PROSES MANIPULASI MANUSIA.
Manipulasi asalnya dari perkataan Inggeris,
to manipulate, to manage or influence skillfully, especially in an unfair manner: to manipulate people's feelings
to handle, manage, or use, especially with skill, in some process of treatment or performance:
Maksudnya mencari asas keadaan atau benda dan diguna pakai untuk kepentingan tidak adil oleh si pelaku. Ianya tidak semestinya pada hal hal yang buruk sahaja. Manipulasi yang murni juga ada diguna pakai untuk hal hal kebaikkan.
1. Menganggap semua wanita tua, gemok, kurang cantik atau semua wanita dalam media sosial itu sepi, lalu dijual cinta supaya mereka terbeli pada harapan. Dari situ semua kepentingan dan keberuntungan akan mudah diperolehi.
2. Memberikan semangat pada yang berbakat dalam bentuk kata pujian, bahan material, peluang, perniagaan juga adalah manipulasi yang baik. Contoh: Siapa yang menghabiskan kerja rumah tepat waktu akan di beri cokelat yang lebih.
3. Menggunakan pernyataan selamat, supaya mudah untuk dimanipulasi kata kata kemudian hari, juga adalah hal manipulasi jahat yang biasa. Janji janji dan testimoni jelita dan kurus. Contoh: saya tidak kata putih, tapi ini ubat pencerah, muka nampak bersih bukan putih. Nampak tak tulisan kecil, diterangkan di situ pemakanan harus seimbang dan senaman untuk ubat kurus ini?
4. Membaca keadaan dengan bijak (selalunya dalam bentuk desperado) berlandaskan spekulasi asas, lantas dimanipulasi. Contoh: jual payung mahal sewaktu hujan.
5. Berusaha mempamirkan kerajinan pada bakal mertua dan orang orang tertentu untuk dilihat berbaloi juga adalah satu bentuk manipulasi.
Melihat pada lima contoh di atas, kita manusia secara sedar atau tidak, bermanipulasi dalam hidup. Tidak boleh lari dalam bentuk kecil atau besar. Jadi hati hati, sebagai manusia yang murni dan waras, kita tidak mahu ianya terlalu kerap terlibat.
Teknik teknik manipulasi ada diajar dalam kelas kelas motivasi, sehingga kita fikir ianya adalah untuk segenap segmen hidup. Padahal manipulasi itu sepatutna dilakukan secara berpada pada.
Kelemahan semangat, sifat yang suka berkeluh kesah, rungutan berpanjangan juga boleh membuatkan para pemanipulasi mengambil kesempatan. Begitu juga dengan perdagangan. Perdagangan/perniagaan itu ujud akibat ketidakpuasan manusia. Pengguna yang baik tidak akan membenarkan dirinya dimanipulasi secara mudah.
Pakar pakar scam dari Nigeria juga bijak. Mereka sehingga kini secara random akan cuba mengubati rasa sepi para wanita dan sesiapa saja melalui media sosial, yang membenarkan proses manipulasi terjadi itu adalah tidak lain dan tidak bukan mangsa itu sendiri.
HATI DAN MAHU MANUSIA.
Sebagai sukarelawan NGI (non govt individual) saya bertemu dengan ramai manusia. Pelbagai jenis yang tampil dalam hidup, memohon tunjuk jalan, samada secara serius atau secara perbualan biasa.
Saya sendiri mengambil waktu untuk membaca mereka setelah dua tiga kali berhubung. Kerana saya sukarelawan transeksual, kerapkali ianya ada hubung kait dengan seksualiti manusia.
Di bawah adalah rumusan rumusan yang telah saya buat tentang manusia manusia yang bermasalah.
1. Gagal menerima hakikat yang mereka tidak boleh menyertai masyarakat umum. (mass society) failure to fit in or trying so hard. Timbul satu perasaan kecewa.
2. Jiwa yang tidak kuat untuk PERAKUAN DIRI. Keliru tentang siapa diri mereka, bercampur aduk dengan keinginan besar mahu segagan, kerana menyangka apabila diterima manusia sempurna yang lain merupakan adalah tahap pencapaian kebahagiaan diri.
3. Dalam keadaan lemah,masih lagi terikat dengan dogma tertentu, pembentukan sosial yang mereka rasa kukuh dan betul. Sedangkan diri tiada kemampuan. Sambil sambil mahu berdebat menjual nilai, walaupun dalam keadaan lemah semangat.
4. Hadir dalam keadaan marah. Marah pada dunia yang dirasakan menyusahkan emosi dan pergerakkan mereka. Segala kejadian membuahkan rasa marah dan buruk sangka. Harus ingat, marah itu memakan tenaga.
