RASA SUNYI

22 0 0
                                    


LONLINESS IS A STATE WHEN IT INVOLVES 

sadness because one has no friends or company."feelings of depression and loneliness"


SUNYI adalah sesuatu yang kompleks dan tidak nyaman apabila berhubung dengan kesepian atau tidak berteman. Biasanya ia melibatkan getaran rasa yang tidak sama dengan manusia lain, sekarang atau di masa hadapan. Sama saja, kesunyian boleh dirasakan walaupun dikelilingi oleh ramai orang. Sebab musabab rasa sunyi berbagai bagai dan melibatkan sosial, mental, emsosi atau sebab sebab fizikal.

Kajian telah membuktikan bahawa kesunyian ternyata ada dalam masyarakat, di kalangan manusia dalam perkahwinan, perhubungan, keluarga, orang tua walaupun berjaya dalam karier sekalipun bukan hanya kerana hidup sendirian. Ianya TEMA yang sudah lama disentuh dalam karya karya literasi manusia sejak zaman berzaman. Kesunyian juga dinyatakan sebagai SAKIT SOSIAL.

Secara psikoloji ianya adalah mekanisme berbentuk memberi amaran pada individu untuk terus berusaha mencari hubungan sosial. Kesepian sering digambarkan sebagai hasil dari "keberhubungan" sesama manusia atau secara spesifik "Perasaan/pengalaman tidak enak yang muncul apabila si individu berhubung dalam hubungan sosial, rasa berkurangan dari segi hal hal penting manusia" 

SUNYI adalah deria kurniaan Pencipta sama saja seperti rasa/deria yang lain demi keseimbangan manusia. Apabila kita mula faham erti Sunyi, kita akan lebih menghargai deria deria lain juga. 

Banyak sunyi perkara sunyi, sunyi melara harus ditangani.

Benarlah ini merupakan rasa yang sangat kompleks, tidak sama apabila ada orang/klien yang mengaku sunyi. Kita secara mudah memastikan dia ada kawan kawan, menggalakkan supaya klien keluar dan bercampur. Itu adalah hal yang mudah, dalam perbualan basa basi. 

Sebenarnya SUNYI dalam kontek kesejahteraan MENTAL adalah lebih dari itu. Kesunyian tegar mempunyai skala penyebab NEGATIF yang boleh melibatkan kesihatan Fizikal dan Mental. Antaran risiko risiko yang diakibat kesunyian termasuk:

 1. Depresion dan ada rasa mahu menamatkan nyawa. Depression and suicide

2. Melibatkan jangkitan kardiovaskular dan sakit jantung. Cardiovascular disease and stroke

3. Tahap peningkatan STRESS. Increased stress levels

4. Berkurangan memori dan daya belajar. Decreased memory and learning

5. Sifat Antisosial. Antisocial behavior

6. Tidak tetap pendirian. Poor decision-making

7. Penyalah gunaan alkohol dan dadah. Alcoholism and drug abuse

8. Menggalakan kecepatan kuman Alzheimer. The progression of Alzheimer's disease

9. Perubahan pada fungsi otak. Altered brain function

Penerangan pada setiap yang di atas akan bebunyi sedikit rigid dan akademik. Namun kalau dilihat pada kesan kesan Sunyi yang luas dan menakutkan itu, tidak sama luahan anak muda yang ceria yang menyatakan dia SUNYI secara literal selamba.

Depresi yang digabungkan rasa tidak guna untuk hidup lagi akibat sunyi adalah sesuatu yang menyedihkan. Rawatan harus dicari sekiranya ada simptom simptom tersebut. Merasa sunyi dalam keramaian itu tidak lagi kata kata indah dalam SAJAK, malah simptom awal untuk dirawat. Selalunya pengidap tidak tahu bagaimana mahu menceritakannya, dia akan berkata selamba bahawa dia bosan, tidak suka, meluat, tidak ada apapun? apabila sunyi dalam keramaian,

Pelan pelan pengidap akan mula menjauhkan diri dari perhimpunan, perkumpulan tanpa sebarang penjelasan. Namun dia tahu dia sepi dan sunyi. Tambah menyedihkan dia tidak tahu bagaimana meluahkan rasa, walau di medsos sekalipun. Dia akan takut pada imbal balik dari kenalan atau pengguna internet...dan menganggap tidak ada orang lain yang faham, hanya dia seorang sahaj yang tahu sakit SUNYI.

Diikuti oleh keadaan fizikal yang memburuk. tidak terurus, kurang menjaga diri dan tampil aneh kerana takut untuk berkata kata. Ingatan dan daya serapan ilmu juga menjadi lemah kerana asyik bertumpu pada rasa SUNYI yang tidak tahu bagaimana mahu dihuraikan. Akibat dari semua ini daya memori menjadi lemah, tidak tetap pendirian dan sering mungkir janji tanpa sebab sebab munasabah. (lebih perit kalau mendapat reaksi marah dari orang yang cuba dihubungi). 

"Kau ni memang jenis tak tepat janji...aku tunggu punya lama..."

"Kau memang tak boleh diharap, next time jangan haraplah!"

Segala tekanan akan bertambah teruk lagi, apabila ada keterlibatan arah, dadah dan ubat ubat penenang yang lain bagi merawat pulih rasa sunyi. Ini akan menjurus pada masalah baharu pula.

Rasa sunyi bagi mereka yang berusia pula akan memberi peningkatan pada jangkitan kuman Alzehmier (sakit lupa lupa) dan secara tidak langsung arahan di bahagian otak (penting buat manusia) akan jadi berubah. Jangan terkejut kalau hal ini juga terjadi pada si anak muda (20an hingga 40an). Ianya boleh terjadi.

KESIMPULAN:

1. Cuba perhatikan diri sendiri dahulu, adakah kita sering merasa sunyi?

2. Bagaimana kita membunuh rasa sunyi? apakah sering dibantu oleh cara efektif?

3. Teman teman kita apakah kerap mereka merungut sunyi? Cara rungutan? Adakah menakutkan? Perhatikan, bantu dia sekiranya kronik. (merungut mahu mati).

4. Orang tua kita yang lama kita tinggalkan, ada kamu kesan kesunyian mereka?

5. Beranikan diri mendapat nasihat atau rawatan kalau ada simptom simptom di atas.

Adalah biasa kalau kita merungut sunyi, terutamanya kalau tiba di lingkungan baharu. Sunyi kerana jauh dari teman teman rapat. Sunyi kerana orang orang yang rapat tidak bersama atau bentuk bentuk sunyi yang boleh dianggap normal.

Menjadi anih dan kronik sekiranya kita tidak bahagia dan masih merasa sunyi apabila cuba berhubung dengan manusia yang sedia ada. Medsos tidak membantu, merasa rendah diri selalu tidak mahu berhimpun, meluat pada keramaian, benci pula pada kesunyian, tidak faham apa sebenarnya.

SUNYI ITU INDAH -- kata pujangga. Namun ianya harus kamu fikir dua kali... pastikan kamu tidak mengurung diri di ruang rumah yang memang sudah sedia privasi. Menggelak untuk bertemu dengan teman teman secara berterusan. Semak diri.

NOTA: Berdasarkan perbincangan di atas, penulis tidak mahu berterusan merancang untuk kamu supaya membunuh rasa sunyi dengan cara cara tradisional. Rasa SUNYI dalam hati yang kosong dan berterusan itu setelah dikaji sangat menakutkan rupanya. 

Kamu sebagai Tuan Punya Badan bagaimana?


CONVERSATIONWhere stories live. Discover now