BERTUDUNG DI MALAYSIA.
Jangan tidak tahu, kemasukan fenomena bertudung bermula pada tahun 1975.
Ketika itu ia menjadi satu kejutan pada ibubapa apabila anak anak yang pulang dari cuti penggal dari institutsi pengajian tinggi memakai tudung bawal chiffon, lantas digelar DAKWAH.
"Anak cik Hussien memakai dakwah" adalah pernyataan biasa yang boleh didengar ketika itu.Penyebaran fahaman terperinci tentang Islam dan wanita tersebar pesat di institutusi dan maktab maktab di Malaysia. Ianya sesuatu yang bagus, mereka pulang dengan pemahaman yang suci dan bernas, tentang aurat dan cara bertingkah sebagai wanita muslim.
Jangan lupa mereka juga masih bergelut dengan kekeliruan suasana baru di sekeliling mereka. Ada yang aman dan ada juga yang salah tingkah. Memasuki era 80an ada pula pembahagian kumpulan kumpulan agama seperti al arqam dan tabligh. Tudung bawal sudah dianggap tidak sesuai lagi. Kerana ia masih lucah. Penulis heran, siapa yang lucah? Pemakai atau fikiran mata mata gila seks yang memandang?
Suasana sekeliling dan jiwa yang lemah pula mula menular pada awal 90an. Ada ketua ketua jabatan yang mula menggunakan kuasa untuk secara psikologi memaksa para subordinate mengenakan tudung. Maka berlakukan pembahagian antara wanita muslim yang bertudung dan tidak. Penghakiman pada cara hidup sekiranya tidak bertudung dan anggapan anggapan manusiawi. Cepat dan pantas ideologi ini menular, sehinggakan kita jadi terkejut melihat transisi orang orang yang kita kenali, itu baru secara fizikal belum lagi transisi spiritual mereka.
Ada juga institusi pengajian yang menggunakan kaedah paksaan pada pelajar pelajar muslim. Penulis menyaksikan sendiri kejadian ini di depan mata pada lewat tahun 80an penghakiman ini. Saban hari disogok dengan falsafah neraka, moral dan keseragaman, lama lama manusia akan jadi terbeli. Pelajar yang dianggap degil akan diberikan tekanan. Ini kejadian benar yang penulis lihat di dua institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Sewaktu mengajar di Brunei pada awal 90an penulis agak terkejut apabila anak anak perempuan yang bukan muslim diarahkan memakai tudung. Itu negara yang berbeza sistemnya jadi penulis memilih untuk menghormati sistem negara orang. Indonesia juga dilanda fenomena bertudung, negara yang luas, pemikiran dan ide tentang busana muslim juga luas, jadi timbullah jenis jenis tudung yang aneh atau cara pemakaian tudung yang oleh manusia manusia wanita yang sedang mengalami transisi. Sangat aneh sekiranya mahu dinilaikan dengan pengertian Islam ketika itu, cara pemakaian mereka ketika itu.
Manusia kekal manusia. Masing masing dikurniakan pendapat yang berbeza. Hinggakan ada waktunya memaksa kita untuk ketawa melihat transisi mereka. Memang benar, fesyen dan manusia tidak dapat dipisahkan. Kita berfesyen untuk kelihatan segagan dengan orang, kita risau sekiranya kita tampil berbeza, kita takut sekiranya kita tidak diterima, kita telan pujuk rayu walaupun itu bukan kemahuan kita apabila berfesyen.
Manusia juga mempunyai tabiat mahu menjual nilai nilai mereka pada teman teman, seisi rumah, menilai penampilan orang berdasarkan busana, maka timbullah sifat sifat jelek kita sebagai insan fana. Dijeling sekiranya tidak bertudung, dipuji puja sekiranya kita membeli nilai mereka dan macam macam lagi sifat yang malu mahu ditulis di sini.
Dalam transisi ini muncul pula bijaksana mereka yang terlibat dalam bidang komersil. Tugas mereka mudah. Manipulasi keadaan sedia ada dan memberi perkhidmatan barangan muslimah yang diperlukan. Dilihat secara mata kasar memang bagus dan membantu, tetapi ada hal hal remeh yang menuntut mereka supaya lebih perihatin tentang busana para Muslimah. Sehingga timbul perbalahan yang sangat manusiawi apabila mempertahankan perniagaan yang membuatkan mereka lupa pada fardhu Kifayah mereka.
Penulis tidak mahu bergerak terlalu dalam apabila berbicara tentang busana muslimah yang ada waktunya dilihat sangat TENAT keadaannya. Tumpuan pada hal hal perniagaan hingga terlupa pada asas, kenapa bertudung? Penulis juga tidak mahu mengulangi senarai senarai yang telah disentuh dalam topik topik busana muslimah yang memalukan itu.
1. Baju ketat buah nangka
2. Pengantin muslimah jadi tidak keruan kerana bertudung
3. Idola remaja bertudung
4. Suntikan gabungan tidak masuk akal para editor untuk majalah fesyen melayu muslim Malaysia.
5. Kedudukan pakaian tradisi Malaysia yang tidak pernah lucah sejak awal merdeka.
6. Rasa terkejut apabila pelaku pelaku salah tingkah itu bertudung dan "expectation" orang awam tentang mereka, yang lupa bahawa bertudung itu dipaksa keseragamannya.
7. Begitu juga peluang peluang kerjaya untuk yang bertudung di tempat tempat tertentu yang dijadikan isu negara.
8. Paksaan secara psikologi untuk ikut serta bertransisi supaya bertudung
9. Ibu ibu yang membakar, menyorokkan gambar gambar sejarah lama mereka, (ada yang mengatakan sejarah mereka itu sejarah jahiliah).
10. Pereka fesyen yang mati akal apabila menghasilkan rekaan muslimah terbaru. Pereka fesyen kekal bersifat "MEMANGGIL MANGGIL" dalam rekaan mereka.Satu jalan tengah harus dicari oleh kita semua sebagai orang Melayu Muslim yang peka. Mereka yang dilahirkan pada hunjung tahun tahun 80an dan awal 90an mungkin tidak kenal lagi pada sejarah manusia Melayu Muslim, mereka selamat kerana tidak perlu beranalisa banyak. Mereka juga mungkin terfikir blouse ketat, brooch kelip kelap dan seluar ketat leggings itu adalah pakaian tradisi nenek nenek mereka.
Ada yang dipercayai bahawa ianya semakin rancak setelah revolusi iran 1978.
Renung renungkan.
Regina Ibrahim: Holistic Artiste Penang.
*INI MERUPAKAN ARTIKEL LAMA TAHUN 2014 YANG DIKELUARKAN SEMULA...ada kekeliruan masyarakat Muslim Malaysia secara emosi sedang berlaku dalam menghakimi hidup. dibaca tanpa rasa prejudis dan tidak perlu didebatkan, kerana tidak akan ada PEMENANG.
YOU ARE READING
CONVERSATION
AléatoireConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...