MY WALL MY RIGHTS adalah mantra yang berkesan.
"Entah... wall kite, kite sharelah apa apapun, menyibuk saja nak kondem itu dan ini, tak gitu wak?" bunyi kapsyen dari teman yang ada dalam senarai facebook. Tidaklah pula diketahui hamburan marah itu untuk siapa.
Media Sosial sudah menjadi penting bagi hampir semua manusia di negara maju. Manusia ramai yang sunyi sepi, medsos sahajalah yang boleh memberi sedikit keceriaan. Sila ambil maklum. Penduduk di desa sepi kacamatan sulewesi sekalipun sudah pandai menggunakan medsos. Inikan pula kamu di Malaysia.
Marilah kita sama sama dewasa apabila menggunakan media moden ini.
1. menjadi lebih bertanggungjawab pada diri, orang sekeliling dan negara.
2. kawal marah marah dan darah tinggi kita supaya tidak malu di kemudian hari
3. lampiaskan sebarang rasa dengan tenang dan munasabah.
4. ceriakan hati teman teman yang ada, yang kita rasa memerlukan sedikit pemangkin hidup
5. semak segala berita samada ianya SAHIH atau AUTA semata mata.
6. sudah sudahlah berkongsi gambar telanjang di wall yang dilihat oleh saudara mara.
7. henti hentikanlah memberi IKLAN percuma pada organisasi yang kaya raya.
8. fikir lebih dari 2 kali sebelum mengetik butang POST.
9. Diam sahaja kalau tidak ada apa yang enak untuk dikomen.
10. Pameran kemewahan. Sensitif hal ini. Banyak implikasinya termasuk dirompak esoknya.
Pokoknya kita sudah melihat pelbagai bahana baik dari yang popular atau pun hanya orang biasa. Hal hal ghairah seperti mengurat maknyah secara silap, percubaan menjadi wali/nabi/tuhan, memarahi insitutsi dan dipintas kembali sebagai kebodohan peribadi. Ini belum lagi portal portal yang beria ia mahukan ramai melintasi sesawang mereka. Jijik sekali cerita tidak masuk akan mereka... ada yang setakat kita boleh baca, ada yang membuatkan hati kita mebuak buak mahu berkongsi. Ada faedah apa agaknya ya?
"Hai... buat aper tue? Sedang memuatnaik KEMEWAHAN di facebook ker?" Bunyi kapsyen dari teman yang sangat lucu dan dalam maknanya.
"Hai... wah tengah download makanan sedap sedap di restoren mewah ker? Ramai yang sedang lapar takda duit nak beli makan...tak kesian ker?" Kapsyen nakal yang lain dimuatnaikkan.
LUCU SUNGGUH DUNIA MEDSOS.
Percayalah, sudah disaksikan segalanya di dunia internet. Pergaduhan si isteri dan wanita yang cuba sauk. Perli, Maki, Chamdek adalah biasa... dengan harapan hati mereka akan puas. Terlupa pula itu semua dibaca oleh mereka yang kenal dan mereka yang tidak kenal dan hanya menganggap kamu itu BADUT Medsos.
Pertelingkahan politik bagaikan menteri dengan nama samaran? Aduh... memenatkan bukan? Macamlah mereka itu menteri yang mampu menyelamatkan dunia. Ada juga yang esoknya terus disapena untuk ke Mahkamah kerana memalukan orang atau mengaibkan manusia yang lain. Kesumat orang jangan di main main.
"Taklah encik saya hanya berkongsi berita dari lama orang lain, kenapa encik tidak tangkap orang itu?" Satu kerja pula...setelah kamu berkongsi kisah aib orang. Rugi waktu bukan?
Ghairah mahu maki hamun LGBT... dan tiba tiba wajah kamu terpampang, dihencap oleh si LGBT tersebut dengan kapsyen yang menarik dan hebat... dihencap pula oleh teman teman LGBT di ruang komen. Kamu pula rupa rupanya ketua keluarga dan sudah ada anak empat orang yang besar besar...aduh...apa itu sayang??? Hati hati dengan medsos, jangan ikut hati sangat ya...
Pergaduhan di wattsap dan group chat berlarutan menjadi rencana. Tukang baca menikmati semuanya dengan gembira. Aduh!!! Sebaiknya simpan sajalah rasa hati aneh itu, bincangkan secara oral/live dengan teman teman yang kamu percaya.
Good morning tetek selambak? Berjabu jabu LIKE dan pujian tentunya. Buatlah kerap kerap ya...pamirkan sifat sifat BIMBO kamu itu...usah berganjak, teruskan. Itu sahaja yang mampu dikatakan oleh teman teman, bukan apa, kamu akan fikir mereka dengki pada kamu. Tak gitu?
Luah, luah, luahkan semua cinta gayboy kamu itu di facebook. Biar hati tenang dan pembaca jadi terfikir, budak ni apa dia? Begitu resah sekali hidupnya...oh! cinta gayboy tak jadi rupanya... penolakan cinta rupanya... marah pada pasangan rupanya... ibu bapa, sepupu, adik beradik? aduh....makin ribut kacau bilau jadinya.
YOUR WALL YOUR RIGHTS... luahkan. Luahkan segalanya di medsos. Biar hati kamu puas, tak gitu? Lama lama boleh kita tuduh 'friend list' tak guna... post apapun dorang tak like. Itu belum lagi para Atheist dan Agostik yang celaru terma... mahunya memaki sahaja agama asal dan agama yang tercatat dalam kad pengenalan. Maki nabi? Maki ulama? Maki menteri? Maki Tuhan?
Sifat segalanya mahu dipolitikkan juga susah. Sehingga kematian dan hal hal perayaan juga mahu dirodong politik. Harus ingat sebarang hal hal politik buruk itu tersebar luas di alam maya...very disservice. Masuk pula si Bimbo dengan salin lekat tentang hal hal politik. Tambah mengharukan sebenarnya. Bukan semua orang senang dengan telingkah politik, janganlah memalukan diri kalau asas perlembagaan negara juga kita kurang arif.
KESIMPULANNYA:
Kamulah pencorak diri apabila berhadapan dengan medsos. Siapa kamu dengan mudah boleh dibaca di sana. Adakah kamu manusia positif? Adakah kamu manusia sepi berselindung disebalik gambar objek yang ada di DP kamu? Adakah kamu setiapkali masuk saja ke ruang medsos menjadi orang lain? Split personaliti? Oih...jangan, bahaya ini semua sayang, lama lama boleh jadi penyakit kalau tidak dipantau.
Tidak dapat berpisah dengan medsos. Jadi tidak keruan apabila hp rosak atau talian menjadi seperti siput babi...
Berpada padalah, apabila sudah menjalin hubungan dengan medsos. Sama sahaja nasihat berpada pada untuk segmen segmen lain dalam hidup.
Kalau sudah rasa ketagih, pandai pandailah merawatinya. Fikirkan kesan kesan pada diri. Fikirkan juga alangkah indahnya dunia komonikasi tradisi seperti duduk dan berbicara secara oral.
MENGATA DULANG PAKU SEREPIH, MENGATA ORANG AWAK YANG LEBIH... penulis sendiri dalam rangka memperbaiki sifat apabila berhubung dengan medsos.
*ayuh kita berswafoto....kejap nak ambik gambar makanan ni... kejap nak upload beg baru ni...kejaplah i nak capture imej baju baru i, mahal tau i beli...
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...