PORNOGRAFI

123 2 4
                                    


PORNOGRAFI DAN MANUSIA (SELALUNYA LELAKI)

Bahan porno semakin mudah diperolehi. Ianya merupakan sumber pendapatan bagi peniaga yang rakus. Tidak seperti di barat, negara kita tidak aktif menerbitkan bahan filem, cetakan atau bahan bahan porno yang lain. Namun ramai yang secara diam atau terbuka menyintai pornografi dihujung ketikan jari mereka. Manusia dan kemahuan seks yang tersasar arah, boleh menjurus hal hal yang tidak elok seperti rogol, cabul, sumbang mahram dan lain lain lagi perihal yang negatif.

Menurut kajian Reddit Community yang digelar NoFap, yang berpaksi pada Penghindaran dari BAHAN LUCAH dan MASTURBASI/lancap, telah membantu para pengkaji untuk membuka pintu dan pemahaman tentang kesan Pornografi dalam hidup manusia seharian. Walaupun tidak ada satu keputusan muktamad/pasti, ada beberapa statistik yang harus kita fikirkan.

Berikut adalah perihal statistic yang ditemui.

1. buat mereka yang ketagih bahan lucah, ransangan sebenarnya menolak pasangan yang sama, bagi yang kerap menemukan pasangan yang baru berjaya meneruskan ransangan mereka. Ini dikenali sebagai COOLIDGE EFFECT, atau SIFAT MENCARI SESUATU YANG BARU. Bahan lucah, sememangnya, melatih penonton untuk sentiasa berharap pada pembaharuan aksi seks.

2. satu dari lima yang kerap menonton filem lucah mengakui mereka dikuasai oleh nafsu kemahuan seksual mereka.

3. 12 persen ahli NoFappers mengakui menonton 5 atau lebih jam Porno dalam internet saban minggu. 59 persen melapurkan menonton filem lucah antara 4 hingga 15 jam filem porno setiap minggu.

4. Hampir 50 persen ahli NoFap TIDAK pernah melakukan hubungan seks dalam hidup mereka, maksudnya mereka hanya berpengalaman intim secara digital sahaja.

5. 42 persen adalah pelajar lelaki kolej mengakui melawat sesawang lucah secara kerap.

6. 53 percent ahli NoFappers memulakan habit menonton bahan lucah sejak berusia 12 hingga 14 tahun. 16 persen amat mengejutkan mengakui sudah menonton bahan lucah sebelum usia 12 tahun.

7. 64 percent juga melapurkan bahawa cita rasa mereka terhadap tahap pornografi menjadi semakin teruk atau aneh/pelik/deviant.

8. antara ahli NoFap yang berusia antara 27-31: 19 persen mengalami enjakulasi pra matang, 25 sudah hilang minat seks besama pasangan, 31 mengalami kesukaran mencapai puncak/orgasm dan 34 pula mengalami kegagalan keras zakar/erectile dysfunction.

9. setelah mengatakan tidak pada masturbasi/lancap/tidak menonton bahan lucah, 60 ahli NoFap merasakan fungsi seksual mereka telah pulih.

10. manakala 67 persen telah meningkatkan tahap tenaga dan tahap productiviti. (kerja dan kegiatan seksual biasa).

Walaupun pembuktian di atas tidak secara saintifik menyeluruh, ianya sudah pasti cukup untuk menyatakan pornografi dan impak negatif dalam hidup kamu. Biarlah tangan kamu berehat sekejap atau paling paling dial numbor manusia yang bernyawa dan cuba ajak dia keluar.... Atau sabar dulu dalam hidup sementara kamu bertemu pasangan yang HALAL dari pelbagai sisi.

Pornografi di kalangan pasangan pasangan sewaktu malaysia menggila dengan VCR, VCD dan DVD masih kekal rahsia. Kononnya untuk kehangatan rumahtangga. Di barat ia masih merupakan industri yang menjana pendapatan. Secara telus apalah manusia tanpa seks? Seks adalah hal yang bersih yang harus kamu semua orang orang dewasa tangani dengan bijak dan berilmu. Kadar jenayah seks semakin meningkat sebab apa? fikir fikirkan

Manusia bernafsu... jadi gunakan AKAL. 



CONVERSATIONWhere stories live. Discover now