SIAPA APA BISEK?

111 4 3
                                    


adjective1.sexually attracted to both men and women.noun1.a person who is sexually attracted to both men and women

Setakat itu sahaja penerangan yang sedia ada dalam kamus moden, apabila kita membicarakan tentang bisek. Bisek yang telah dilihat ujud dalam kehidupan MANUSIA dan  BINATANG melalui catatan sejarah. Kata kerja dan kata nama ini telah dirangka sejak kurun 19 lagi.

Ianya melibatkan tarikan romantik dan seksual manusa apabila berhubung. Memasuki alaf baru yang lebih rumit dan berlapis lapis ianya menjadi semakin sukar pastinya. Penulis tidak pernah menemui jawapan yang pasti apakah itu BISEK? Sebagai Transwoman yang sudah mengerti apa itu SOGIE dan pengertian bahawa manusia apabila memasuki hal hal seksualiti akan menjadi sedikit MALU, RAGU, TIDAK BERTERUS TERANG akibat pembentukan sosial atau akibat sifat peribadi mereka.

We do not talk about sexuality out of no reason, unless it is for medical purposes.

Apa dia sebenarnya???

1. Berkahwin dan masih melanggan pekerja seks maknyah?

2. Berkahwin dengan wanita tapi masih merindui pasangan gayboy?

3. mengaku biseks apabila tertangkap oleh penguasa pemerintah?

4. mengaku biseks apabila terbongkar sejarah lama kamu?

5. biseks sebagai lesen untuk berpeleseran secara seksual akibat teruja? 

6. membernarkan atau memaafkan keadaan hanya kerana dia biseks?

Tanpa mahu menjual nilai, penulis merasa amat keliru sewaktu membesar dahulu, lantas apabila dewasa menganggap ianya adalah sejenis ORIENTASI SEKSUAL. Dia suka begitu, dia mahu begitu, dia lebih ghairah begitu dan dia mahu dan boleh begitu..tanpa merujuk pada jantina binari (sewaktu dilahirkan)

Masih lagi hal yang taboo dan tentunya jarang diperbualkan.

Para wanita binari pasti akan lebih keliru apabila mendengarkan tentang hal ini. Harus ingat, penerangan tentang biseks dalam KAMUS dirangka oleh manusia cisgender. Tentulah mereka mengukur mengikut acuan mereka sahaja. Dimudahkan kisah biseks itu mereka anggap sebagai manusia yang bergender fluid. Boleh saja melakukan aktiviti romantik dan seksual dengan dua dua jantina.

1. maknyah yang berkahwin dengan perempuan? (tak kira setelah atau sebelum insof)

2. lalaki yang berkahwin dengan perempuan akibat desakan masyarakat?

3. Perempuan yang bernafsu pada prempuan tapi terpaksa kahwin dengan lelaki

4. Lelaki yang tidak tertarik pada perempuan tapi hanya pada shemale atau gayboy?

Semakin memeningkan bukan?

Ramai yang menggunakan terma Biseks untuk menjelaskan tentang kegemaran mereka untuk pergi lebih jauh seperti seks bertiga...(tiga tiga berorientasikan seksualiti yang berbeza). atau mungkin juga untuk memudahkan diri tanpa rasa segan dan malu, kata kata "saya biseks" adalah untuk memastikan dirinya tidak dihantui rasa bersalah.

Rata rata lelaki yang mengakui biseks (adalah lembut, gay atau aneh penampilannya).

Sebagai Transwoman tradisional, saya menggambil langkah untuk pura pura faham fenomena biseks ini atas dasar HORMAT. Saya masih tidak faham, kerana Biseksual A mengata itu, Biseksual B berfalsafah lain manakala Biseksual C pula menterjemahkannya lain. 

Yang paling JELAS masing masing mahu mencari PENGUKUHAN supaya tidak dihantui rasa bersalah di dalam masyarakat yang tentunya akan menghakim. Akhirnya kita tidak menemui jawapan pasti apakah itu Biseksual dan membuat andaian sendiri sendiri.

Biseksuallah sangat demi maruah?

Ada pula yang mengatakan,"i am bisexual actually but i am with feminine traits"

"I am bisexual but i prefer guys la...."

POKOKnya TIDAK ada penerangan pasti pada fenomena ini....

Buat teman yang keliru, buat para isteri yang terkejut, buat kekasih yang merasa tertipu apabila rahsia terbongkar... apakah ianya akan menjadi kenangan buruk pada kamu kerana kamu seorang Heteroseksual??

Jangan tidak tahu ada orang yang KINKY sifatnya...dia suka mencuba sewaktu muda dan mula memilih mana satu dia selesa apabila dewasa dan matang. Dia bukan biseksual.

Ada yang sangat PENTING DIRI apabila memasuki bab seksualiti...ini citarasa aku, aku akan terus begini...ya aku biseksual katanya...walaupun seumur hidup hanya berkepit dengan satu jenis jantina sahaja.

Ada yang mengatakan Suami Angkat para Maknyah adalah biseksual...

Owh semakin PENING.

Jelasnya sehingga kini tidak ada PENERANGAN PASTI apakah itu BISEKSUAL.

Bagi orang seperti Penulis...yang berjantina TRANSWOMAN berotak kampungan dan tradisi, saya hanya mampu bersama Lelaki Straight sahaja.

Lantas ditanya pula..."APA MASIH ADA LELAKI STRAIGHT SEKARANG????"

Sungguh pening memikirkannya bukan????


CONVERSATIONWhere stories live. Discover now