OBSESSIVE COMPULISVE DISORDER.
OCD adalah kecelaruan kendalian obessif yang bertapuk tapuk/berulang ulang.Obsessive-compulsive disorder (OCD) is an anxiety disorder in which people have unwanted and repeated thoughts, feelings, ideas, sensations (obsessions), or behaviors that make them feel driven to do something (compulsions).
Antara contoh contoh:
- tangan dicuci cuci dan dicuci berulang
- kunci rumah diulang ulang semak takut terlupa
- dapur dilap lap sehingga cuci calat
- vakum dan sapu berulang ulang atas alasan mahu bersih
- karpet di susun tarik bila terlari letak duduk
- pakaian diwajibkan ikut arturan warna dan skim aturan lain
- termasuk pemikiran dan pertanyaan yang berulang ulangOCD bunyinya lucu bila dibincangkan, tapi sifat itu akan mengakibatkan pergolakan sosial berat dalam hubungan manusia. Pengidap OCD sukar bercampur, beriadah sesama orang lain dan akan kelihatan pelik dalam jangkawaktu panjang, meskipun dari kaum keluarga sendiri.
Jangan risau ada perubatan untuk hal OCD. Kamu buat sementara waktu boleh melayari fb Muhammad Al-Fatih untuk mendapatkan info tentang ocd.. encik talhah bekas ocd dan sekarang buat kelas kaunseling
Kamu jangan fikir OCD itu hanyalah sakit obsesi mahu cuci cuci dan mengemas rumah sahaja atau cerewet tentang perilaku orang dalam rumahtangga, ianya lebih dari itu sehinggakan melewati hal hal emosi dan kawalan di tempat kerja.
PERBEZAAN OCD DAN OCPD
Dengar aje perkataan OCD, ramai yg menganggap sebagai seorang yg memiliki sifat a.k.a penyakit yang membuatkan orang itu sangat mementingkan kesempurnaan, sangat teliti, rapi, kemas, tersusun, terlalu pembersih dan terlalu cerewet. Tanggapan ini sebenarnya adalah salah.
OCD dan OCPD (Obsessive Compulsive Personal Disorder) adalah 2 hal yg berbeza. OCD adalah Anxiety Disorder, manakala OCPD adalah Personal Disorder (lebih kepada keperibadian yg perfectionist). Memang sukar untuk memberikan perbezaan yg tepat antara kedua-dua disorder ini. Ada yg menyangkakan mereka mengalami OCD sedangkan mereka bukan penderita OCD, tetapi mereka
adalah penderita OCPD.Secara ringkasnya bolehlah dihuraikan seperti berikut:
OCD lebih kepada melakukan ritual-ritual yang berulang-ulang seperti membasuh tangan, kerap mandi dlm waktu yg lama, memeriksa sesuatu seperti kunci kerea atau tombol pintu dan suis berkali2, dan membetulkan susunan yg sama berulangkali jika tersenget sedikit, dengan kadar teruk dan penderita merasa sangat tersiksa dgn ritual ini, mereka tahu ritual ini tak sepatutnya dipatuhi oleh mereka, tetapi mereka TIDAK MAMPU untuk menanganinya.
OCPD pula tidak terlalu obses dgn ritual2 berulang-ulang ini, mereka lebih cenderung kepada "perfectionisme", dalam mengatur kehidupan, mereka sangat rigid dan ketat dengan peraturan yg tertentu, dan sentiasa merasakan segala sesuatu perlu dilakukan dengan berjadual, teratur dan sempurna. Dalam fikiran mereka sentiasa DIHANTUI tentang jadual2 dalam kehidupan semenjak bangun tidur hinggalah masuk tidur. Malah ada yg mampu membuat budget untuk setahun! OCPD tidak merasa terseksa dgn segala ini malah merasa perlunya berkelakuan seperti ini supaya hidup mereka teratur, sempurna dan selamat. Apa yg menjadi masalah ialah tidak semua yg dirancangkan akan berlaku tepat seperti yg dirancangkan, maka OCPD akan mudah marah. (kelihatan sensitif) , dan selalu mengambil masa untuk memikirkan semula segala apa yg telah mereka lalukan tadi samada betul atau tidak, dan sentiasa ,mencari hujah atau idea terhadap "mengapa perkara yg didapati tidak sempurna tadi berlaku' supaya mereka dapat kembali merasa aman.
Tidak dinafikan pula bahawa ada sesetengah individu yang memiliki kedua-dua OCPD dan OCD.
Secara amnya, yg diketahui umum sebagai keperibadian OCD yg sentiasa kemas, teratur, pembersih, rapi, bilik dan rumah teratur bersih itu sebenarnya adalah OCPD, BUKAN OCD.
Penderita pula OCD tidak teratur, tidak rapi atau tidak kemas keadaan diri dan persekitaran mereka. Selalu disalah anggapkan sebagai PEMALAS. Penampilan mereka sering nampak berserabut dan cemas. Malah persekitaran mereka lebih berselerak, kotor dan bersepah kerana mereka sebenarnya merasa geli atau takut tangan dan badan mereka akan kotor jika mereka mengemas, membasuh dan menyusun persekitaran mereka, Mereka lebih tertumpu kepada ritual2 berulang2, BUKAN KERANA MEREKA PEMBERSIH, tetapi "TIDAK MAMPU MERASA BERSIH DGN SEKALI BASUH". Mereka tidak pedulikan persekiratan rumah atau bilik mereka, mereka hanya pedulikan "keinginan ritual' mereka sahaja. Mereka lebih obses kepada BUKAN BERSIH tetapi adakah BERNAJIS, BERKUMAN, BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT, ADAKAH TIDAK SAH, dan semua ini lebih tertumpu kepada tubuh badan mereka sahaja, BUKAN BARANG MATERIAL.
Mereka memang ada keinginan untuk mengemas dan membersihkan persekitaran mereka yg berselerak dan bersepah, tetapi merasa SANGAT BERAT dan SERING BERTANGGUH kerana mereka tahu mereka akan mengambil masa yg sangat lama dan tersiksa jika mereka mula mengemas atau membersihkan barang material. Kerana itu mereka lebih rela membuang kasut yg dikhuatiri terkena najis, daripada mencuci atau menyamak.
Oleh itu, jangan di SALAH ANGGAP jika mendengar sahaja perkataan OCD, bermakna orang itu sangat bersih, sangat kemas, sangat rapi atau sangat teliti, kerana peribadi yg sebegitu adalah OCPD.
Kebanyakan individu OCPD tanpa OCD kelihatan sangat cemerlang dan "well organized" hidup mereka berbanding dgn penderita OCD (tanpa OCPD) yg selalunya mengalami kegagalan, hidup dalam kekecewaan dan kemurungan.
Memang susahla nak tulis nota yg tepat untuk perbezaan OCD dan OCPD ini.
TERIMA KASIH BUAT TEMAN FACEBOOK: Sabirah Leau yang sudi berkongsi.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...