...Dan Jari Jemari Jadi Bijak Mengawal

18 1 0
                                    


Sakit Medsos? Ya, ada. Hati hati. Kenapa?

1. merosakkan siratulrahmi sesama kenalan 

2. ruang berkongsi fitnah

3. memburaikan segala isi hati sebenar manusia

4. dibaca sifat dan personaliti kita hanya melalui muatnaik

Selain dari menjadi wadah suka suka demi menghabiskan waktu Medsos jadi semakin nakal, berbahaya dan jengkel ada waktunya. Menyaksikan semua ini sejak tahun 2009 ianya masih tidak terubat sebenarnya. Teman tema dalam senarai ada yang sudah meninggalkan dunia mukabuku dan sesawang yang lain. Ada sebabnya.

1. Ghairah menjual nilai dan dibambu 

2. Sifat dominan diri yang membuak buak sehingga jadi tidak keruan

3. Pegangan politik yang seolah olah mencari persetujuan orang

4. Sifat dengki dalam diam melihat orang lain bahagia

5. Geram diri yang tidak lepas, dihamburkan lewat telefon pintar

6. Rasa malu setelah kisah diri diwar warkan jadi tular (kasih putus, cinta mati, kutukan dll)

Kita yang waras menyaksikan dengan tenang segalanya yang dipaparkan di medsos. Apa tidaknya di tahun pertama dapat dirasakan bagaimana meluap luapnya mukabuku yang sedang hangat. Kita juga gigih berkomentar, cuba menerangkan hal hal yang sepatutnya, kita juga ikut serta memuatnaik aktiviti hidup dengan niat berkongsi. Dari situ teman teman disaring. Daripada kenalan yang lama, kenalan baru yang dikumpulkan kita membaca ragam manusia.

Melihat keributan emosi mereka ada waktunya membuatkan kita jadi takut, pelan pelan kita melatih jari jemari kita untuk tidak bertindak. Memadam, dipadam dari senarai adalah biasa sebenarnya. Tidak ada pilihan. Kerana muatnaik bersifat menghasut, jahat, rasis, tidak menghormati bangsa, agama dan gender orang lain.

Lalu bagi menenangkan hati kita mula menyukai muatnaik santai, nakal nakal jenaka, perkongsian kesihatan dan nasihat nasihat manusia. Kita juga saling berpesan, dinding itu adalah dinding kamu, jadi lakukanlah apa sahaja. Itu hak kamu. NAMUN... menghina manusia lain dan menjual nilai kamu itu akan tetap dibaca orang lain.

Muatnaik kak gayah dan para maknyah ada waktunya lucu. Sebenarnya sama sahaja dengan para cisgender yang lain (ada waktu mereka bersatu juga dalam isu isu kehidupan). Jangan tidak tahu ada yang berurusan dengan mukabuku apabila mereka mabuk dadah dan kecewa putus cinta atau dianiaya. Jadi bunyinya agak aneh. Kita sedia maklum ya... jadi kita akan cepat cepat memaafkan atau padam kerana tidak mahu menjamu LEMAK. Begitu juga para transwoman yang sedang mabuk HRT, ada waktunya kita skrol ke bawah sahaja.

Perkongsian perkongsian peribadi orang tengah bahagia atau tengah marah, juga sebaiknya kita pura pura tidak ujud. Kerap disaksikan jemari nakal menjadi batu api, seolah oleh pertelingkahan itu adalah drama harian disajikan untuk mereka. Tambah pula kalau A dan B ada dalam senarai teman teman fb. 2 persepektif dapat dilihat. Kamu maki aku, aku maki engkau dan akhirnya apa???? 

Mukabuku ini macam macam. Latar belakang budaya, agama, akademik, pengalaman tentulah tidak sama. Yang di desa cara desa, yang di kota cara kota. Kononnyalah! Sifat sifat yang baik, berhemah dan matang menghormati pula tidak kenal semua latar belakang tersebut. Paling tidak kalau kamu BIJAK mukabuku dan sesawang medsos lain membolehkan kamu mengkaji sifat manusia. Segalanya terpampang di situ.

Viral? Tular? Popular? diundang atau direka? Ahh... satu lagi segmen baru untuk yang tidak mengerti. Terlalu ramai yang mahu membuat pemasaran sedemikian. Maka berbondong bondonglah kutukan, pujian, kekaguman dan penghakiman akan terjadi. Orang yang waras akan kenal semua teknik murahan ini dan tidak akan berkongsi atau salin lekat. Mereka yang bersifat sedemikian sebenarnya tidak memerlukan sokong anda.

