FASA LALUAN MANUSIA
Sudah dilihat fasa hidup teman teman. Meskipun kita bukan pakar sosiologi, minda mudah kita akan mampu menebak pada rasa ghairah mereka pada setiap fasa hidup pilihan. Kitapun sudah melalui fasa fasa kita sendiri seadanya bukan?
Setiap kita tentulah berubah untuk hal hal yang lebih baik (at least that is what we think).
Aku hanya akan menjelaskan hal ini pada teman teman yang mampu berfikir sahaja. Kerana pada yang berotak datar dia tidak akan memahami apa apa sebenarnya. Bagaikan airliur yang rugi rasanya. Silap silap haribulan akan digunakan sebagai bahan untuk perbualan mereka yang berbentuk mak limah kampungan bila mereka berhimpun.
Fasa hidup bagi aku harus ditangani dengan molek, bijaksana dan penuh pengertian.
Macam macam fasa sudah dilihat. Bermula dari pilihan stail kehidupan, seksualiti, keberanian, tercari cari diri, kepercayaan agama maklumlah manusia, hidup dirangkumi oleh pelbagai elemen. Ada yang mudah ditebak, ada yang kelihatan agak rumit dan sudah tentu ada yang menyesakkan nafas bila melibatkan hal hal sensitif.
Ini adalah luahan secara umum, bukan menunding pada sesiapa, yang terasa awal awal lagi aku hulurkan tangan mohon maaf. Kalau dahulu tidak akan dapat dibaca luahan hati, kini dengan adanya medsos segala jadi lebih dekat dan menangkap. Seronok juga sebenarnya kerana mereka adalah penceria pada cerita hidup manusia.
Dari yang berambut merah menggenakan jilbab, yang sekolah pondok menukar identiti gender, memeluk anjing, mahu makan babi ahhh... macam macam rupanya gelojak hidup manusia. Melayu? Melayulah kerana aku juga melayu kampungan yang kuakui ada waktunya tanpa sedar masih dikongkong dengan konstruk Melayu yang kuat. Mana mahu lari kan? Aku tidak malu untuk menyatakan hal tersebut, meskipun di mata orang aku mungkin jenis manusia semoden moden alam. Bersandarkan bahawa kita semua manusia yang beropini, aku menulis pada apa yang aku nampak sahaja. Mereka yang aku kenal dan perhatikan.
Aku artis holistik yang melihat apa yang terdekat. Bersikap liberal dalam banyak hal sebenarnya, termasuk jantina aku sendiri yang aku pupuk dan dakap sebaiknya. Jadi pendapat kita mungkin tidak akan sama. Aku ini jenisnya samada kamu selesa atau kamu akan terus meluat. Kerana aku percaya pada hak hak manusia tanpa mengira ras, bangsa atau agama, dalam banyak hal aku sangat berjaga jaga. Bukan boleh, aku anak Malindo membesar di utara. Orang utara kata kata jenakanya kasar dan berterus terang, mungkin orang lain akan terasa dan berkecil hati (meskipun aku tidak peduli, namun sekali sekali aku berpesan pada diri mulut dan kata kata harus disusun elok). Sekali lagi ini bukan perbualan untuk orang orang berotak datar dan sehala.
1. Amboi tiba tiba bersyarah tentang agama macam menjual nilai. Sedangkan kita tahu hidup lalunya bagaimana. Hidup lalunya kalau mahu dipaparkan agak aib. Kongkek sana kongkek sini. Lalu dia sendiri merujuk pada fasa tersebut sebagai fasa jahilliah. Bukan main suci lagi dirinya yang terkini. Kita yang melihat rasa semacam. Kalau dia bijak dia boleh sahaja membuat/memilih pendekatan berpada pada. Orang lagi suka, tak gitu?
2. Atas dasar my wall is my right, dia nak bubuh juga gambar memeluk anjing penuh mesra. Mungkin dia suka bertoje dengan peminat peminat di fb. Bukan dia tidak tahu struktur bangsa dan agama sendiri. Segaja dia mahu mempamerkan sifat rebel tersebut. Sedangkan ada ada teman teman lain yang muslim yang membela anjing dalam suasana yang sangat low key. Ya, teman lama aku membela 20 ekor anjing tanpa publisiti. Aku tabek.
3. Mungkin dia dilahirkan untuk melawan arus. Bagiku tidak ada arus benar dan salah di sini. Dia harus memaparkan opinini yang berbeza, supaya orang memberi perhatian pada dia. Tiba tiba mahu makan babi. Kau makanlah sorang sorang penuh damai. Ini tidak, dijadikan perbualan dan perdebatan. Entah apa tujuan agaknya? Pura pura marah apabila melihat sign PORK FREE. Pelik ke tidak? Nakal atau kurang ajar?
