SILA RENUNG SAMA SAMA.
1. Terlepas nikmat waktu kerana risau pada masa hadapan
2. Ternanti nanti pengesahan dari orang sekeliling
3. Takut pada hukuman sesama manusia (sakit apa orang kata)
4. Bimbang kalau kalau tidak seragam dengan kumpulan
5. Rasa yakin diri terhakis sedikit demi sedikit
6. Ingin ikut serta kumpulan kerana tidak kuat kendiri
7. Rendah diri kronik yang ditapuk tapuk sepanjang hidup
8. Takut pada kritikan (sedangkan ianya pemangkin)
9. Malas mahu mengasah kemahiran
10. Acapkali menggelar diri sebagai KALAH/LOSER.ULANGAN
Teknik teknik hidup memanglah mudah untuk dihamburkan, namun amalan peribadi yang berterusan itu penting. Penolakan awal dalam diri harus dikaji gali lagi... tahap pemahaman dan amali kita berbeza tentunya. Tetapi titik tuju kita sama sahaja... (meskipun beda kata yang dipilih).Apa dia? lihat frasa di bawah...
1. menelan air liur pada hebatnya orang sambil merasa lemah
2. ternanti nanti iktiraf orang. Bermati matian
3. jarang mahu memuji diri dan bersyukur.
4. minda tidak terbuka akibat ajaran ajaran lama. Doktrin hidup
5. risau tidak bertempat, terlupa pada takdir.3 hari 3 malam tidak tamat kalau mahu dibicarakan secara mendalam. Kapasitas dan keraguan kita semakin kompleks menjelang akil baligh. Ianya pemahaman yang dikumpul dari waktu ke waktu. Nah, sekarang kamu tahu... kamu itu terbentuk akibat sekitaran, budaya, bahan bacaan, orang yang ditemui, debat dari waktu ke waktu demi pencerahan.
Ada ketikanya kamu tidak bertanya hanya kerana hormat, takut pada status, ilmu, penampilan orang di hadapan kamu...
YOU ARE READING
CONVERSATION
RastgeleConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...