BIMBO

38 1 0
                                    

Bimbo adalah sejenis label yang menghina. Mula digunakan sejak tahun 1920 di Amerika Syarikat.

an attractive but empty-headed young woman, especially one perceived as a willing sex object.

Kalau dalam bahasa Melayu ada pepatah mudah BUNGA DEDAP. Cantik bunganya tetapi tidak berbau. Sungguhpun merah berbau tidak.

Menjulang kata bahawa hidup ini bervariasi, tidaklah kita dapat lari dari bertemu insan insan bimbo. Memudahkan kisah yang lelaki juga ada digelar HIMBO.

Kata nista apabila geram pada manusia yang tidak mahu berfikir jauh, hanya berfikir tentang keseronokkan dan hal hal menawan kalbu sahaja. Tidak kiralah dia cantik atau tidak. Sering dipaparkan dalam layar lebar untuk mengimbangkan watak antagonis dan protagonis. Bimbo digambarkan berambut merah, menggoda dan bersuara seperti tikus gatal, dalam mana mana budaya sekalipun. Mementingkan hal hal pameran fizikal dan jenama selalunya.

Bimbo akan cepat lelah apabila diminta berfikir lebih jauh lagi apabila masuk dalam sesuatu isu. Dia akan merenggek renggek manja tidak mahu dan menggunakan kuasa wanita untuk mendapatkan sebarang kemahuan dalam hidup atau tidak segan silu meliuk liuk agar nafsu jantina lawan akan malu alah. Bimbo adalah penawar untuk sesetengah golongan yang mahu menggunakan mereka secara apa sekalipun. Mereka ada sebagai penyeri pastinya.

Bimbo selalunya terarah pada hal hal hiburan, ratu cantik, dunia dunia glamour. Tidaklah adil apabila kita mengatakan semua perserta ratu cantik itu bimbo. Bukan, bukan semua begitu meskipun pada hakikatnya bergaya seperti bimbo itu penting dalam melepaskan diri dalam suasana tertentu. Bimbo kalau di negara barat digambarkan sebagai berambut blonde, berdada mekar dan berbaju selalunya seperti orang tidak cukup kain.

Di negara Malaysia sekali sekala akan wujud ruang untuk bimbo. Cantik jelita dan apabila ditanya banyak akan merasa dirinya hebat. Sedangkan orang yang mendengar hanya ternanti nanti waktu untuk ketawa. Padahal mereka tahu tentang simbol bimbo yang terpampang di wajah personaliti tersebut. Jangan risau, semua negara ada bimbo mereka tersendiri. Seperti yang dikatakan mereka adalah penyeri hidup manusia.

Apakah kita terlalu serius? 

Mungkin juga kita dengki pada tahap pencapaian duniawi para bimbo? Ini antara soalan yang harus kita tanyakan secara serius pada diri sendiri. Penulis sebagai seorang transwoman sering melihat fenomena ini secara dekat. Penat kamu mendengar rintihan mereka mahu cantik dan mahu bertetek besar. Para mak nyah bimbo yang mencuba berat untuk tampil ke depan, tidaklah kita mahu mempertikaikan kredibiliti mereka, namun mereka harus tahu bahawa tampil ke depan dan berbicara di hujung harinya akan melibatkan banyak hal. Pertikaian, persoalan, kutukan dan pelbagai reaksi lagi. Para wanita muslimah juga tidak kurangnya mempamirkan sifat sifat bimbo dalam berbusana, ramai. Terlentik lentik memuat naik video mereka di laman internet. Entah apa yang mereka katakan Wallhaualam.

Bimbo mungkin mampu menarik hati si himbo? Tidak juga, para bimbo ada waktunya didambakan sebagai penyeri hidup. Ada lelaki yang mahukan bimbo kerana memikirkan bahawa mereka ini mudah diuruskan. Berikan mereka cukup wang dan hal hal duniawi, mereka akan puas. Tugas mereka hanyalah untuk tampil cantik dan bergaya sebagai halwa pada nafsu nafsu manusia.

Hari ini kamu para wanita cis dan transwoman diminta berfikir. Ingat, tidak ada salah atau benar dalam penentuan imej ini. Apa salahnya kalau menjadi bimbo kalau kamu menghiburkan dan membahagiakan. Penampilan kamu sahaja akan merawat banyak hati hati yang gundah katakan...? Boleh? Apakah selama ini kamu menggunakan kuasa kamu untuk memutlakkan segala impian kamu di dunia ini secara acah acah bimbo? Hubungan kamu dengan pasangan, perhatikan... apakah dia lebih senang kalau kamu itu wanita bimbo? Ya, ramai para bimbo jadi perhiasan pada manusia manusia berjaya. Bimbo kalau kena gayanya pasti berjaya!

Jangan ditanya apa pendapat penulis tentang BIMBO. Penulis sejak dahulu merupakan manusia yang serius, jatuh dalam kancah dunia hiburan dan saban hari melihat tingkah bimbo teman teman. Jadi tidaklah adil untuk penulis membuat sebarang penilaian.

Bimbo atau tidak terpulanglah pada tuan punya badan. Kalau dikutuk jangan marah ya....! Orang yang cantik atau seksi tidak semestinya bimbo. Kenali dulu dan lihat sifatnya....

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now