REBOUND

31 2 3
                                    


  "Rebound" Relationships. ... A person might be considered on the rebound if he or she becomes involved in a relationship that shortly follows the ending of a previous one. 

Secara literal maksudnya PULIH. Tetapi dalam konteks ini, pulih bagaimana? Pulih apa? Pulih cinta? Bagaimana? Dengan siapa? Apa yang kamu berdua bicara? Jadi keseluruhan artikel masih menggunakan kata REBOUND. 

Rebound adalah suasana guna mempergunakan orang. Selalunya apabila lelaki atau perempuan keluar dari satu perhubungan, ruang KOSONG itu akan digunakan untuk agar dia tidak terlalu memikirkan tentang perpisahan tersebut. Kamu masuk dan kamu adalah pemenuh ruang tersebut. Tentu sahaja kamu tidak suka, kamu manusia yang berhak mendapatkan hubungan yang seikhlas ikhlasnya.

Ramai tidak tahu mereka dijadikan mangsa dalam hal ini.

Mata hati yang tajam adalah diperlukan sebenarnya, supaya kamu tidak menyesal di kemudian hari. Lelaki atau perempuan yang sudah menetapkan mahu bersama harus ada keupayaan duduk dan memulakan sesuatu yang baru. Harus ada tarikan, ikatan, janji untuk saling menjaga hati masing masing. 

Tidak kiralah hubungan heteroseksual atau hubungan jalian LGBT atau apa. Hubungan kasih sayang adalah berpaksi pada KEIKHLASAN dan KETELUSAN. Berhenti sekiranya kamu sedar hubugan baru ini hanyalah bersifat rebound.

Ramai manusia tidak sedar, sering sahaja melafazkan bahawa pasangan mereka yang sedia ada adalah pilihan ke 2. Ianya tidak seharusnya terjadi demikian. Bahaya kerana sepanjang perhubungan nanti akan ada sahaja ungkitan, hinaan dan rasa sesal apabila kamu terkilan atau marah. Tidak adil untuk manusia lain.

Ada rebound yang membawa kebahagian yang berganda, namun begitu selalunya akan membawa celaka. Pasangan terpaksa demi menggelakan rasa sunyi, pasangan merasa tertipu apabila mendapat tahu bahawa hatinya ada pada bekas kekasih, bekas kekasih yang juga entah entah mahu kembali, rasa tidak selamat, ada rasa ragu ragu mahu berkomitment penuh.... sedangkan hubugan kasih sayang adalah taruhan yang sepenuh jiwa raga.

Bagi yang ragu ragu, tanganilah kecenderungan untuk Rebound dengan baik. Setelah putus, sila ambil waktu untuk berfikir, bersosial, bertemu orang orang baru, jangan mudah melafaskan janji, jangan juga jadi murahan sanggup mengisi tempat kosong yang baru/masih panas ditinggalkan oleh orang lain.

Rebound akan merasa kesal. Si mangsa akan merasa dipergunakan.

Sifir mudah ini rasanya mudah untuk kamu fahami, terutamanya kamu wahai anak anak muda.

SUASANA BERBAHAYA BILA TERLIBAT DALAM HAL REBOUND.

Akibat keterbiasaan bergantung harap dan kasih, apabila ditinggalkan tidak kiralah apa cara sekalipun. Kes yang terjadi di kalangan pasangan kekasih dan perkongsian hidup. Kita yang memandang dari luar akan kagum. "Cepat sungguh Nora mendapat penganti, maklumlah orang cantik". Kita mula merasakan kata kata penyedap, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum itu benar.

Namun ianya melihatkah beberapa hal yang berbahaya.

1. Kekasihmu baru sahaja tamat hubungan dan kamu masuk jadi penyelamat. Kamu mungkin hanyalah bantal sendal untuk dia, alat penamat sunyi, tempat untuk dia berkisah tentang hati dan kejujuran. Ada tanda tandanya di situ. Dia mungkin menggunakan kamu sebagai bantal kecemasan.

