MANUSIA SEHALA

18 3 0
                                    



MANUSIA SEHALA...

Sehala membawa maksud satu lorong jalan...untuk pergi atau balik sahaja, tiada imbal balik atau pusingan sana sini atau tempat singgah. "One direction" dalam bahaga orang putih. Apabila kita memperkatakan tentang manusia sehala, ia membawa maksud yang pelbagai.

Sebagai manusia kita dalam banyak waktu memerlukan teman, ketua, kekasih, saudara mara untuk mendengar keluh kesah kita, ianya akan memberi manafaat. Tapi lain sifatnya manusia sehala ini.

Antara sedar atau tidak, kita akan bertemu manusia manusia sebegini dalam hidup. Apa yang satu hala?

'1. Tumpuan sehala pada diri sendiri apabila bertemu untuk berbincang, berbual ringan atau berkomunikasi.

2. Tidak memberi tumpuan pada pendapat orang lain, ditambah pula dengan sifat seperti penceramah yang bagai peluru mengeluarkan kata kata.

3. Sudahlah sehala, diminta pula kamu mengiyakan pernyataan yang keluar dari mulut beliau. Dia tidak akan berpuas hati selagi kamu tidak mengangguk kepala, mengaku Ya, mengatakan Ha ya setuju. Betulkan? Betoi dak? Kan kan? Merupakan ayat kegemaran beliau.

4. berpura pura minta pendapat, tetapi belum sempat kamu tamat satu barisan dia akan berhujah tanpa henti, sehingga kamu jadi terkedu.

5. manusia yang mencari persetujuan, 'seeking for agreement' supaya langkah beliau akan lebih kuat dan gagah. Jangan terkejut kalau orang sebegini akan menunding jari pada kamu kalau terjadi apa apa khilaf di kemudian hari.

6. manusia yang degil, mahu apa yang dia mahu sahaja, jangan sekali kali cuba untuk berkata tidak.

7. manusia yang hanya mahukan kamu sebagai alat pengukuhan perjalanan dirinya sebagai manusia. Bukan mencari solusi langsung.

8. dia akan cuba memintas apa apa saja keadaan, sudah bersedia dengan alasan, atau mencari alasan walaupun untuk hal hal remeh. Sekiranya tidak bersetuju dia akan mencari juga alasan untuk menundukan kamu, terma yang salah, sebut tidak betul, atau digubah hal yang sama dengan ayat lain. Jangan terkejut sekiranya dia akan berkata,"aku bukan bodoh, dungu, lembab, kuno macam hang!" apabila ada percanggahan pendapat.


Akhir kata dia PENTING DIRI. Selfish. Kamu diperlukan hanya sebagai PENONTON atau pendengar sahaja.

Membaca semua di atas kamu pernah bertemu dengan mereka sebegini? Dia tidak pernah berminat pada hal hal perkongsian, pembangunan manusia secara gotong royong dan sering mahu melepaskan diri apabila ada sesuatu keributan. Satu kenikmatan akan dicapai apabila dia mampu meloloskan diri dalam keadaan keadaan tertentu. Dia tidak akan merasa bersalah malah berbangga kerana terlepas dalam suasana tertentu.

Isitilah ringansama dijining berat sama dijunjung itu hanyalah apabila masuk ruang lingkup kemahuan peribadi dia sahaja. 

Manusia sebegini kerapkali akan menyatakan, "hal orang aku tak berani campur" malah sangat kedekut apabila diminta pendapat. Rugi rasanya kalau orang lain mendapat nikmat atas keputusan yang dibuat secara mesyuarah. Kalau sekalipun dia mengucapkan tahniah, ianya dilakukan secara sipi sipi ringan sahaja.

Mungkin juga bukan salah dirinya yang membesar dalam suasana yang berbeza atau sudah dilatih sejak awal tentang 'JANGAN CAMPUR HAL ORANG LAIN' dalam konteks yang salah atau demi keselamatan. Di mata beliau mungkin hal hal mesyuarah, pendapat, perkongsian itu adalah hal enteng yang tidak perlu ada.

Bila perlu dia akan memohon maaf yang paling singkat dan simple, untuk meneruskan lagi kehidupan sehala dirinya.

Regina Ibrahim

Artis Holistik Penang


CONVERSATIONWhere stories live. Discover now