SETELAH HIDUP BERSAMA

76 4 2
                                    


Bukan main lagi. Bagai nak rak mempertahankan cinta dan kasih sewaktu asyik masyuk dilambong cinta. Tidak kiralah samada kamu cisgender atau insan ke tiga atau apa sekalipun. Hingga ke duanya berjanji mahu bersama. Selama lamanya you... Hingga ke Jannah katanya dalam ungkapan yang agak fong fong.

Sayang lemak buah bidara, sayur selasih hamba lurutkan, tingallah emak tinggal saudara, kerana kasih hamba turutkan.... bukan main lagi ya?

Maka yang single dan tidak laku mula menelan air liur. Resah rasanya seolah olah menjadi manusia yang tidak lengkap bila tidur bersendirian. Kasihan.

Banyak dugaan apabila hidup bersama. Semua ini didengari dari lapuran rasmi dan tidak dari teman teman yang sudah melaluinya. BUKAN NIAT mahu menakut nakutkan kamu, tetapi mahu kamu berfikir, meneliti dan membina semangat MENERIMA MANUSIA seadanya dalam hidup. Jangan tidak tahu, ramai yang gelisah walaupun sudah mengungkapkan kata,"apa nak buat i terima dia sebagaimana dialah....". Rungutan dibuat dari masa ke masa tanpa sedar.

Apa yang selalu dikesalkan? Bukankah dulu kamu berdua bermatian mempertahankan hubungan ini? Si lelaki berusaha keras, si wanita mati matian mengatakan ex bf suka stalk fb dan macam macam lagi... Pokoknya cinta kamu berdualah yang paling HEBAT setanding filem filem cinta di layar perak bukan?

Tanpa sebarang merit izinkan mama menyenaraikan kekesalan mereka:

1. Kemaluan lelaki yakni zakar kecil dan tidak memenuhi si isteri yang jalang kuda sebelum berkahwin. Atau Vagina yang tidak sihat sang isteri.

2. Isteri penat mahu melayan suami yang kemahuan seksnya bagaikan arnab berjiwa harimau, hari hari mau...

3. Sakit sakit kronik pasangan: Jantung berlubang, kencing manis, tiba tiba lumpuh dan macam macam, walaupun kita mengatakan sakit demam itu urusan Tuhan, ada pasangan seolah olah kesal dalam menghadapi hal hal sebegini.

4. Personal Hygiene pasangan. Berak tak tau nak flush, baju bertapok tapok kerana penat bekerja dan rumah tangga dan dapur yang kotor tidak terurus akibat sifat malas masing masing yang tidak tahu membantu. Kentut yang tidak dijaga, dijadikan jenaka pula.

5. Ibu mertua salah satu yang sering menganggu gugat rumah tangga. Sehingga menimbulkan bercana dan pertengkaran dalam rumah tangga. Tambah tambah si ibu yang masih gagal untuk move on, seolah olah kamu merampas anak lelakinya...gangguan kewangan dari keluarga mertua juga ada dirungutkan.

6. Pasangan yang bertukar menjadi pendiam, kerana merasa tercabar kerana kamu rupanya bijak dan pandai berkisah tentang hal semasa. Dia mahu kamu manja manja dan menyerah seolah manusia bodoh. Kalau dahulu dia bangga dengan kamu kerana kamu kelihatan bijak dari orang lain, kali ini dia BENCI kerana kamu itu hanya pasangan dia. Ya manusia begini ada.

7. Sering membanding bandingkan kamu tanpa sedar. Makanan, jagaan rumah tangga dan termasuk hal hal seksual dan rupa paras. Walaupun komunikasi sudah dijalani dia tetap begitu dan hanya sesal bila ditegur, esok dia ulang lagi.

8. Setelah bersama sama selama lebih dari 3 tahun, dia menemukan hobi baru. Hobi yang kamu tidak mampu untuk ikut serta (sebagai suami atau sebagai isteri). Sekali dua kamu dengan sporting mengatakan okay. Tetapi lama lama seperti manusia lain terlupa pada rasa nafsu tamak dirinya... kamu tidak dipedulikan lagi.

9. Politik, Agama dan cara hidup. Tiba tiba dia mula menetapkan bentuk keluarga yang sedang berjalan. Selaras dengan pemahaman dia. Tidak kira apa bentuk sekali, hal ini ada yang menimbulkan perbalahan. Parti mana pilihan dia harus jadi pilihan kamu juga. Dia gemar bercerita tentang hal hal politik dan agama dengan penuh yakin. Sehingga kamu merasakan kamu berkahwin dengan salah orang dan tidak kenal dia lagi. Ya ramai mengadu hal ini.

10. BERPINDAH HATI. Mungkin bosan dan merasa masih ada waktu untuk mencekau bahagia lain yang mungkin lebih indah. Tidak kira si lelaki atau si perempuan, ianya boleh berlaku pada dua dua pihak. Tidak pula dinyatakan, sehingga menghiris hati salah satu. Kalau dinyatakan sekalipun ianya akan menghiris hati. Membuatkan kamu merasa sesal setelah berkorban dan menukar gaya hidup dan bertukar fizikal akibat pelbagai hal yang ditanggung sewaktu bersama. Jadilah kamu manusia yang pedih pedih pahit sambil menangani kekecewaan.

Begitulah antara hal hal yang terjadi setelah bersama. Kamu bersedia? Ada orang tidak kisah lagi apabila masuk ke peringkat pertengahan perkongsian hidup. Ada yang tidak bertegur sapa lagi kerana meluat tetapi meneruskan kehidupan. Ini belum lagi kisah si suami rupa rupanya kaki pondan. bagaimana kamu mahu menangani ini semua? Suami yang mahu kawin lebih kerana mahu membantu wanita lain, kerana saranan guru agama? Difikirkan kembali hidup hanya sekali, kamu juga mahu mengklaim bahagia kamu bukan? Bagaimana agaknya mahu ditangani ini semua?

Ada orang mengatakan bahawa ini semua adalah TAKDIR dan didakap dengan penuh redha. Kamu mampu? Penat tau hidup kalau jiwa dan hati tidak tenang.

Dalam artikel artikel sebelum ini sudah kita sentuh hal hal sakit apa orang kata, mendakap diri dan penentuan hidup. Segalanya terpulang pada kamu. Tidak guna kalau kamu meluahkan pada laman sosial atau medsos pada hal hal kemarahan, perli perli pada kesetiaan atau apa apa, padahal jawapan sebenar ada dalam diri kamu sendiri.

Kamu yang penakut, kamu cari salah siapa? 

So, yang single single tidak laku... kamu bagaimana? Masih terkilan? Entah entah TUHAN sudah merancang supaya kamu tidak kecewa di masa akan datang. Mampukan kamu berdamai diri? Atau tenang sambil sambil menanti JODOH yang tidak semberono walaupun kamu sudah menggurangkan tahap piawai pasangan kamu nanti...

Berkasih bercinta dan bermimpi memang indah. Namun perhubungan yang baik menuntut pemahaman, bijaksana, timbang rasa dan baik pulih yang sama sama dijinjing dari waktu ke waktu.

SELAMAT BERCINTA SAYANG.....


CONVERSATIONWhere stories live. Discover now