TIBA TIBA...SETELAH

4 2 0
                                    


Sudah lama diperhatikan. Tidak berani pula mahu bersuara. Dianggap bahawa itu hanya sifat manusia. Mahu dianggap penyakit nanti salah pula... Penyakit apa? Penyakit kekwat kibas kibas rambut. Dulu sewaktu buruk dan tidak ada apa apa lain pula sifatnya, kata kata juga tidak kedengaran...macam bisu gitu.

Perbualan kini jadi lain. Luahan luahan di Medsos juga macam orang kaya kaya marah pada orang gaji begitu... Naik heran kita jadinya. Ramai di kalangan LGBT, tapi ada juga yang di kalangan cisgender. Pada mulanya kita fikir itu hanya kerana meminati/taksub pada watak antagonis drama petang petang. 

Apabila berekspresi penuh dengan kemarahan. Hidup seolah olah dipaluti oleh kesumat yang semacam terhadap dunia... bermula dari kemarahan pada jejaka melayu yang dikatakan low class... filem filem tempatan yang dituduh haprak sehinggalah muatnaik barangan mewah, dengan kapsyen yang agak wow...bila teman teman batu api berkata, "ori ker nyeh?"

Ini belum lagi komplen tentang bau badan bangla (bangladeshi) atau nepal apabila si jelita ikut serta menaiki pengangkutan publik (kalau kaya mana ada orang naik lrt atau bus rapidkan?). Muatnaik di medsos dalam 10 semua perihal tidak puas hati. Marah marah ditempat kerja, maki hamun pada kaunter kaunter perkhidmatan. Kita yang membaca jadi risau, dan terfikir tentang dirinya... bagaimana dia tidur malam? Apakah nyenyak? manalah tahu pusing kalih pusing kalih kerana hati tidak damai...

Kita tidaklah mahu merangkum kesemua sifat tersebut sebagai sifat buruk. Diam diam kita anggap mungkin dia sering teraniaya. Kerana hampir setiap hari ada sahaja kemarahan dari dirinya. Lama lama kita perhatikan, owh... dia memang begitu. Menurut teman teman dia baik kalau di luar. Jadi kita anggaplah bahawa medsos itu hanyalah tempat dia beralter ego, memegang watak antagonist, orang kaya yang memandang orang lain secara lekeh, tidak PC apabila masuk bab bab bangsa, agama dan budaya orang.

Tetapi jangan kata dia tidak ada kelas... marah nanti. Dia mungkin tidak tahu bagaimana orang yang kelas kelas itu bergerak. Orang yang kelas itu tahu bagaimana mahu bersinis sinisan, tahu bagaimana meluahkan rasa kecewa dan tidak bergantung pada sogokkan barangan berjenama secara ONTO YOUR FACE. Orang yang berkelas ada caranya...

1. memilih susunan bahasa yang mahu digunakan

2. Liputan yang tidak lebih tidak kurang

3. Tidak mengutuk terang terangan bangsa sendiri

4. Peka pada terma terma yang betul dan meninggalkan terma yang menghina orang lain.

5. Menjaga dinding medsos supaya orang tidak menggambarkan aneh aneh tentang diri.

Ahhhhh!!! Just be yourself katanya....bila be yourselves, tanggunglah segala kutukan dinding yang sudah dipublikkan siarannya (umum) <====== kalau tak umum nanti tidak glamer bukan?

KESIMPULANNYA:

kita yang membaca menganggap bahawa dia berada di bawah sejenis tekanan. Dia hanya mahu meluahkan perasaan. Dia hanya mahu teman teman tahu bahawa dia sudah mencapai satu tahap hidup yang gah (tas tangan, minyak wangi dan lain lain hal yang mahal). Harus ingat ada dua tiga yang sudah terperangkap seolah olah sakit jiwa apabila memewahkan dinding fb mereka... (yes mereka disiasat oleh netizen sendiri, ini peringkat sakit jiwa mak kaliau punya). percutian mewah copy paste dari google, hotel hotel kelas lima bersama suami, kereta mewah dari wall orang digunakan, termasuk majlis majlis mewah...di war warkan secara palsu, jangan sampai kamu jatuh di kategori tersebut ya... Bahaya.

Buat teman teman yang menyombong dan penuh dengan kemarahan, anggaplah itu satu dugaan. Mungkin juga gelojak hati yang baru selepas HRT. Kerana kita jadi kurang mengerti, kita jadi diantara teman teman yang memadam, memblock atau skrol ke bawah sahaja. Juga dia tidak akan puas hati, dia akan camdek camdek di dindingnya... dengan kata kata yang pedas. Kawan kawan di medsos tidak sama seperti yang di luar. Harus ingat. Batu batu api yang tidak tahu hujung pangkal itu mungkin hanya seronok pada drama drama yang sudah kamu lakonkan di dinding medsos kamu.

Bagi yang sedar, apa kata kita bersifat terus terang dengan diri kita. Kita pilih untuk damai di mana mana ruang yang ada. Tidak kiralah kalau di sesawang internet atau kehidupan di luar. Tidak rugi menjadi manusia yang berbudi bahasa dalam apa aspek sekalipun... kawan bertambah ramai, rezeki juga mungkin bertambah. Begitu juga buat yang sudah mula menikmati kemewahan hidup, alah... janganlah ghairah sangat untuk berKIMk sangat... orang nanti kutuk dalam diam... apalah yang kita dapat kalau berKIMk... pujian tinggal pujian, akhirnya 4 dinding bilik tidur juga yang jadi saksi bukan? 

So be cool... relax and stay a nice and be humble always.

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now