4. Ini belum masuk kes kes penghisap kote berdakwah. Atau kita gelar sebagai cocksucker yang tiba tiba jadi alim. Mahu menetapkan itu dan ini, sedangkan kegiatan menghisap kote masih terus dijalankan. Ini antara fenomena yang PELIK. Harus dilihat dengan mata yang terbuka. Tiba tiba mahu jatuh dalam syariat para cisgender. Sekali lagi sifat berpada pada masuk dalam kisah yang sebegini. Relak, chill dan kenangkan diri dan amalan kita sehari harian. Malulah juga pada Tuhan kalau tidak mahu malu pada manusia atau teman teman lain. (gayman, gaylembik, mak nyah insof, mak nyah bertransisi, lelaki jalang dan perempuan sundal)
5. Politik dan agama yang TAKSUB. Aduhai boleh sakit jiwa kalau kamu bertemu teman teman sebegini. Tidak kisahlah parti itu pembangkang atau kerajaan. Kita akan rasa pelik... tapi mungkin bagi dirinya adalah nikmat. Dibuatnya pula kita ingat pada pendirian lama dirinya yang sudah berubah. Rasa macam mahu bagi penyapu. Ini belum lagi kalau taksub pada artis atau filem hindustan. Penat kita mahu melayan. Jangan takut untuk mengatakan, "please leave political talk away from this table" apabila ada yang cuba cuba. Aku selalunya mengatakan hal ini. Kau ingat aku kawan engkau, kempen ini akan berkesan? Aku datang mahu bersembang dan minun teh tarik dengan kau!
6. Teman yang marah marah. Allahai...bosannya. Potong stim. Dia akan marah pada apa sahaja. Pada kerajaan, pada bangsa, bersifat rasis, pada waiter atau pada apa sahaja... Marah mungkin kerana darah tinggi? sakit? tidak cukup seks? atau mental? Ini fasa yang harus kamu hati hati, silap silap haribulan kamu akan dijadikan bahan marah.
7. Low class dan high class? Owh penat sebenarnya dengan orang begini. Dibanding bandingkan orang yang tidak ada dalam kumpulan...mentang mentanglah dia manusia yang bernasib baik. Selalunya fasa ini jatuh pada yang miskin dan baru menjadi senang sedikit (tidak kayapun). Ini sakit 80an. lama sebenarnya aku tidak ketemu teman teman berfasa begini.
8. Orang kaya baru? Orang ciwi? Orang yang materialistik? Ini antara gambaran teman teman aku yang sudah lama aku tinggalkan. Sewaktu awal sudah dihantar pada aku orang orang sebegini untuk dilihat. Adalah benda yang DIA mahu aku belajar. Masa tidak ada duit dia akan kata roti di supermarket sama saja seperti roti di café café mahal. Ya, mereka memang sudah bersedia dengan falsafah diri. Teringat kisah teman yang pura pura menangis pada bag LV palsu yang terkena api rokok. Heboh di medsos.
9. Tiba tiba menjadi atheist? Oh! Kita dengar pun rasa ketar. Bagiku kamu jadilah apa sahaja. Asalkan kamu manusia yang baik. Tidak perlulah didebatkan di meja teman teman sewaktu mengopi atau berbual ringan. Kamu sembahlah apa yang kamu rasa selesa dan tidak perlu memberi alasan selagi tidak ditanya. You can keep your beloved newly found religion to yourselves. Embrace it good! Athiest betui tak kutuk agama lain, dia akan damai sendiri sendiri dengan penilaian baharunya.
10. Tukang cucuk? Ya ramai... pagi pagi lagi dia akan hadir dengan berita berita sensasi. Bagiku sensasilah bagaimana sekalipun, selagi tidak ada kena mengena dengan aku ianya tidak menjadi soal. Berdramalah kamu semua sesama regu masing masing. Orang tukang cucuk ini macam macam, ada yang bijak menukar cerita, pura pura peduli dan mereka ini seharusnya tidak dilayan langsung.
Manusia tertakluk pada perubahan. Pastikan kamu peka yang perubahan kamu itu sejajar dengan sifat sifat mudah yang dituntut di kalangan masyarakat. Kalau sekalipun perlu diberikan penerangan, lakukan dengan bijaksana dan bersopan. Selidik selidik juga, mana tahu kamu diam diam menjual nilai atau dirasakan sedang mengasak teman teman sekeliling kamu. Beropini tidak pernah salah, tetapi hormati juga cara hidup orang lain.
Seperti yang aku bincangkan dengan beberapa teman yang terbuka dan tidak menghakim, di hujung hari sebenarnya tidak ada sesiapa yang peduli pada sebarang tindakan/perubahan kamu dalam menjalani hidup. Kamu melintas membawa karekter kamu, mereka melihat, berhubung dan kamu merasa tidak selesa dan mula mencipta kisah kisah ditikam orang, dikutuk orang, dihina orang dan macam macam atas dasar diri yang merasa TIDAK SELAMAT/insecure.
Fikirkan hal di atas nanti apabila kamu sudah berhimpun. Jenis manusia apa kamu ini? Apa fasa yang sudah kamu lalui?
NOBODY CARES actually!!! Just be the best of you.
Orang yang yakin akan terus bergerak dalam kehidupan, bijak untuk menusup masuk dalam sebarang suasana dengan rasa aman, hormat dan selesa. Pulang ke rumah yang damai dan malamnya tidur dengan nyenyak.
Kenapa? Kerana mereka sudah tidak peduli lagi pada hal hal drama remeh temeh dunia yang merupakan fasa pencarian manusia. Atas dasar itu ingin aku nasihatkan padamu teman teman, hidup ini sebenarnya mudah, kamu tuan punya badan sahaja yang dalam banyak waktu menyusahkan diri dan emosi.
Sila duduk dan renungkan. Harus ingat kamu mampu menjadi dirimu tanpa sifat yang jengkel!!!
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...