27/09/2016
Dua kes yang mencuit hati wanita adalah kehancuran pasangan Brangelina dan pergaduhan yang di Golok yang diviralkan oleh . Kita faham bagaimana segala itu akan mengimbau kembali kenangan para kekasih yang sudah pernah dicurangi.
Each one serves as a reminder to existing human. Setiap kejadian itu tidak dijadikan oleh Pencipta untuk suka suka, ada pengajarannya di sana ya.
Maka ramailah yang memberi komentar (sebenarnya mahu bertepuk tangan), termasuk mereka yang hidup mendatar dan tidak ada apa kisah menarik. Beremosi sekali masing masing meluahkan pendapat mereka. Jangan hairan, ini juga berlaku di barat. Jadi anggaplah ini bukan sifat fong fong orang kita.
Penulis yang sejak awal dahulu menonton filem musim panas Mr and Mrs Smith, sudah menjangkakan kejadian ini sejak dulu lagi. Biasalah artis dan artis, kita kenal sangat sifat mereka (hanya peminat tegar sahaja berharap yang indah indah). Dadah, seks dan hal hal aneh itu tidak asing dalam hidup mereka. Illusi peminat itu yang mengharukan sebenarnya, apatah lagi bila Angelina mengenakan selendang, perghhhh.... semakin hebat penangannya pada kakak kakak di Sungai Patani.
Ya! mereka harus berpisah. Mereka ada pilihan. Mereka membuat keputusan.
Muncul pula kisah pergaduhan di hotel. Viral satu Malaysia....untuk satu hari tersebut tersembullah mata para kepochi sosial media. Saling berkongsi video.. Ms Nordin yang memukul mangsa dengan botol. Ada yang mengatakan botol arak, ada yang mengatakan dia menelanjangkan mangsa...heran juga Ms Nordin tidak memukul botol pada wajah suaminya. Kau milikku? Lucu sebenarnya manusia bukan?
Lapuran polis, keluar berita maka berkongsilah di sesawang internet kisah mereka. Si ibu menangis, si mangsa mengeluarkan surat nikah....si mangsa juga adalah teman baik Ms Nordin. Penulis menganggap mereka ini adalah pelakon pilihan untuk tatapan kita semua sebagai pengajaran.
Emosi kaum wanita dan waria? Bukan main lagi... mereka berkisah tentang kisah lalu mereka menjadi mangsa kecurangan. Betullah tak orang tak kita, masing masing ada kisah. Ada yang beranalisa dengan begitu marah sekali, ada yang mengimbau kembali bagaimana dia seharusnya melakukan apa yang Ms Nordin lakukan. Seronok juga membacanya.
Kawan makan kawan. Kasih dicurangi. Menyintai jejaka yang silap. Tertakluk pada hukum karma seolah olah biasa. Kita sudah lihat sejak dulu dulu lagi, sesekali secara umun ia akan muncul mengguris hati. Tak gitu? Brangelina kita tidak mahu berkisahlah, hidup mereka tetap jalan, itu baru diva betulkan?
Namun begitu untuk orang orang biasa cisgender, ini adalah pelajaran...dalam kesibukan kisah Ms Nordin mahu reda viral pula video berebut anak. Satu lagi sifat manusia yang lucu. Masing masing mahu menang dalam hidup. Kasihan melihat drama mereka yang dikongsi atas kongsi atas kongsi atas kongsi aduh!!! oleh siapa agaknya? Mungkin ini teknik baru untuk memuaskan perasaan. Biar orang tahu, aku tidak bersalah, aku baik, aku ada hak... Berkomentar lagi warga internet.
Lucu, sewaktu menjalin cinta dulu apakah mereka orang lain? Penulis terbayang bayang begitu rupanya apabila manusia menangani kisah kisah tidak jadi mereka. Penuh kesumat dan sangat jahat rupanya. Rugi tau buat majlis perkahwinan siap bunga telur dulukan? Anak anak jadi mangsa...itu yang kasihan.
Maka kita yang melihat diharapkan saling saling belajar tentang rentak manusia. Dugaan dugaan yang bakal datang dalam hidup kita. Berjaga jaga itu pesan nenek tradisional, minda kita harus diajar bagaimana mahu menangani hal hal sebegini. Berebut anak? Sauk laki orang? Mau kongkek teman isteri? Sudi menjadi isteri ke dua? Rahsia kita orang tidak tahu? Viral mengikut nafsu? Sukar juga rupanya jadi manusia ya?
Kata kata penyedap, jangan cakaplah. Berderet deret. Harus ingat, cinta, perkongsian, undang undang, orang keliling, ketelusan, kecurangan, sifat diri semua itu harus diambil kira.. setelah kamu dibutakan oleh NAFSU dan CINTA.
Pada anak anak yang berusia 30 ke atas, inilah masanya kamu mengimbau kembali harapan kamu, tatacara dan pilihan kamu. Kalau ada dijaga dipupuk elok. Kalau tidak ada janganlah merungut rungut, Tuhan sedang menjaga kamu dari segala luka.
KISAH ORANG KISAH KITA, MANA YANG BAIK JADIKAN PELITA.
Sakitnya hanya mereka yang kena sahaja yang tahu. Analisa banyak pun tidak guna kerana kamu hanya manusia fana yang tertakluk pada segala kebodohan dan kekhilafan nafsu.
YOU ARE READING
CONVERSATION
De TodoConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...