergagap gagap. Berapa kerat artis betul di negara ini yang tahu tentang tugas mereka? Ramai sebenarnya tetapi tidak dibawa  ke depan.

Jadi industri yang sipi sipi manja ini menjadi gawat. Dengan syarikat penyiaran yang menetapkan siapa siapa dan siapa untuk tampil di rancangan mereka. Ini kita belum bercerita tentang anak anak menakan yang tidak berbakat di zaman 70an.  

Kami sebenarnya baru sudah tertawa pada teknik yang mungkin baru di Malaysia. Teknik settingan... settingan romantik palsu untuk menjual drama dan produk. Mula mula dirasakan pelik dan despo sangat, tapi memikirkan itu cara mereka berniaga...ahh!! kita pun faham fahamlah sendiri. cuma yang kasihan adalah adik adik dan kakak kakak di kampung yang tidak tahu apa apa...(siap mahu sembahyang hajat untuk jodoh lagi). Ini teknik hollywood lapuk untuk pasaran filem...digunakan dalam semua industri untuk menjamu khayalan.

Mahu dikatakan pahit pada industri juga ada, mahu dikatakan marah pada segala ketidak adilan juga ada sebenarnya. Jadi jalan terbaik adalah menulis bila perlu. Memanglah dunia ini tidak pernah adil, manusia manusia berbakat hilang begitu sahaja bila penonton sudah memuja wajah wajah tampan jelita yang so so. Industri rekaan mereka ini menjadi palsu dari waktu ke waktu. Sejak zaman berzaman sebenarnya (walaupun tidak secara terang terangan). Menipu diri masih solo kerana takut tidak ada peminat, tidur dengan pengarah, menjadi simpanan menteri adalah hal hal kuno yang sudah berlaku dahulu.

Dalam keadaan yang ada sekarang saya memilih untuk tidak kagum. Lebih mudah begitu. Kita bukan tidak pernah melihat hasil kerja mereka bukan? Kita juga bukan terlalu terpencil untuk syok sendiri dengan produk yang mereka hasilkan. Lupakanlah kalau mahu menulis di akbar harian memberi garis pandu atau membincangakannya... Idustri tidak mahu mendengar, mereka mahu apa yang mereka mahu sahaja. Wajah jelita menawan, ada X fator katanya, suara boleh tarik tinggi tinggi dan penetapan masing masing. Sesama mereka juga mereka saling mempergunakan diri masing masing... 

Apabila nama sudah tenggelam mereka akan setting gossip baru. Gossip manja manja supaya nama kekal ada di persada. Kita yang bodo bodo pun ternganga dan menjadikannya perbualan harian. Hubungan dengan wartawan cetak harus dijaga... tatang, mereka akan membantu kamu. Pupuk hubungan agar jadi macam saudara mara supaya wartawan itu akan menyebelahi kamu...(wartawan boleh maki balik you, bila pendengar mengatakan album bintang tersebut tidak berkualiti). Ahhh...lucu kisah kisah ulat naik daun ini...

Kembali pada settingan, apa nak buat demi kerjaya katanya. Cubalah sedaya upaya... baru baru ini percubaan settingan lagi. Membawa pulang artis asal dari sini tetapi sudah WNI. Cuba lagi digossip dengan si ratu tudung. Mereka fikir penonton bodoh? Kasihan sekali industri yang sebegini... meledak naik dan terpaksa cuba mengekalkannya...(kita yang sedar nampak macam mereka ini orang orang tamak).

Pergaduhan dua bintang yang sensasi wanita dan dilibatkan pula dengan peniagawati transnita aduh...tambah rumit jadinya. Mahu saman itu dan saman ini.... peniagawati transnita merasakan diri artis juga, berusaha keras mengaku perempuan dalam setiap kemampuan. (pompuan betul mengaku pompuan hampir hampir setahunkah?)

Jadi pengguna, peminat, penggemar mari kita jadi yang TERBAIK. kita dindingkan kita dari segala settingan ini semua.  Itu semua adalah misi misi MARKETING mereka bersandarkan NAFSU kamu yang semput dan ghairah. Duduk dan nilaikan sayang... mereka sedang mempergunakan kamu...apalah sangat sampai semua ukuran hidup harus diartis artiskan... kuhi muih arits, rumah ratis, potongan baju artis... artis apa nok??? falsafah hidup apa yang sudah dikongsikan dengan kamu???

Sudah! jangan kamu pula jadi mangsa settingan....

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now