KENAPA JAMILAH DISUKAI RAMAI
Dia orang utara yang sederhana, dikurniakan deria memerhati sejak kecil, tidak secantik mana, tetapi orang merasa senang apabila kenal dengan dia, ramai yang merasa lega bila berdampingan dengan dia sejak dia remaja sehinggalah kini, bertudung polos apabila memasuki usia 45 tahun. Mengahwini lelaki biasa, bekas kerani pejabat yang gigih berusaha, hingga naik pangkat. Dia sendiri berhenti kerja setelah melahirkan anak pertama. 4 anak anaknya berbudi bahasa tinggi. Kepada 2 anak perempuannya dia menurunkan ilmu bagaimana mahu menjalani hidup dan disenangi orang sekeliling.1. Bersangka baik pada sesiapa sahaja yang tampil dalam hidup. Tidaklah bermakna menerima semua manusia secara bulat bulat. Kita tidak akan tepat membaca rupa paras orang sahaja. kita pun tak tau apa yang sebenaqnya, jadi untuk elak dari berkerut dahi kita sangka baik baik sahaja pada sebarang keadaan.
2. Menghormati orang yang lebih tua, dari mereka kita menceduk segala pengalaman, secara langsung atau tidak. Orang tua tua ada cara mereka memberi nasihat dan panduan. Bukan kena bagi duit kalau takat ucap terima kasih, salam tangan dan tahan telinga. Memang bosan, tapi esok tua tua baru rasa ilmu orang tua tua tu semua.
3. Latih senyum depan cermin. Bukan senyuman ratu cantik. Tapi cukup sekadar senyuman yang tidak kelat atau palsu. Bila senyum, muka yang tak berapa lawa pun nampak manih. Sewaktu senyum berniat dalam hati, "semoga dipanjatkan siratulrahim yang baik baik"
4. Terima segala hal hal dan berita buruk. Contohnya: kata kata nista, kematian, salah sangka, fitnah dengan aman. Bergembira seadanya, bersedih pula jangan sampai seperti dunia akan kiamat esoknya.
5. Memperuntukkan waktu untuk mendengar keluh kesah teman teman. Kalau kita boleh tolong kita tolong, tak boleh cukup sekadar mendengar. Tamatkan dengan cepat sekiranya ia berbentuk hasutan atau umpatan. Ada manusia yang hanya memerlukan telinga kamu untuk dia meluahkan perasaan sahaja.
6. Manusia macam macam. Ada yang biasa biasa saja, ada yang tidak sama dengan kita lansung. Semua kena hormat, semua tuhan yang jadikan, sebab mereka juga orang. Kita tak faham kita duduk diam diam, kalau rasa nak tau juga tanya pada orang yang kamu percaya. La ni senang google saja, ada dua tiga atau lebih penerangan.
7. Jalan jangan seret kaki. Ha ni tak ramai yang tahu. Seret kaki lambang wanita pemalas, pemarah, penting diri dan tidak tegas dalam hidup, yang ni tokwan perturun kat mak. Lelaki tak suka wanita yang suka seret jalan seret kaki. Lainlah kalau dia sakit atau cacat.
8. Jangan mengata pada kekurangan orang, sat lagi orang suruh kita tengok cermin susah, ramai orang suka ketawa pada orang lain, tapi terlupa melihat diri sendiri. Kita pun demi kekurangan bersiap siaplah seadanya. Toksahlah lebih lebih, nanti makan diri, orang gelak sebab tak sepadan depa kata. Ikut mampu diri bila bersiap.
9. Ringan tangan. Bukan untuk jadi hamba. Tapi untuk kepentingan hidup dan rumahtangga. Tak tau boleh belajaq benda ni. Tolong orang kenduri kendara, tolong mak bapak, tolong kawan kawan takat mana mampu. Belajar resepi kalau suka makan, ringan tangan bila di dapuq. Dok tak duduk ilmu mai macam tu saja.
10. Takut pada tuhan. Bila kita takut pada tuhan, segala benda elok elok akan jadi dalam hidup kita. Kita tau mana yang boleh mana yang tak boleh. Niat apa dalam hidup. Orang macamana kita nak kongsi hidup. Nafsu macamana kita nak jamu dalam hidup.
"Hang ni milah awat tak buka kedai makan? Masak sedap, senyum manih, duduk dengan hang rasa tak serabut, tak reti nak mengata kat orang atau marah marah pada dunia," ujar teman teman selalunya.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...