BILA BERHADAPAN MANUSIA SEHALA...

12 2 0
                                    

Kamu sudah tahu ciri ciri manusia sehala sebelum ini...semak dan baiki dulu diri kita samada kita juga jatuh dalam kategori yang sama. Selesa kerana semua laluan kita mudah akibat sifat tegas kita, autokratik tanpa sedar kita...atau kita sedar tapi memikirkan ianya adalah kemestian.

"i kat tempat kerja memang gitu...kalau tak buat gitu, nanti kerja dorang tak jalan"

atau apa sebaliknya....?

BAGAIMANA MENANGANI MANUSIA SEHALA?

1. Berterus terang, aku tidak mahu ada apa apa dengan kamu, kamu bukan boleh dibawa berbincang. Dengan harapan dia pulang dan kaji diri setelah beberapa orang mengatakan hal yang sama.

2. Berpura pura sibuk dan tidak ada waktu, kamu bergegas kerana kecemasan.

3. Tidak memberi nombor talipon kamu, kalau perlu sekalipun berikan digit yang silap di hujung nombor penuh.

4. Diam sewaktu mendengar hujah hujah sekiranya telinga dan badan kamu mampu, dia mungkin memerlukan manusia untuk menjadi penonton.

5. Bersetuju sahaja pada apa yang dikatakan supaya masa cepat berlalu. Itupun sekiranya kamu mampu.

6. Tidak mahu ada sebarang hubungan dengan manusia sehala seperti ini.

Ini merupakan satu penyakit manusia, tanpa mereka sedari. Manusia yang tidak yakin pada langkah langkah yang akan mereka ambil tetapi bersifat angkuh dalam waktu yang sama. Degil. Nafsu mereka seolah memanggil manggil untuk menambah yakin keadaan mereka yang goyah dengan menggunakan telinga dan masa orang lain.

Manusia jenis ini tidak berminat mahu tahu apa perkembangan dengan manusia yang lain. Dia tidak tahu pun latarbelakang kamu, pencapaian terbaru kamu, dia tidak berminat. Jadi apakah kita mahu bersama dengan orang sebegini? Ada yang sanggup belanja kamu minum minum di tempat mewah, kerana mahu kamu mendengar, mendengar sahaja ya, sehala tanpa imbal balik, terbaik dan mengiyakan saja atau memBENARkan apa saja perilaku mereka.

Penulis berpendapat, sekiranya kamu prihatin pada pesakit satu hala ini, terus terang pada dia. Huraikan sifat sifatnya itu, supaya dia pulang, berfikir dan menjadi manusia yang lebih baik dan peka bahawa dunia tidak hanya berputar hanya untuk dia sahaja. Kalau tidak selesa juga, berikan nombor talipon yang silap sekiranya diminta. (jangan heran, orang sebegini akan menalipon kamu dinihari untuk mencari telinga yang mendengar).

*artikel ini ditulis apabila penulis baru saja ditarik secara paksa oleh kenalan lama yang mahu berkisah tentang dirinya dan keluarga, dia sedang depressi, yang anehnya walau kenal lama dia tidak tahu langsung perkembangan, latarbelakang penulis dan di mana penulis tinggal walaupun sudah kenal lama. Penulis telah memberi nombor talipon tipu selepas bersalaman meminta diri menipu ada kecemasan.

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now