5. Tampil dengan perasaan negatif. Menuduh diri dipinggirkan, tidak disukai, dibenci, dielak oleh teman teman senasib. Sedangkan mereka gagal melihat diri sedalam mungkin dan tidak pernah berusaha mencari jalan supaya diri disenangi.
6. Jati diri yang berada ditahap yang sangat rendah, tetapi masih angkuh untuk mengakuinya. Lantas berada di tahap depressi yang merbahaya. Murung, marah, sediah, malah tidak percaya pada sesiapa, tapi tetap masih mahu mencari alasan.
7. Rendah diri akibat penampilan FIZIKAL. Merasakan diri terlalu gemuk, terlalu kurus, tidak cantik, tidak tampan. Mereka ini juga kebanyakannya tidak faham erti memdakap diri (self embrace), kerana sejak awal remaja sudah mengkagumi dunia yang penuh cahaya glamor yang diperakui oleh masyarakat sejagat. Mempunyai idola idola sempurna (selalunya personaliti artis) yang tidak membantu lansung. Dalam masa yang sama menjadi murung kerana gagal mencapai tahap tersebut lantas merasakan dunia ini hanya untuk manusia yang sempurna fizikalnya.
8. Terlalu mengawal dan takut apabila disergah dengan hal hal hukum agama, walaupun tahu diri tidak mampu untuk ikut serta, makanya hidup penuh dengan ketakutan masuk neraka dan rasa bersalah berpanjangan pada agama dan Tuhan.
9. Tahap akademik menjadi sangat penting bagi mereka, sehingga membuatkan diri merasa terlalu kecil (juga akibat pembentukan sosial). Menarik diri, menggunakan bahasa rendah diri (too humble) dan hilang keyakinan apabila berada dalam kelompok kumpulan. Salah besar menganggap mereka yang berkelulusan tinggi itu sebagai bijak dan tahu semua. Salah. Kenapa tidak berusaha untuk mendalami sebarang hal secara sendiri sendiri?
10. PENAFIAN nyata dalam hidup. Saban hari sebaik sahaja bangun tidur, mereka menafikan segala perilaku peribadi. Mereka awal awal sudah mempunyai penilaian terhadap cara hidup mereka yang secara peribadi dianggap salah. Gay pura pura masih lelaki sejati. Gay yang pura pura mengatakan dia ada kekasih wanita. Maknyah yang pura pura mengatakan ini hanyalah fasa kehidupan dan memberi tarikh lupus untuk dia menjadi Maknyah.
10 hal di atas, memaksa penulis mencari jalan pintas, adakalanya memberi hujah yang kejam secara terus terang atau secara jenaka, supaya mereka lekas lekas bangun dari mimpi, khayalan dan illusi yang berterusan. Apabila disaran untuk menjalani rawatan psikaiteri dan psikologi, mereka akan menjadi amat marah.
AKU BUKAN GILA..UNTUK APA SEMUA ITU?
Pokoknya mereka adalah manusia yang memerlukan bantuan dalam hidup. Jadi sekiranya kamu berhadapan dengan insan insan murung, keliru, meragukan, bercakap bukan bukan fikirkan 10 sebab di atas dan maafkan dengan pantas. Terus berhubungan sekiranya kamu ada kekuatan untuk menghadapi/membantu atau cari jalan untuk kamu hidup dengan lebih damai.
Seksualiti adalah hal yang sangat berat apabila berhadapan dengan keluarga, saudara mara, teman teman sekerja dan teman sosial. Bagaimana dalam sekali pun analisa terhadap fenomena ini, ubat pulih tetap terletak di bahu pengidap tersebut.
Hal yang sama juga boleh dihidapi oleh para Cisgender, dalam situasi yang berlatar belakangkan cerita yang berbeza. Sakit, resah,keliru dan tidak bahagia itu akan tetap ada selagi penerimaan diri berada di tahap SIFAR.
Pada tahun 2014 sekitar bulan November Justice for sister telah berjaya mencabar supaya enakmen ini digugurkan. Setelah tangkapan terhadap maknyah yang menghadiri majlis perkahwinan di Seremban. Kes yang memakan masa yang agak lama akhirnya di putuskan di Putrajaya yang para Maknyah boleh memakai pakaian wanita, atas sebab sebab sahih Gender Dyshporia dan alasan alasan lain. Selang beberapa bulan pihak majlis agama islam negeri sembilan mengambil keputusan untuk membantah semula keputusan tersebut.
penggubalan tersebut masih lagi di peringkat mahkamah setakat ini belum lagi dalam perdebatan. Pihak Jabatan Agama Islam masih lagi manu meneruskan pembatalan pengubalan tersebut.
Ia sedang menjadi isu di kalangan NGO yang terbabit, Justice for sisters dan Seed Foundation.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...