2. Sepanjang pertemuan dia akan berbicara tentang pasangan lama, berhenti apabila kamu mula marah marah, tanpa sedar masih lagi berkisah tentang kekasih lama tidak kira apa cara sekalipun termasuk hal hal remeh seperti tempat makan, sifat, kemarahan dan lain lain. Bahaya.

3. Berterusan berkisah tentang kepahitan dan kesukaran perhubungan lepas. Mula mula kamu seronok atau ikut serta merasa meluat pada bekas kekasihnya. Lama lama ada sejenis petanda di situ. Dia sebenarnya ada keterikatan yang kuat pada bekas kekasih. Awas!

4. Hati hati kalau dia asyik mahu berjumpa, kerana sudah terlalu biasa intim dengan kekasih lama, dia mungkin jenis yang bergantung terlalu, atau menyesali masa lalu, kenapa hati hati? Mungkin dia bukan sedang rebound, mungkin dia merasa selesa dengan kamu. Baca situasi sebaiknya, mana tahu setelah dia mendapat apa kemahuannya dan kekasih lama kembali dia akan mampu tinggalkan kamu seketul begitu sahaja.

5. Ada petanda pentanda yang harus kamu baca. Setelah rapat dengan dia secara intim, nada nada hidupnya masih tidak bahagia, ianya berbahaya. Di zaman medsos ini kalau di dinding facebook atau ig beliau masih lagi dengan kedukaan, itu petanda yang tidak sihat. Satu dua tidak apa, mungkin itu cetusan rasa dia, tetapi kalau ada postingan yang berbentuk marah kecewa pada bekas kekasih, kamu harus hati hati. Dia mungkin tidak bisa move on dan kamu adalah alat. Dia tidak matang. Kamu mahu?

6. Mood manusia yang sedang rebound adalah aneh, bisa berubah ubah. Ada waktu dia hangat membelai kamu, ada waktunya dia dingin. Apa apa sekalipun pastikan dia tidak menggunakan kamu sebagai pelampias pada hubungan yang gagal suatu ketika dahulu. Hubungan baru antara kamu dan dia itu seharusnya mula dibina dengan aman, tanpa ada sebarang ingatan pada kekasih lama. Dia dan kamu, memulakan BAHARU.

7. Pasangan yang takut pada komitment selalunya adalah manusia yang Rebound. Bukan semua, namun kebanyakan. Dia mungkin masih berharap dalam diam diam kekasih lama akan bertukar fikiran dan kembali padanya. Kamu tidak mahu jadi boneka dalam hubungan ini bukan? Harus ingat, petanda pentanda itu akan dibaca oleh gerak hati kamu sendiri.


KESIMPULANNYA:

Ada orang jatuh bangun dalam perhubugan adalah biasa. Mungkin dia menyimpan semua dalam hati. Ada orang tanpa sedar bersikap tidak adil pada pasangan, kerana asyik bercerita tentang bekas kekasih secara keterlaluan walaupun apabila ditanya dia akan mengatakan tidak ada apa apa perasaan lagi. Manusia berlapis lapis seperti yang sudah kita cerita sebelum ini. Hari ini  semak sifat kamu, apakah kamu jenis Rebound? Apakah kamu adil pada pasangan baru? Pasangan baru pula, fikirkan nilai dan maruah diri kamu. Kamu tahu kamu harus bijak apabila menilai pasangan, sekiranya jelas dia sedang Rebound, kamu masih punya waktu untuk berambus dari hubugan yang sia sia ini.

Penulis sudah menemui ramai teman teman yang melakukan hal ini. Ada yang bingkas bangun dan terus mendapat pasangan. Ada yang hidup dalam penafian seumur hidup. Ada yang tidak mahu ada apa apa lagi komitmen kekasih dengan mana mana jantina. Ada yang selesa sendiri sendiri dan bertemu juga dengan mangsa Rebound yang depress kecewa merasa diri diperguna.

FIKIR FIKIRKAN....

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now