Adik beradik? Sehingga terhambur segalanya untuk tatapan ramai satu negara? Oh! Tuhan kawal kawal sedikit. Maki makian dengan  bahasa kesat. Sungguh hebat kuasa medsos, digunakan dengan rakus sehingga terputus ikatan siratulrahmi saudara mara. Kamu yang membaca harus ingat ramai para surirumah yang tertekan akan melapurkan apa sahaja di medsos. Saksikan juga teman teman mereka seolah olah memberi saranan dan menaikan kemarahan supaya saban hari boleh disajikan drama. Drama suami dan kekasih baru, drama berkelahi dengan jiran, drama drama cinta tidak jadi, kemarahan pada dunialah pokoknya.

Jari jemari kita seharusnya lebih bijak. Janganlah nanti kita turut terlibat dengan hal hal remeh temeh mereka pula. Jadilah pengguna medsos yang berhemah. 

Berhemah bagaimana?

1. melihat perkembangan teman teman kita dengan rasa bahagia

2. mengawal kata kata kita, berfikir dahulu sebelum memutuskan untuk muatnaik

3. pastikan perkongsian kita itu bukanlah berita berita palsu (HOAX).

4. belajar untuk mendapatkan klarifikasi melalui pesanan di kotak peribadi.

5. tahu apa itu ukuran ukuran moral negara. Gambar lucah orang lain atau diri sendiri dikawal. 

6. tidak mengutuk melulu.

Pokoknya kita semua sudah melalui fasa fasa di mukabuku dan sesawang lain. Ingat, ada hal hal yang boleh dibawa ke mahkamah dan ada akta yang melindungi manusia dari fitnah dan mangsa internet. 

Tidak dinafikan medsos menawarkan berita berita terkini, kalau ditapis terlalu banyak berita berita tidak elok dianggap sebagai berita. Ya memang ada manusia yang popular kerana medsos. Popular bagaimana? Pencapaian kamu? Gambar aib kamu? video kamu yang lucu dan bodoh? mana satu?

Jari jemari kita sebagai pengguna harus lebih damai, memilih sebenarnya. Lainlah kalau kita sama naik ghairah mahu berkongsi berita berita aib orang, khilaf para artis, menular kisah jiran kita atau apa apa sahaja. Sekali lagi fikirkan dahulu. 

Kita sudah bercerita tentang pesakit bi polar dan dyslexia yang dilarang menggunakan medsos. Namun sama seperti dunia asal di luar, manusia itu berlapis lapis. Bergaduh hanya kerana pendapat kita tidak sama adalah merugikan masa. Kamu fikir dia akan merubah fikir kalau kamu berkomentar? Kamu fikir dia tidak ada Ego internet yang mahu dipertahankan? Macam macam...

Kamu sendiri tahu dual personaliti teman teman kamu, paling tidak kamu kenal dia di luar, dia ada alter ego yang harus di pertahankan. cukuplah untuk kamu tahu sendiri sendiri. Ya memang ada manusia yang membahagikan kehidupan betul dan kehidupan di internet. (teringat kisah wanita yang suka pada imej kaya kaya tetapi hakikatnya dia tidak wujud) Sakit seperti yang dikatakan ada macam macam...dia akan add kamu, bukan kamu add dia (sebab dia memerlukan penonton pada drama drama dia) teringat pula kisah gayboy yang membuka satu dinding hanya untuk imejan imejan dia sebagai wanita. (dia mungkin crossdresser). Di situ dia mahu berkhayal (jadi kamu jaga jari jemari dan emosi kamu). Padam jika perlu...

Penulis yang mengambil pendekatan realistik dalam mukabuku, ketika awal awal juga sudah menggumpulkan sejumlah musuh sebenarnya. Mereka tidak suka. Mereka adalah sebab sebab mereka yang tersendiri. Tidak kira dari pihak komuniti atau pihak cisgender. Itu adalah hak mereka. Penulis juga nakal, gemar berprovokasi suatu ketika dahulu. Nakal nakal berkomentar sehingga mereka potong stim... potong stim sambil berfikir. Kini tidak lagi, penulis akan skrol ke bawah berita berita peribadi, tayangan tayangan kekayaan, maki hamun bangsa dan agama, business barangan pelik, maknyah begaya pelacur, isteri isteri marah pada suami dan ada yang kalau sampai ke tahap gaban, akan di delete dan block sahaja. Maafkan mereka, mereka hanya melepaskan perasaan.

Jari saya dikawal untuk tidak menegur busana pengantin yang seperti baju Qu Putih, kerja kerja seni orang lain dan hal hal tidak masuk akal yang dimuat naik. Kalau benar benar perlu saya akan PM secara langsung. Selalunya kenyataan kenyataan angkuh, tidak kiralah secara jenaka atau main main akan saya hindari...pelan pelan kalau masih tidak berjenis, saya akan padam sahaja dari senarai. Begitulah seadanya sekarang.

Apa mulai sekarang kata bertekad untuk hal hal yang baik di mukabuku?

Lebih damai kalau kita hanya MEMBACA (kalau mahu) dan mengawal JARI JEMARI kita....


CONVERSATIONWhere stories live. Discover now