Pengkisahan lapuk, namun harus dikitarkan semula demi kesejahteraan hidup.
Kalau ada kemampuan belilah kepala gajah sekalipun, tidak ada orang yang hairan. Masalahnya di sini dengan kadar hap hap nyawa ikan, kita terus merasa tidak senang dalam melayari kehidupan. Merungut pada nasib yang malang kerana baju tidak berganti, barang kemas tidak menghiasi badan kerana akaun bank yang hanya tinggal 10 ringgit 20 sen.
Maka kembalilah kita menilai hidup yang sedia ada sambil sambil berfikir tentang godaan materi duniawi. Tahu bukan tidak tahu tentang pepatah lama UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI BUKAN BADAN ERRA FAZIRA. Godaan dan rasa ralat itu tetap mahu datang.
Dari yang muda hingga yang tua masing masing dibelenggu rasa tidak puas hati sepanjang hidup. Berusaha lebih kuat lagi untuk berpendapatan lebih untuk membolehkan milikan terhadap barangan atau perkhidmatan. Melihat pula wang sebagai pemangkin tingkah laku (gerak kerja) dari lulus peperiksaan, menjawat jawatan bagus, dari kerja kerja menial sehinggalah merompak bank.
Ini bukanlah saranan anti-consumerism (Anti-consumerism is a sociopolitical ideology that is opposed to consumerism, the continual buying and consuming of material possessions). Bukan juga galakan untuk hanya hidup dengan 7 pasang persalinan dalam seminggu atau setahun, atau makan nasi kosong dan telur goreng kicap sahaja. Bukan.
Kita mahu melihat sifat kita selama ini. Sila peruntukan masa. Perhatikan bagaimana kita tanpa sedar memuja 'mata wang baharu' atau 'new currency' hidup. Kekaguman dalam diam dan menaruh harapan juga adalah sesuatu yang menggerikan sebenarnya. Membeli saranan supaya berkelas dengan memiliki brand atau jenama jenama tertentu. Sudah dimiliki perlu pula di war warkan agar kepuasan manusiawi kita jadi maksima. Tidak kira jantina semua kita akan melalui fasa ini (juga dalam suasana sedar atau tanpa sedar). Bagi yang tidak mampu terlopong mulut sambil menelan liur membayangkan alangkah indahnya kalau kita berezeki yang sama.
Dari semurah murah atau semahal mahal barangan, akan wujud rasa nikmat tersebut, meskipun dalam bentuk makanan sekalipun, kalau mahu diukur di skala zaman ini. Perhatikan sifat di medsos dan senarai teman teman yang bagaikan diangkat menjadi duta pada brand/jenama yang mewah. Kapsyen/pernyataan terpulang pada mereka samada berbunyi angkuh atau tidak, ya lagak boleh juga dizahirkan dengan kata kata yang subtle: "Alah ini jer yang mampu dihadiahkan suami," mengiringi gambar bag dari Paris 2.5. Jabuan jabuan LIKE atau pujian mampu membuatkan si tuan punya bada merasa setingkat lebih gembira dari kamu yang haprak bukan?
Begitulah seadanya kita kita ini (termasuk penulis) yang harus diingatkan dari waktu ke waktu.
1. Imej apa yang kita kejar? Tidak salah kalau mahukan yang berkelas juga, namun selaras dengan pendapatan atau budget yang sedia ada. Memang ada hal hal hidup yang tergantung pada imej (artis pop, isteri menteri, isteri pegawai, pelakon popular). Hidup jenis apa yang kita pilih?
2. Keutamaan asas sudahkah kita penuhi? Sewa rumah, beras di dapur, belanja keluarga, hutang yang dinanti oleh sipiutang. Kalau ada lebih apa salahnya bukan?
3. Rungutan kita pada kos kos hidup yang meningkat. Adakah itu rungutan palsu kerana setelah 30 merungut minyak naik di medsos, kita memuatnaikkan makanan makanan mewah di restoran kelas AAA dan bergaya ranggi.
4. Kita suka mempamirkan kegiatan membeli belah dengan kapsyen: Rewarding myself, shopping is a therapy dan ayat ayat manja mewah lain yang kreatif. Sudah tentu itu hak kita, hak kita yang bagi pendapat saya harus dinilaikan semula.
5. Membantu jenama jenama mewah dengan hanya mempromosi (gambar google di internet sahaja) My dream bag kononnya? Bagaikan setelah dipromosikan kita akan mendapat diskaun 80 persen gayanya. Masih juga hak kamu, hak yang harus kamu kaji semua.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...