"Aiyo...apa tu?" Tanya Kak Zah secara naif
Kata nama mengenai kegembiraan, seronok, ringan bahu dan badan, kesyukuran, rasa rasa enak dalam diri, cheerfuless, joyfulness, senyum sampai ke telinga, damai dan relak. Bahagia seperti penamat dalam filem filem indah.
Itulah yang kita ingin capai. Sayangnya, bukan semua kita mampu mencapai tahap yang kita impikan. Ada yang beroleh mudah, ada yang berusaha keras, ada yang bermati matian mahukan kebahagiaan dalam hidup.
TIDAK SALAH berusaha untuk mencapai bahagia. SALAH pula sekiranya kita mengambil langkah langkah berani mati yang bodoh, membabi buta dan saggup pula menanggung risiko terang terangan apabila mencari bahagia.
Artikel ini ditulis atas kesedaran bagaimana teman sendiri, selama ini mereka cipta lingkaran bahagia dirinya. Teman transgender yang sedang keliru, terlebih wanita dari wanita, yang pada awalnya dicemburui oleh teman teman. Masing masing menyangkakan bahawa dia sedang bahagia. Kini teman teman sudah mula naik risau, melihat segalanya jadi tunggang langgang di media sosial.
Dimuatnaikkan gambar hospital. Tangan yang digaris garis dengan pisau tajam dan macam macam lagi. Sehingga ada teman teman yang sudah angkat tangan setelah cuba menasihati dirinya.
BAGAIMANA DIA MEREKA BAHAGIA?
1. Menjerat pasangan dengan $$$ dan mereka hidup seperti suami isteri
2. Menjalani kehidupan dengan muatnaik di media sosial sebagai isteri isteri biasa
3. Mempamirkan kemesraan melalui gambar gambar sewaktu bercuti
Rupa rupanya hanya ketika bercuti dia dapat bersolek dan berdandan sebagai wanita. Hanya mereka yang rapat dengan dia sahaja yang tahu, profession beliau tidak membenarkan dia untuk hidup sebagai wanita 24/7.
Itu antara kisah benar yang dilihat sepanjang 5 tahun, sehinggalah ada kejadian di mana suami upahan tersebut mula jatuh hati dan beralih arah pada wanita cisgender lain. Beliau cuba juga memancing drama dalam medis sosial. Percubaan percubaan bunuh diri tentulah akan mendapat perhatian dari teman teman, setelah dua tiga kali, teman teman yang tahu mula buat tidak ambil kisah lagi.
Bahagia wahai pembaca sekelian tidak datang dengan mudah. Lain orang lain resepi memburu bahagia. Namun begitu ada dua tiga panduan asas yang boleh kamu ikuti. Kita sudah berbicang tetang hal ini sebelumnya.
1. Bersifat TELUS pada diri sendiri. (jantina, seksualiti, fizikal diri dan hal hal diri sebenar)
2. Jangan membeli orang dengan apa cara sekalipun (ugutan, umpan, desakan, manipulasi) jangan sekali kali.
3. Dakap diri dan sayangi diri sebaik baiknya. Tanya diri, Bahagia apa yang dicari? Adakah bahagia yang mudah mudah? adakah yang hampir mustahil? adakah untuk diri? Adakah untuk pameran?
4. Rasa dan suasana bahagia yang tidak ada JANGAN sekali kali digembar gemburkan. Ia akan memakan diri.
5. Cerita bahagia yang sudah TAMAT harus diredhakan. Fikiran harus melihat ke depan.
6. Berhiburlah dengan bahagia bahagia kecil yang sedaya mampu. (konsert? jumpa teman baru? Mengenali manusia lain? Bercampur dengan teman teman? Kerja kerja amal? atau apa sahaja).
7. Latih diri untuk menikmati alam dan hubungan sesama manusia walau bukan untuk hal hal romantik, seks atau yang berbentuk nafsu.
8. Dekatkan diri ada Pencipta dengan penuh keinsofan kalau perlu. Pohon dari dia.
9. Kurangkan kebergantungan pada manusia manusia lain untuk hal hal bahagia.
10. Jangan sekali kali MENGHINA DIRI.
Setiap satu di atas ada pecahan pecahannya. Kamu sebagai manusia harus bijak untuk mengenali kehidupan sebenarnya. Membandingkan diri dengan orang lain sambil menelan air liur itu jangan sekali kali. Usaha dan kemampuan kita sesama manusia tidak akan pernah sama.
Belajar menikmati rasa bahagia yang hakiki.
"Apa dia? hakiki apa?" Soal Kak Zah lagi...
Dalam kita memburu bahagia, ada hal hal hakiki yang harus kita ingat, manusia akan berubah, citarasa juga berubah, alam jangan kita abaikan, amal ibadat hidup (bukan agama sahaja) kita lupa kerana terlalu beracuankan cinta cintan cintun yang kita kutip dari novel, filem cinta yang membuai.
"Bahagia? Bahagia hang macamana?" Tanya Kak Zah lagi...
1. dikurniakan kesihatan dan akal yang baik
2. menikmati alam dan kurniaan DIA dengan penuh rasa syukur
3. memberi kasih sayang pada manusia terdekat.
4. Damai menjalani hari dan tahu mempertahankan diri
5. Lega jiwa dan hati dan boleh melelapkan mata sambil berdoa pada esok yang lebih bahagia.
Jadi jangan cari jalan pintas bahagia sayang, lihat dan gunakan akal fikiran kurniaan ILLAHI. Reka mereka ini tidak kemana mana. Manusia akan cepat bosan, begitu juga kamu, sekali kamu reka dua tiga kali mendatang harus kamu reka lagi. Tambah tambah dengan otak cetek kamu yang mahu menjana perhatian, mahu dipuja puji itu...Sedihnya kamu yang tanggung sendiri.
Bahagia tidak akan datang sendiri, jika manusia tidak mencari bait bait lagu lama. Tentu sahaja kita berusaha, tetapi USAHA YANG REALISTIK.
*Hari ini aku melihat muatnaik gambar di ward psikitri... dengan ungkapan: Doktor kenapa ada jaringan di tingkap ini...aku mahu terjun, aku mahu bebas di dinding facebook kenalan ku itu...dia lupa dia sudah mereka bahagia awal, dan kisah tidak jadi itu ada sebab sebabnya... dan sifat dominan dalam perhubungannya sudah tidak laku lagi... orang lain sudah ke mana mana, kamu? Diselubungi resah hati, keliru, keliru jantina dan apa dia?
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...