MAKNYAH DAN MEDIA SOSIAL
Sama seperti manusia lain, Maknyah tidak terlepas dari arus teknologi. Pendidikan yang mereka terima secara akademik sama saja seperti para cisgender. Se awal lewat tahun 80an ramai yang selesa menggunakan komputer dan sesawang media sosial. Jelasnya mereka bukanlah insan dungu seperti yang digambarkan oleh orangramai yang mengganggap bahawa jantina pilihan mereka itu adalah akibat sifat yang kurang bijak.
Media sosial digunakan untuk mencari maklumat, berkenalan, peluang pekerjaan termasuklah untuk hal hal yang nakal sama seperti cisgender juga.
Memasuki alaf baru teknologi semakin canggih dengan hadirnya halaman halaman seperti facebook, Instagram, tagged dan pelbagai lagi halaman yang private. Sebagaimana bijak mereka memanipulasi teknologi, sama juga tuntutan supaya mereka lebih bijak menggendalikan kegiatan mereka dalam media sosial.
Maknyah dilihat lebih 'out in the open' oleh ramai orang kerana mereka berani, seksi dan sangat ke depan dalam hidup. Jenaka dan lingua franca mereka lucu dan memikat. Menjamu emosi 'curiosity' orangramai. Namun begitu jangan lupa ada juga penentang Maknyah yang meluat pada keterbukaan tersebut.
Kebaikan Media Sosial dan Sesawang Internet.
1. Networking atau rangkaian yang membolehkan mereka berhubung sesama rakan sejenis untuk bertukar tukar informasi dan merangka kegiatan mereka
2. Google dan laman carian yang membolehkan mereka mendapatkan maklumat tentang transisi, HRT, teknik berpakaian dan lain lain yang berkaitan dengan kehidupan maknyah termasuk perbincangan tentang SRS dan SOGIE.
3. Ada halaman halaman untuk mereka mencari pasangan hidup atau berhubung dengan lelaki yang meminati dan mencari pasangan Maknyah. Ramai yang berjaya menjalin hubungan yang hebat melalui rangkaian ini.
4. Mereka juga sekiranya kreatif boleh menggunakan media sosial untuk menjual perkhidmatan adaman, kraftangan atau apa apa saja. (menjual perkhidmatan seks melalui media sosial juga ada, tidak akan disentuh oleh penulis hal yang sudah wujud sejak zaman IRC lagi, melibatkan cisgender juga)
5. Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, kecantikan, fesyen, memasak dan apa saja bidang ianya sangat bermanafaat sebagai rangkaian untuk berhubung, memperbaiki diri dan berurusan dengan pihak pihak tertentu.
Pokoknya kebaikan kebaikan di atas sama saja imbalannya pada semua manusia sejagat.
FENOMENA FITNAH DAN MEMBURUKAN MAKNYAH
1. Sudah menjadi resam oleh para homophobia. Mereka akan mencari jalan untuk memalukan kamu Maknyah seboleh mungkin
2. Iklan iklan yang sengaja menggunakan Maknyah (tidak siap, maknyah buruk, maknyah mental dll) dengan tujuan melariskan produk kecantikan dalam sesawang internet.
3. Ruang ruang agama yang sengaja membincangkan tajuk Maknyah masuk neraka, tentunya mendapat sambutan ramai.
4. Pemilik pemilik halaman yang terdesak mahu menjana like dan tumpuan iklan kerap menggunakan Maknyah sebagai objek sasaran mereka. Halaman mereka digarap begitu rapi supaya berbunyi mulia dan tinggi moralnya, sambil menghina objek yang satu ini. Bercerita tentang hidayah, neraka dan lain lain yang bersangkutan akidah.
5. Masyarakat biasa gemar pada kisah kisah begini. Kisah kisah aib perilaku maknyah. Maka berbondong bondong manusia cisgender yang sememangnya benci akan mencurahkan kata nista dan kata kata keji dan geli pada kaum Maknyah. Ruang komentar mungkin ruang mereka untuk melepaskan geram.
YOU ARE READING
CONVERSATION
DiversosConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...