30 SEPTEMBER 2016
Bulan yang menyaksikan kepanasan warga internet mempersoalkan banyak hal. Dunia baru akan selalu panas, manusia semakin bijak, samakin tawaduk dan tentulah mereka yang berkognitif tinggi jadi bersoal soal. Kognitif tinggi juga ada dua kelompok. Diam atau angkat bicara. Di zaman ini kita tidak simpan simpan lagi...ada tempat untuk mencurah rasa bukan?
Sudah kita sentuh sifat sifat tamak kau milikku antara tiga manusia di Golok. Diviralkan dan melibatkan semua hati hati wanita sendu, postingan yang pelbagai juga tampil setelah itu membabitkan kisah rumahtangga mereka, tak mau kalah you...ianya digabungkan sekali bagaimana bertuahnya miss Nina mendapat Noh hujan. Fynn Jamal pula muncul mengatakan dia kawin dengan Mat Despatch. Hmm...sehari selepas itu dia dituduh sebagai berhalusinasi (almaklumlah penyair). Suaminya adalah bekas pramugara menurut sumber sumber yang dipercayai.
Itu belum lagi kes berebut anak ala ala orang kaya kaya di Mahkamah Syariah...penuh emosi kita pun melebihkan waktu untuk mula mempertikai. Portal portal sensasi meraikan september dengan hebat sekali kali ini.
Azizan Othman sekali lagi menggegarkan Malaysia. Kumpulan dari Richwork yang sering mengadakan himpunan motivasi perniagaan dikatakan menggunakan gelaran palsu, kali ini bukan lagi dari florida tetapi di UM. Kecohlah kisah pakar motivasi tersebut di sosial media dengan pelbagai pendapat dan kata kata. Menarik untuk dibaca. Hal ini sudah pun di tulis sekitar 2014 dahulu, heran ianya timbul kembali. Sesi motivasi yang dibahagi bahagikan buat penjana semangat para pembayar yuran sekali lagi jadi pertikaian. Azizan sebenarnya sudah boleh bergerak tanpa sebarang gelaran akademik. Dia boleh sahaja berdiri di depan dan terus memberi kata peransang. Apa salahnya kalau digelar Encik? Master? Tuan? Apalah erti akademik kalau gerakan manusia itu tidak selari bukan? Saya pasti dia boleh melakukannya.
Pihak UM memandang serius akan hal Akademik, lalu membuat pernyataan akbar tentang hal tersebut, pada malam yang sama pihak Richwork juga membuat kenyataan rasmi bahawa mereka juga kesal.
Mario Teguh juga sedang meledak di Indonesia sekitar bulan September. Bermula dengan tuduhan bahawa dia menidakkan keluarga awal, maka hebohlah kisah kisah dia mahu menyaman Deddy Corbuzier dan Kuswinar yang mengaku dia anak pada Mario Teguh, juga pakar motivasi yang banyak berbicara tentang kemaafaan juga bagaimana menjalani hidup dengan aman dan lanar. Warga internet tidak lagi berkopi paste kata kata hikmat dari beliau. Kisah Mario Teguh berselang seli dengan kenyataan dari Deddy Corbizier yang mahu diseret sekali hanya kerana dia mengacarakan program Hitam Putih dan menjemput dan bersoal dengan Kuswinar (yagn memang ada iras iras Mario). Ini belum lagi kisah bagaimana Fenny Rose mengungkit kembali kisah Ikang Fauzi dan Christine Panjaitan, Marisa Haque isteri Ikang mahu Fenny Rose yang mengendalikan rancangan gossip no secrets itu insaf, kes ini di bawa ke KPI... Macam macam ya, jangan main main dengan manusia zaman sekarang.
Dua kes tentang pejual Air Liur (terma pedih manusia manusia yang mungkin tidak berbakat) itu seharusnya menjadi iktibar pada diri kita. Kagum pada orang biar berbatas. Apa salahnya kalau segala nasihat mereka itu benar. Lucu membaca komentar para netizen, bekas bekas pelajar yang berjaya dipulihkan semangat sangat menyokong, yang mengutuk tentulah ramai sekali. Apa apa sekali, semua ini adalah PENDIDIKAN buat kita semua, tidak kira dari sudut apa sekalipun.
Kita semua masih MANUSIA tertakluk pada sifat sifat manusiawi. Sedar, Leka, Terpaku dan tetap mahukan kedudukan terbaik dalam masyarakat. I am better than you....i am richer. Dugaan akan tetap datang pada si kaya atau si miskin. Sebaiknya setelah melihat fenomena ini, tanya diri samada kamu itu MANUSIA yang kuat atau manusia yang lemah. Apakah kamu berfikiran terbuka dan mahu tertawa sahaja pada kekalutan duniawi mereka? Sudahkah kamu menggambil kesempatan pada segala peluang yang ada terbentang di depan mata? Sudahkah kamu mereka cipta sesuatu yang boleh membangkitkan ghairah manusia?
Geseran akibat MANUSIA dan MANUSIA sebaiknya ditangani dengan mudah. Kita semua harus hati hati.... bukankah sering penulis katakan manusia itu sifatnya berlapis lapis...?
YOU ARE READING
CONVERSATION
AcakConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...