ALIRAN CITARASA MUZIK DAN VOKALIS MALAYSIA!

103 4 0
                                    


NOTA: Ini merupakan pendapat peribadi penulis. Maaf terdahulu sekirangnya menyinggung sesetengah pihak.

Membesar di kampung dan menyintai muzik kerana tidak banyak pilhan di tahun 70an. Penulis didedahkan dengan lagu lagu melayu pop dalam tempoh yang agak lama. EP Syarifah Aini Seri Dewi malam adalah yang pertama membuatkan penulis rasa sangat terhibur di zaman kanak kanak. Lama juga lagu tersebut berputar di radio. Pelan pelan dikenalkan dengan pelbagai rentak muzik di zaman itu. Banyak sungguh vokalis yang bersuara merdu. Rafeah Buang, Junainah M. Amin, Sanisah Huri, Hamidah Ahmad, Halimah Ahmad dan beberapa lama. Penulis terus bercita cita mahu jejak yang sama penuh yakin. Confident you!

Mendengar tidak sekadar mendengar, dicari pula siapa pencipta lagu dan penulis lirik tersebut. Ramai pencipta dan pelontar suara ketika itu asalnya dari Singapura. Para pengkarya dari Singapura nampaknya hebat di zaman itu. Terlepas juga dua tiga karyawan dari Indonesia di tahun 70an. Titiek Puspa, Mushin, Titiek Sandora, Bing Slamet dan dua tiga lagi termasuklah Emilia Contessa yang sangat gah ketika itu. Maka syarikat rakaman mulalah memproses lagu lagu saduran dari Indonesia untuk dinyanyikan oleh artis tempatan. Ada yang enak didengar dan ada juga dua tiga yang kedengaran sangat buruk. Bayangkan Junainah M. Amin dan Siti Salmah menyanyikan lagu sayang sayang seribu sayang. Bunyinya sangat pelik. 70an memperkenalkan banyak bakat baru sebenarnya. Bercampur aduk antara penyanyi Malaysia dan Singapura. Artis Indonesia tidak termasuk senarai kerana mereka sudah jauh lebih ke depan apabila masuk bab lagu dan muzik.

Diperkenalkan Hail Amir yang meledak dengan EP pertamanya Wajah Kesayangan Hamba. Uji Rashid juga meletop apabila diperkenalkan oleh syarikat EMI, mereka DJ Dave, Sharifah Aini, Sudirman (selepas 76) merupakan penyanyi papan atas syarikat tersebut. Dominasi EMI dan WEA sangat kuat sehingga syarikat syarikat kecil lain terpaksa akur. Sebagai anak muda penulis ketika itu kurang faham tentang MENIAGA MUZIK. Setelah tahu dan faham penulis kini tidak heran lagi dan hanya melihat lagu dan muzik dari sisi yang ada kualiti sahaja. Citarasa rakyat Malaysia juga sangat mudah ketika itu. Berikan saja lagu lagu pop langgam rentak apa pun tidak ada asalkan penyanyinya cantik memikat. Kualiti muzik ketika itu tergantung pada syarikat naugan. Sekiranya EMI atau Wea, rakaman akan hebat kerana prosesnya dilakukan di studio hebat di Singapura.

80an adalah zaman kebangkitan kualiti bunyi. Dominasi papan atas masih lagi dari EMI dan Wea. Ada syarikat syarikat kecil sudah mula menampakan taring mereka. LIFE record antaranya semakin menonjol. LIFE record banyak memasarkan lagu lagu Indonesia dan lagu saduran. Zaman ini menyaksikan datang dan pergi artis artis lelaki dan wanita. Masih dalam suasana perdagangan maka diperkenalkan pelakon untuk menyanyi...walaupun bersuara seperti mesin tebu. Antaranya Noorkumalasari, Dharma Harun Al Rashid dan Azean Irdawaty. Mereka sangat popular. Rosemaria sempat merakamkan dua tiga album sebelum mengundurkan diri, dia tidak ada rupa walaupun suaranya hebat.  Anita Sarawak? Anita yang sudah hadir sejak tahun 70an ketika ini banyak menumpukan pada kegiatan 'go international' Sektor lagu melayu untuk Anita ketika itu tidak ada sebenarnya. Peminat tidak meminati suaranya yang unik dan berbunyi ganas. Penulis jadi hairan apabila ramai mengakui mereka adalah peminat Anita, sedangkan mereka tidak ingat langsung apa lagu hits beliau di tahun 80an. Sahara Yaacob, Azmah Mahmood, Azizah Basri pula merupakan club act yang hebat ketika itu. Sayang rakaman album mereka GAGAL. Tapi mereka juga popular di rancangan rancangan hiburan radio yang dirakamkan secara life.

80an menyaksikan terlalu banyak artis dan penggubah yang datang dan pergi, dan Sharifah Aini masih kekal dengan gelaran biduan negara. Sharifah di akhir 80an mula memilik lagu lagu untuk dirakamkan dalam album, tidak lagi berkonsep POP ROJAK (pop ada, nasyid ada, joget ada dll). Konsep pop rojak sudah mula diketepikan ketika ini. Francisca Peter setelah berpecah dari Rosyton mula menunjukan taringnya. Beliau antara vokalis awal yang dirasakan hebat. Diikuti oleh Sheila Majid yang mula memberikan satu tamparan pada para artis tempatan dengan konsep album terkawal, penampilan yang disusun dan sehingga kini masih ulung apabila kita berbicara tenang konsep holistik beliau sebagai artis. Hebat caranya. Ketika inilah bermula zaman artis dinaugi oleh Pengurus dan buka diuruskan oleh ibu atau ayah mereka. 87 menyaksikan ramai kumpulan kumpulan rock anak muda tempatan. Ada yang menggelarnya Rock Kapak? Yang jelas dominasi Sweet Charity dari singapura dan Blues Gang semakin tergugat. Pendengar diperkenalkan pada kumpulan Headwinds, Search dan Wings. Mereka dipercayai merakamkan muzik di studio secara live manakala kumpulan kumpulan lain menggunakan pemusik professional yang sedia ada seperti Helen Yap, Gary Gideon, Zahid Ahmad dan pemain pemain guitar yang lain. Terlalu banyak kumpulan rock kecil yang cuba mendapat tempat ketika itu, persaingan sangat sengit di hujung tahun 80an. Whitesteel and Rahim Maarof, Ella and the boys, Desire, May dan berapa lagi.  Konsert Rock dan Funfair sangat kerap dan bermaharajalela di Malaysia ketika itu. Sebahagian dari mereka masih kekal sehingga masuk ke tahun 90an.

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now